Thursday, July 30, 2009

JEJAK CHANTEK 2009: waitomo and rotaroa

terasa sunyi di rotaroa. hanya wap2 air menemani aku. aku sendiri!!!

assalamualaikum,

kesunyian melanda aku. aku terasa betul2 sunyi. semuanya aku buat sendirian. tempat yg sgt menarik pun menjadi sunyi dan kosong meskipun mata ini mengatakan cantiknya die. begitu juga wanita, wanita yg tiada agama di dalam diri nya akan dilihat kosong oleh manusia yg pandai menilai kualiti seseorang. meskipun dia cantik, tapi tiada fikrah dirinya, maka dirinya hilang seri dan menjadi sunyi. begitu juga dengan lelaki.

destinasi seterusnya ialah waitomo. di sana kami dihidangkan dengan gua yg mempunyai glowing worm di dalamnya. indah sungguh ciptaan ALLAH. ALLAH mampu menjadikan sesuatu itu diluar pemikiran kita. manusia mengambil masa lebih kurang 100 thn untuk memahami mengapa fenomena ini terjadi di waitomo. akhinya, ulat lah penyebabnya. makhluk tidak langsung boleh memberi manfaat atau mudarat. ALLAH yg memberikan kita cahaya. bukan nya matahari. ALLAH mampu utk berikan kita cahaya walaupun tanpa matahari.

aku singgak di sebuah kedai big apple. sungguh besar apple nya dan akujuga berpeluang melihat pokok kiwi. comel sungguh buah kiwi. subhanallah, mcm2 jenis buah ALLAH buat. ada yg berbulu, ada yg berduri.

merendam kaki dalam kolam panas. lagi keseorangan!!!!

aku bergegas ke rotaroa. bandar yg penuh dgn lubang2 yg mengeluarkan wap2 air panas. bandar ini dikatakan tidur di atas gunung berapi. cuba byg kan taman tasik titiwangsa tu, tgh jln2 ada lubang then kuar asap2, tak horror ke? horororororororo. aku merasakan aku sebagai frodo yg sedang melintasi perjalanan ke mount doom dalam filem lotr. sungguh mencabar.

namun aku sempat juga menjamah kolam air panas dengan meletakkan kaki di dalamnya. rasa lebih enak sekiranya ada org tolong urut, tapi malangnya tade.

wap air yg begitu byk menyukarkan pemandangan. namun, aku bahagia di samping wap air. teapi abu kentut yg kuat akibat sulfur.

semasa aku menulis coretan ini, aku dikhabarkan bahawa reseat exam include dengan tosce skali. gle cuak. ini bermakna aku terpaksa bace semua skali. tidakkkkkkk!!!!!!! aku bersemangat utk stadi tapi aku rasa baik aku pause dulu dari tulis blog ini. akan disambung lepas exam kot. ataupun klo aku bosan2 tulih la sikit2.

buah kiwi yg berbulu. enak dimakan dengan kulit yg mengadungi vit c yg byk.

di depan cave di rotaroa. no pictures allow in the cave. may be takut tekejut ulat tu.

Saturday, July 25, 2009

jejak chantek: cape reinga and 90 miles beach

gambar di cape reinga. one of the beautiful place i've ever been

assalamualaikum,

perjalanan diteruskan ke cape reinga, the most northern part of the nz. kami singgah dibeberapa tempat sebelum sampai ke cape reinga. pertama, kami berhenti di hutan yg mempunyai pokok kauri yg besar yg berusia lebih kurang 500 thn. ade kot 3 4 pemeluk besarnye. pada satu masa dahulu, ada gegaran di nz yg menyebabkan pokok2 besay ini jatuh. walaupun pokok ini besar, tetapi akarnya tidak deep. hasilnya, pokok ini tertimbus dari masa ke semasa. yg menakjubkan, pokok ini boleh hidup di dalam tanah walaupun selepas 45 000 tahun tertimbus. datanglah sekumpulan manusia menggali dan terus menggali lalu menjumpai pokok yg telah tumbang 45 000 tahun dahulu.

memeluk pokok kauri dikatakan membawa gud luck. KHURAFAT SUNGGUH!!!!.

kami juga berpeluang utk melalui jalan dipesisit pantai sepanjang 64 miles. nama pantai tu ialah 90 miles beach. namun panjang nye bukanlah 90 miles kerana name ni dikire masa dulu2 lagi. cantik pantainya. kemudian, kami ke bukit pasir untuk main sandboarding. best2.

pemandangan indah di cape reinga. mcm lukisan. subhanallah.

bersandboarding di 90 miles beach

perjalanan diteruskan untuk ke cape reinga. satu tempat yg dianggap suci oleh org2 new zealand. tempat ini dikatakan tempat naiknye roh ke langit (ngarut betul la). yg peliknya, mat saleh pun same jugak, percaya ngan benda2 ni. name je mat saleh, tapi khurafat die bleh tahan gak.
ade jugak hole in the rock kat 90 miles beach
lone ranger sedang berposing dengan tripodnye

Wednesday, July 15, 2009

jejak chantek 2009: PAIHIA

senja nan merah di paihia

ASSALAMUALAIKUM,

di paihia, aku tidor di hostel dengan bayaran nzd 20 semalam utk 2 malam. sempat aku berkenalan dengan seorang italian yg dah travel hampir 2 bulan di nz. tapi aku, hanya 2 minggu di nz. cukup singkat utk mat saleh, utk malaysian, 2 minggu cukup lame. seperti biasa, lelaki european yg aku jumpa di perjalan sebelumnya, kebanyakan berbual tentang wanita. sex itu dan ini. aku rasa dlm kepala otak derang ade benda tu je. tade ape ke nak cerita. bosan tol. mostly yg dah penah travel kat south east asia akan pergi ke thailand dan tidak ke malaysia. bila ditanye apa yg special di bangkok, tiada jawapan yg jelas. aku pun menjawab pertanyaan ku kembali, "i think most people go there because of the girls!!" terkedu juga italian itu. padan muka, sedarlah, hidup ini bukan sekadar mencari wanita utk hidup, tetapi wanita dijadikan teman utk hidup mencari reda ALLAH.

hole in the rock dari jarak jauh

di nz, kiwi direfer kepada 3 perkara menurut nizam. 1. org nz 2. buah kiwi 3. burung kiwi. aku menambah, ade 4 sebenarnya; 4. pengilat kasut kiwi. kami berseloroh. aku mula merasa kesunyian berjlan berseorangan. rasa rindu kepada bucher ketika kami menjelajah italy sampai ke holland. mengapalah aku jalan sorang? terasa kegembiraan yg ada tidak boleh dikongsi. aku hanya mampu tersenyum kepada alam dan mengucapkan subhanallah. aku merupakan manusia yg perlukan teman. walaupun aku suka menjadi lone ranger, namun depp in my heart, i need someone to share my journey.
salah satu pular di bay of island. ini dinamakan hole in the rock ataupun lubang dalam batu.

wild dolphin yg berjoget-joget depan boat. subhanallah. rasa nak bela kat rumah satu je.

bile tgk gamba ni, bleh rasa tak aku sedang rasa sunyi dalam hati?

Sunday, July 12, 2009

jejak chantek 2009: auckland

assalamualaikum,

pemergian kali ini berbeza dengan perjalanan yg lain2. kali ini, aku berada di sebelah dunia yg lain. cube mencari kelainan. tambahan pula, aku keseorangan. mengapa? simply kerana tiada siapa yg interested untuk menyahut cabaran perjalanan.

auckland, city of sails. 1 in 4 ppl kat auckland ni ade kapal sendiri

perjalanan kali ini aku mulakan dengan perasaan risau dengan wabak H1N1. aku tiba2 terasa pening, penat dan sedikit kurang gembira. namun, aku cuba yakinkan itu hanyalah emosi sahaja. AKU BEBAS DARI SELSEMA BABI. aku hanya khuatir kalau aku dijangkiti H1N1, byk pula medical bill yg perlu dibayar sekiranya ditahan di ward new zealand.

new zealand merupakan sebuah negara yg kecil . slightly lebih besay dari semenanjung malaysia. mempunyai population 4 million only. about 60% are white, the rest are mauri and etc. seperti ungkapan yg popular, new zealand mempunyai lebih byk kambing dan lembu daripada manusia. nz boleh dibahagikan kepada dua island iaitu north and south island. most mauri tinggal di north ireland. 1.2 mill of population tinggal di auckland yg merupakan bandar yg terbesar di nz. namun, auckland bukanlah merupakan capital, tapi wellington ialah capitalnya yg terletak di ekor north island.

muslim community di nz tidak ramai, tetapi persatuan muslim nya kuat dan berpengaruh. mostly muslim di nz ialah berketurunan fiji india. cerita asalnya tidak berapa pasti. tapi golongan muslim ini telah wujud masa zaman awal penubuhan nz di mana pedagang dan pekerja dari fiji datang ke nz.

akhi nizam dan saya di tower clock, uni of auckland. uni aucklad ni dulu bekas penjara convert jadi uni. rasanya penjara pudu pun bleh kot buat mcm tu. ps: akhi nizam tengah memburu dan diburu. sesungguhnya, beliau bukan shj nampak seperti seorang ayah, akhlak dan pemikiranya juga wise.

cukuplah sedikit sebyk tentang nz, kini berbalik kepada kisah hidup aku pula di nz. sebaik sahaja sampai di nz, winter di nz terasa seperti summer di dublin. aku diambil oleh nizam, seorang ikhwah di auckland yg mantap. aku merindui kari ayamnya yg mempunyai rasa yg unik. terima kasih nizam. jasamu hanya ALLAH shj yg balas. layanan istimewa oleh ikhwah2 auckland menjadikan aku selesa di bumi auckland. seronok melihat kawan2 yg mempunyai satu fikrah dengan kita walaupun jarak kami belajar lebih 20000 km. aku semakin yakin akan kebangkitan islam. gelombang dakwah telah pun sampai. maka rugilah kepada sesiapa yg tidak menyahut gelombang bertenaga ini.

auckland merupakan bandar yg berbukit. lifenye seperti di kl. tiada beza. masyarakat masih lagi memperhambakan nafsu (termasuk diri ana sekali). lalu, aku bergegas meninggal auckland untuk menuju ke utara. matlamatku:paihia and cape reinga. memandangkan aku keseorangan, aku memilih utk menaiki bas. utk bas yg murah, bolehlah melayari web www.nakedbus.co.nz. atau anda boleh naik national bus express yg lebih mahal iaitu intercity coach. perjalan ke paihia mengambil masa 4 jam. aku dihidangkan dengan pemandangan yg unik dan subhanallah cantik. terasa ingin berhoney moon di nz satu hari nnt (cukup2 la berangan tu!!!!). sampai di paihia, aku tanpa segan silu membuka mulut dan bertalu-talu bertanyakan soalan kepada information centre. lalu, aku decide utk pergi amik bay of island cruise pada ptg itu dan trip ke cape reinga melalui 90 miles beach keesokkan harinya. total semua ialah nzd 140. aku berpuas hati dengan semua trip2 tersebut mantoooppp gitu.

semasa aku dalam cruise tu, agak struggle jugak nak tangkap gambar. ye lah, lone ranger. tripod menjadi teman setia aku di sana. so, gamba yg nampak struggle tu, tu antara syndrome2 tripod yer!!!!! aku ju dikurniakan ALLAH untuk bertemu dengan makhluknye yg comel lagi sedap utk dimakan iaitu dolphin. mereka melompat2 di sana sini. subhanallah, terasa kerdil diri ini. klo bdk rcsi dapat first class dah kecoh dah kot. ALLAH buat dolphin tade org nak kecoh pon. inilah bukti kebodohan manusia.



bandar auckland

salam auckland