Sunday, September 5, 2010

Terima kasih mak ayah……

Terima kasih mak ayah……

Aku adalah seorang anak lelaki. Ramai org kata aku ni anak lelaki kesayangan. Mungkin kerana aku ni bongsu lelaki. Sememangnya kasih sayang mak dan ayah tak penah kering. Akhirnya, aku subur membesar dan aku harap aku menjadi anak yg soleh.

Terima kasih emak dan ayah, tak tahu macam mana saya nak balas……

Dalam perjalanan dakwah aku, pada awalnya aku menerima sedikit tentangan dari pada mereka. Pada ketika itu aku bergerak dalam tabligh. Aku cuba memahamkan mereka, tapi gagal. Aku ingin keluar, tapi kata mereka NO. aku keluar juga sembunyi2, tapi dapat sekejap shj. Alasan mereka kerana takut aku join benda sesat, nnt kerajaan tahu scholar kene tarik.

Sejak aku diberikan hidayah utk berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah, seperti biasa, aku menerima sedikit tentangan. Aku faham kerisauan mereka. Takut aku buat benda salah dan khuatir scholar aku kena tarik.

Apa yg menariknya tahun ini, seolah-olah, mak ayah memberikan sokongan. Aku mahu ke sana dan ke sini, mereka berikan kereta, duit dan yg paling penting keizinan. Aku bersyukur. Walaupun compare dengan ikhwah lain, ada antara mereka yg lagi dahsyat daripada aku, namun aku tetap bersyukur. Alhamdulillah, terima kasih mak ayah.

Antara perkataan yg menusuk ke kalbu aku ialah ketika ayah kata padaku. “Jgn jadi mcm aku, dah tua baru nak belajar agama. Muda2 ni baguslah pergi belajar agama.” Aku sayang ayah aku dan aku hormat ayah aku. Pada aku, aku meletakkan ayah aku sebagai benchmark apabila aku jadi seorang ayah nnt. Secara umumnya, ayah aku merupakan org yg sgt dihormati masyarakat dan famili, and yet, dia mahu aku jadi lebih baik daripada dia.

Ketika aku di MRSM, aku pernah kata aku nak duduk umah dengan mak, tak nak duduk asrama. Lalu mak memujuk, “takkan kau nak duduk di bawah ketiak aku, tiada faedah pun. Baik kau keluar kat luar cari pengalaman. Sampai masa aku akan mati, dan kau akan hidup.” Aku kuatkan semangat utk tinggal di asrama dan memegang kata ibuku.

Adik beradik aku pernah tanya kenapa tak duduk di rumah time summer, asyik keluar shj? Aku diam. Ayah aku yg menjawab bagi pihak aku. “Aku tidak uzur. Dia nak keluar belajar agama, biarlah. “

Masa summer ni, aku cuba utk jadi seorang anak yg soleh. MOGA ALLAH permudahkan. Namun, jauh di sudut hati aku, aku merasakan aku tidak luangkan masa yg cukup utk mak dan ayah. Rindu dan cinta aku masih belum lunas. Aku belum puas nak bercerita pada mak.

Sememangnya utk menjadi anak yg baik bukan mudah. Mulut kene kunci, tangan kaki kene rajin. Aku cuba utk diam apabila syaitan mencucuk aku untuk menjawab kembali. Aku cuba tunjukkan yg aku mampu bgn subuh walaupun tanpa dikejut oleh mak dan tidak tidur selepas subuh. Aku cuba sedikit sebanyak. Tapi aku tahu, aku mampu buat lebih baik.

Kadang2, aku dilema antara tanggung jawab dakwah dan ibu ayah. Perlukah aku keluar dan meninggalkan mak ayah di rumah? Ataupun aku duduk sahaja di rumah, berkhidmat pada mak ayah? Aku berfikir bahawa islam ini bukan agama teori tetapi adalah cara hidup yg praktikal. Dalam islam ada perihal ibubapa, namun ibubapa bukan melambangkan keseluruhan islam. Apa yg penting ialah kita bijak dalam beramal. Jgn terlalu extreme sehingga mengabaikan tanggung jawab lain. Yakinlah, islam mengajar ummatnya utk bijak dalam beribadah. Tahu bila dan apa nak buat. Setiap org mempunyai masalah dan kefahaman yg berbeza, bertanya dan berijtihadlah!

Di jalan dakwah dan tarbiyyah, aku mendoakan mak ayah. Agar mereka mendapat bahagian mereka hasil daripada didikan dan doa mereka. Aku berazam, sekiranya aku ditakdirkan menjadi seorang bapa, akan aku infaqkan mereka di jalan ALLAH. Akan aku tanamkan bahawa hidup ini adalah utk mati di jalan ALLAH.