Sunday, April 27, 2008

kritikan kepada blog aku

di anit kabir, ankara, turki. tempat mustafa kamal attarturk di tanam

assalamualaikum,

hahahahhahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
aduh penat aku ketawa. lupe kejap kat ALLAH.

di waktu aku tengah beremosi inilah sedap tulis blog. segalanya lahir dari hati. biarlah apa org nak kata, kalau aku rasa aku perlu care, aku kan care la. kalau aku rase x perlu care, lantak.

di sepanjang penulisan blog aku ini, aku tak tahu berapa ramai yg bace, berapa ramai yg mengkritik, berapa ramai yg bukak mulut, berapa ramai yg jadikan fitnah, berapa ramai yg kata aku bodoh, berapa ramai yg kata aku ni gila, berapa ramai yg kata aku ini buta, dan berapa ramai yg kata blog aku ni cute!

aku sengaja tidak meletakkan indication berapa ramai yg telah view blog aku kerana aku cuba betulkan niat aku. aku tulis blog kerana nak cari keredaan ALLAH dan nak rekod perjalanan hidup aku agar aku tahu pencapaian aku dalam hidup ini. hidup ini memang complex dan lagi mengkomplexkan jika kita dalam perjuangan. kalau tak mahu berkorban, baik tak payah sebut pasal perjuangan. -tuihhhhh sambil meludah kepada diri sendiri.

kalau org nak kritik, silalah kritik dengan baik. bagi nasihat so on n so on. tak payah nak bukak kat kedai cyberkopi nak bincang pasal masalah aku. silap2 pahala2 depa masuk dalam akaun aku. ape2 pun, aku adalah aku. aku tidak mahu jadi hipokrit. aku tidak mahu jadi munafik. tapi aku tahu diri aku penuh kelemahan. aku perlukan bimbingan. aku perlukan nasihat.

so aku rasa dari dok borak belakang2, baik borak depan2, sekurang-kurangnya boleh aku tau ape masalahnya. aku cuba berikan yg terbaik dalam hidup aku. ade sesetengah benda aku tak faham kenapa aku masih lakukan benda tu lagi. aku cuba cari pengajaran di sebaliknya. tapi ape2 pon, aku sedar aku masih belajar. mulut manusia aku tak boleh tutup, mulut aku juga susah ditutup.

kesimpulanya, aku rasa baik aku bersederhana. aku maafkan siapa juga yg pernah buat salah kat aku. kalau korang rasa gembira buat benda yg korang buat sekarang ni, buatlah asalkan berlandaskan syariat. aku cuba buat perhitungan dengan sebaik mungkin tapi kadang2 itulah, aku masih manusia. make doa insyallah.

salam padprik yg paling sedap aku buat...hahah..pui diri sendiri

cuba memahami wanita

assalamualaikum,

di kala gelap malam, aku berbasikal di satu lorong. aku terserempak dengan sekumpulan irish girls yg hot. mereka pun mengusik nakal dan salah seorang daripada mereka menampar manja pipiku. aku hanya mampu senyum tetapi tidaklah tergoda sgt, cuma sedikit shj.

wanita, wanita, wanita! sgt complex! tapi lelaki ni simple sgt ke? tak jugak. aku jugak harus memahami lelaki. tapi itulah, kalau nak ikutkan perbezaan, memang amat berbeza dan amat mustahil utk disatukan. tapi rahmat ALLAH menyatukan lelaki dan wanita. ikatan cinta mampu menebas segala pertembungan yg berlaku antara dua golongan ini.

aku terdengar ada suasana tegang antara wanita2. secara detail nyer, aku tak tau. tapi aku cuba meletakkan diri aku di tempat tersebut sebentar. aku rasa, aku boleh histeria. begitu complex sekali. bagi aku, pergaduhan itu penting untuk menyatakan ketidak puas hati antara kita. tapi kenelah berlandaskan iman dan akal dan bukannya perasaan marah. antara suami dan isteri misalnya, pergaduhan itu melengkapkan rumah tangga. akan membuatkan kita lebih memahami pasangan masing2. dan juga mengelakkan kejadian depress yg mana sesetengah pasangan hanya berdiam diri dan menyimpan perasaan itu.

kalau boleh aku hendak berkawan dengan semua org. aku tak nak ada sifat benci antara makhluk melainkan apa yg dituntut dalam islam. bagi aku, persahabatan perlulah berlandaskan niat yg betul semata-mata mendapat keredaan ALLAH bukanlah mencari keredaan kawan. sbg seorang kawan, aku harus menerima nasihat mereka dan menasihati mereka. itulah fungsinya sebagai seorang kawan. bukanlah untuk bergembira bersama-sama dan meredai kesalahan yg dilakukan oleh kawan.

apa2 pun, aku bukanlah seorang yg ambil tahu pasal gossip2 terkini. aku terdengar aku simpan dan kalau boleh aku cari sejauh mana kebenaranya. tapi, bagi aku, seburuk mana kawan aku terhadap org lain, tetapi kalau dengan aku dia layan aku dengan baik, aku akan layan dia dengan baik jugak walaupun dia ada masalah dengan kawan aku yg lain. ape2 pun, nak buat, tanya iman dan fikir dalam2.

wanita mmg byk bercakap. lelaki cakap 4000 wrds sehari dan wanita 8000 word sehari. lelaki cara dia mendengar ialah dengan diam dan wanita cara mereka dengar ialah bercakap. sekiranya lelaki dengan wanita berkomunikasi, mcm2 hal jadinya. namun begitu, perbezaan inilah yg menjadikan lelaki dan wanita ini compatible. lelaki mempunyai kelemahan dalam ini, dan wanita mempunyai kelebihan dalam itu dan begitulah sebaliknya.

apa2 pun, subhanallah kita ucapkan atas ciptaan ALLAH yg maha sempurna. betulkan niat dan ikhlaskan diri. senyum selalu dan sebarkan salam dan senyuman.

salam padprik

Monday, April 21, 2008

aku mahu jadi seperti ayah

assalamualaikum,

dalam kebosanan, aku inginkan kegembiraan. aku inginkan sesuatu untk mengisi hati aku. minggu ini, aku hadir ke MABIT, IMAM AGM DAN JUGA TALK DARIPADA UTZ AFIFI. byk yg perlu aku pelajari.
aku teringat salah satu kata2 yg aku rasa benar, knowledge is in heart of man, not in lines of book. ramai org tidak sedar ini. ramai org rasa tidak perlunya guru dalam belajar. asal baca buku atau notes, itu sedah memadai. bagi aku, aku lebih suka mencari keberkatan di samping itu mencari ilmu. lebih byk kita belajar sekiranya kita berguru. rajinlah bertanya muhaimin, kerana dengan bertanya itu kau akan lebih faham.

antara lain, aku suka kata2, kita ini umpama barisan hadapan di medan perang. dalam peperangan memartabatkan islam, sekiranya kita yang ada di barisan hadapan ini lemah, apa yg akan jadi dengan barisan belakang. AYUH ABDUL MUHAIMIN ALI, bangkit, jadilah rijal yg mantap. peperangan baru shj bermula, kita mesti kuat kalau kita akan menjadi fitnah. jangan tunduk kepada godaan nafsu, wanita dan syaitan.

tadi aku telefon mak aku. seperti biasa kami berbual. namun, aku dapat dengar nada tua ibuku. aku sayang ibuku tapi aku tahu ada lagi yg lebih menyayanginya. dahulu, aku amat takut org yg aku sayangi pergi meninggalkan aku. tapi aku perlu sedar, aku perlu bersedia. ibu memberitahuku perihal ayah yg sudah berhenti merokok. aku kagum lagi bersyukur.

senyuman ayah ini hanya mampu aku tayangkan di minda aku. terasa sebak rasa akibat rindu senyuman itu. masih aku ingat sebatang giginya yang sudah tiada di samping karat2 di giginya.
ayahku merupakan seorang ketua keluarga yang amat aku kagumi. aku khuatir mampukah aku menjadi seorang ketua keluarga sehebat ayah? aku berazam agar sekurang-kurangnya aku menjadi sebaik ayah. seorang lelaki yg cukup bertanggung jawab, berpandangan jauh, sabar, matang kasih sayangnya sentiasa aku rasakan walaupun aku jauh beribu batu. aku sedar byk dosa aku lakukan terhadap ayahku. aku hanya berharap ayahku mampu memaafkan aku. ayah, saya sayang ayah! ampunkahlah dosa saya ayah! ada rezeki kita akan berjumpa tak lama lagi INSYALLAH!

salam chicken hut taro malas masak

Friday, April 18, 2008

GEMBIRA...LALALALAL

assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini adalah ari yg indah bagi diri aku. kenapa indah? kerana semuanya indah!!!! alhamdulillah. aku dapat A dlm card signing. dan mcm2 lagi. hahahahahha!!!!!! aku gembira, lalalalalalal!

namun aku sedar, ini adalah ujian buat diri aku. beberapa hari yg lepas, aku berasa agak sedih kerana beberapa perkara. isocnyer, itu nyer, duitnyer. ape2 pon, membe aku pnah pesan kat aku, lebih baik diuji dengan kesusahan daripada diuji dengan kesenangan. aku harap, setiap ujian yg menimpa aku, aku akan dekatkan diri dengan ALLAH.

ALLAH shj yg mampu bagi mudarat dan manfaat dalam hidup kita. apa2 pun, kembalilah kepada ALLAH. mintalah pada ALLAH.
YA ALLAH, PIMPINLAH HAMBAMU YANG LEMAH INI!

salam card signing A

Tuesday, April 15, 2008

aku tidak boleh lari

ASSALAMUALAIKUM,

dalam setiap nafas, mataku berkelip, bibirku mengeluarkan bicara. entah mengapa aku cuba berlari namun aku keletihan dan perlukan seteguk minuman. semakin aku jauh berlari dari cinta, semakin penat aku rasa. aku tahu, satu hari nanti aku akan berhenti berlari lalu mendakapi cinta itu. lalu, aku mengambil keputusan, untuk berhenti berlari dan terus mendakap apa yang ada.

sebelum ini, aku cuba mengasingkan setiap sesuatu dengan membezakan satu persatu. sekarang masa untuk belajar, ini masa untuk bersosial, itu untuk bersenam, ini untuk bercinta, sana untuk berkawan. aku sedar, dalam kehidupan ini, adalah hampir mustahil untuk kita mengawal semua itu. mereka datang menyerang dengan tiba2 walaupun ketika aku tidak bersedia. inilah kehidupan, kita tidak boleh menolak apa yg telah ditakdirkan untuk kita. kita perlu mendakap dan menjadikanya perkara yang diredai ALLAH.

kini aku sedar, aku tidak boleh terus berlari. aku harus berhenti dan berfikir, bagaimana untuk aku mendakap semuanya tetapi dalam masa yang sama, suatu benda pun tidak akan keciciran. aku perlu lebih matang dan berusaha lebih kuat. aku tidak boleh terus menafikan apa yang ada didepan mata. kawallah ia dengan iman dan takwa. mohonlah doa kepada ALLAH. INSYALLAH, kita bertawakal dan berserah kepadaNYA.

salam telur goreng untuk semua

Monday, April 14, 2008

SENSITIVITY

assalamualaikum,



perjalanan hidup ini sememangnya bukan mudah. sekiranya dikorek rahsia hati setiap insan, terhamburlah segala kegembiraan, kedukaan, kebencian, kedustaan, perasaan cinta dan pelbagai lagi. namun, perjalanan yg sukar ini akan berakhir dengan senyuman sekiranya kita teguh berpegang dengan tali ALLAH. kini, imanku lemah. lemah longlai umpama sarang labah2 yang ditinggalkan. hanya menanti ujian yg besar yang akan menghancurkan diri aku.

aku sedih. sedih kerana hidup ini tidak adil. mengapa? kerana islam dicampak ke dalam tong sampah dalam dunia ini. manusia mengikut hawa nafsu, selalu terburu-buru dalam mengejar kesenangan dunia. YA ALLAH, PIMPINLAH HAMBAMU!

tanpa aku sedari, hati aku terluka. terluka akibat hirisan kecil dari tulisannya. aku sememangnya manusia. manusia yg penuh dengan perasaan dan nafsu. aku juga tahu apa itu benci. aku juga tahu apa itu suka. tapi sedarlah, aku lebih suka akan cinta, bercinta, mencintai dan dicintai. maafkan aku sekiranya perbuatan dan tulisan aku byk membuatkan kau tidak senang duduk. maafkan aku kerana kurang perihatin. aku sedar itu kelemahan aku. mungkin diam adalah senjata yang paling berkesan. dalam diam, ketahuilah, aku hanya mahu yang terbaik utkmu. kau dan aku hanyalah dua burung dalam satu kawanan burung2 lain. kita bersahabat dan kita juga berlawan. tapi igtlah, aku tidak mampu untuk menggembirakan kau sahaja kerana kita amat berbeza. aku tidak mampu mengubah diri aku kerana kau, kerana aku adalah aku. terima kasih atas teguran itu. aku telan ia sebagai sempadan utk memperbaik kelemahan diri.

teman, ketahuilah, aku byk melukakan hati kau. tapi kau juga byk melukakan hati aku. tapi aku sedar, aku berlaku tidak adil terhadap kau lalu aku melupakan dan memaafkan. bagaimana aku tahu itu tidak adil? kerana perasaan ini digaul bersama dengan hidup aku. dan aku rasa kau juga sama. kita merasakan ada suatu kelainan dalam hubungan ini. kita berhati-hati dalam hubungan persahabatan ini. tapi ketahuilah, aku mencuba dan terus mencuba. aku melewati satu langkah yg sumbang, namun kau yg tiada kene mengena menjadi mangsanya.

kini, aku sedar, aku tiada masa utk semua ini. aku perlu lakukan apa yg patut aku lakukan. jihad ini masih belum selesai. ketahuilah, hargailah apa yg ada dihadapanmu, sebelum ia terbang pergi dan mungkin tidak kembali. jari2 ini aku hulurkan, meminta setitis persahabatan. menagih secebis kasih sayang.

salam nasi lemak

Wednesday, April 9, 2008

tangisan ini

assalamualaikum,

sudah lama mata ini tidak dibasahi air mata taubat. kering mata ini, begitu juga keringnya hati ini. begitu juga lemah iman ini. mengapa aku tiada masa utk menangis atas dosa2 yg aku lakukan? adakah aku tidak berdosa atau pun amalan aku terlalu tinggi? adakah aku terlalu sibuk hinggakan tiada masa untuk aku luahkan kedukaan hati ini? kedaifan hati ini? aku sedar siapa aku. penuh dosa dan noda. aku sedar siapa diriku, tidak patut mengangkat muka dari tanah walaupun sejengkal.

YA ALLAH, DIRIKU INI PENUH DENGAN DOSA DAN NODA! AKU MENGAMBIL SIFAT RIAKMU DAN MELETAKKAN DALAM DIRI AKU! YA ALLAH, AKU TAKUT API NERAKA MU! AKU SEDAR AKU SENTIASA MELUPAKAN KAU! AMPUNILAH AKU! REDAILAH AKU! AKU SEDAR AKU TIDAK MENCINTAIMU SEPENUH HATI AKU! CINTA TERHADAP MAKHLUK LEBIH BESAR DALAM HATIKU! AMPUNILAH AKU!

cuma setitis air mata dapat ku perah. aku harap, titisan inilah mampu menolong aku ketika dibakar kelak.

dalam kehidupan ini, aku tidak tahu mengapa kadang2 kita membenci sesuatu tanpa sebab yg kukuh. seharusnya, hati ini terlalu kecil untuk memuatkan perasaan itu. masa ini terlalu singkat untuk aku bina perasaan itu. namun aku sedar, aku tidak perlu membenci. aku perlu memaafkan. aku perlu melupakan. aku harus cuba utk melupakan. sememangnya bukan sekrg waktunya, mungkin tiada dan mungkin juga nanti. tapi, kini, aku harus melupakan. akan aku putuskan segalanya apa yg aku mampu. akan aku sorok memori2 indah dan pahit ini, di dalam hempedu, agar ia dibaurkan dan hilanglah segala rasa asalnya. aku akan cuba dan terus mencuba. itulah sebaiknya INSYALLAH. maafkan aku dan aku tetap memaafkan kau.

salam ayam kunyit dan kobis sambal.

Saturday, April 5, 2008

malunye

assalamualaikum,
minggu ini adalah minggu yg paling sibuk dlm hidup aku. bermula dari sympo imam, food festival and masai. sumenyer pnuh dgn pengalaman yg menarik utk dikongsi. apa2 pun, syukur alhamdulillah aku panjatkan. aku harap apa yg aku lakukan ini ikhlas semata-mata kerana ALLAH.

aku bimbang juga berkenaan pelajaran aku. aku tiada masa untuk belajar dengan tekun. namun, sedikit sebyk, ALLAH beri aku kefahaman untuk bertindak dalam hidup. dalam hidup ini, mmg byk tanggungjawab kite. namun begitu. setiap tanggung jawab perlulah dipikul dengan penuh komitmen dan dedikasi dan konsentrasi. dulu, aku slalu mcm buat sesuatu tak konsentrate. minda aku separuh kat tempat lain. tapi skrg, aku cuba, bile blajar, blajar btul2, bile buat kerja, buat kerja btul2.

perihal hati ini, mengapa aku tak tahu hati ini terasa meluat. mungkin aku katakan aku tidak adil tapi itulah hakikatnya. aku mungkin perlu lebih matang dalam hal ini. aku tidak boleh menghukum seseorang kerana itu bukan salahnya, tetapi itu adalah salah aku. aku harap, aku boleh berfikiiran positif dan berbaik sangka. kenangan membuat persembahan nasyid di masai, PR semasa symposium dan bendahari dan ajk venue for food festival amatlah berharga. insyallah, aku akan kongsi dgn sume org. aku minta ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap. aku doakan utk kita semua. aku harap aku tidak berasa bangga dan riak, kerana sesungguhnya apa yg ada ini semuanya dari ALLAH. TIADA APA YG PERLU DIRIAKKAN. RIAK ITU HANYALAH SIFAT ALLAH.

salam nasyid

Thursday, April 3, 2008

COMPLIMENT

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH, aku bgn awal. tetapi aku menyumpah diri aku. kenapa aku terlalu lalai dgn hidup ini dengan tidur yg lama. aku mahu kurangkan masa tidurku. kerana kudapati, amatlah rugi untk aku tidur pd waktu hidup ini. byk perkara yg perlu dilakukan dan difikirkan. byk masalah yg perlu diselesaikan. byk cerita yg perlu aku sampaikan. byk ilmu yg masih perlu aku cari.

aku tidak tahu mengapa semenjak kebelakangan ini, aku merasa tiada perasaan dalam hidup aku. mungkin bosan dgn apa berlaku. mungkinkah aku sudah berputus asa. aku merasakan untuk mengukir sebentuk senyuman juga sukar. aku paksa diri aku. akhirnya, terbitlah senyuman kelat. adakah aku ikhlas dalam hidup ini? adakah aku mahu menyerah kalah? aku tidak tahu. hati ini jika dibedah, tiada siapa tahu di mana sakitnya kerana ia terlalu dalam. aku khuatir perasaan ini aku menjadi perasaan benci yg akan membangkai dalan hati aku. aku mahu membersihkan hati aku dari sifat itu.

apa2 pun, aku cuba hidup seperti biasa. cuba mendisiplinkan diri aku dan mencari pengalaman sebyk mungkin. aku tidak faham mengapa ada di antara kita yg tidak berminat menimba pengalaman. duduk bergembira dan hanay belajar ilmu tertentu shj. islam bukan mengenai satu aspek shj tapi islam merupakan cara hidup. tidak salah untk kita mahir dalam satu bidang, tapi salah untuk kita tumpu kepada satu bidang shj. kita perlulah bersederhana dan menyeluruh. sesungguhnya, pengalaman inilah yg akan mendewasakan kita. ilmu inilah yg akan membantu perjalanan hidup kita. kita perlu memberi kepada masyarakat. sekiranya kita tiada apa2 , bagaimana untuk kita memberi? carilah ilmu untuk mendidik keluarga, anak2 dan masyarakat. kita mahu membina sebuah masyarakat islam yg diredhai ALLAH. inilah masanya! inilah ketikanya! jgnlah terlalu bergembira, kerana masa ini akan berlalu dan kita akan rugi. hidup di dunia memang sukar, dan kita mampu hadapinya. syurga di akhirat menanti insyallah yg semestinya jauh lebih baik drpd kehidupan di dunia.

salam ilmu utk semua