Sunday, January 13, 2013

‘Hadiah Teristimewa’


salam wrh wbt,

Tulisan ini dipetik semasa kursus pendidikan dan perkembangan awal kanak2 di bangi tempoh hari. Subhanallah, I like it very much. Mcm nk pengsan. Sharing is sunnah

‘Hadiah Teristimewa’

Didedikasi dengan sepenuh hati,
Buat yg ingin menjaga diri dan juga ummat,
Dengan segala semangat, ayuh kita lukis peradaban.....
Bermula dari rumah kita....

Saudaraku,
Rasulullah mengilustrasikan kehidupan keluarga beliau dengan pernuh keharmonian, ketenangan dan kebahagiaan....
KERANA DIBANGUNKAN DI ATAS DASAR KETAATAN KEPADA ALLAH.......
Saudaraku,
Suami yg mencintai Allah dengan sepenuh jiwanya,
Dia menjadi teladan keluarga bukan agar dihormati anak dan isterinya.
Isteri yg mencintai Allah dengan seluruh hatinya,
Dia berbakti kepada suami bukan agar suami mencintainya...


Diri kita milik Allah,
Yang mengetahui segala perasaan dalam diri kita hanya Allah.....
Yang memerintahkan kita bernikah adalah Allah...
Pernikahan yang terjadi juga adalah dengan izin Allah..
Bahkan kebahagiaan yang diraih juga adalah kerana pertolongan Allah..

Sungguh!
Keluarga itu pusat ketenangan, pusat ilmu, pusat nasihat, pusat kemuliaan..
Jika ahlinya teguh mengingati Allah..
Jika ahlinya gigih hidup kerana Allah

SUNGGUH!!
IMAN YANG KUKUHlah yang akan membuat hiruk pikuk kehidupan berumahtangga tidak akan menenggelamkan atau menyengsarakan..
Hanya dengan KEKUATAN IMAN
Kita mampu menghiasi keluarga kita dengan ketenangan dan kebahagiaan

Justeru,
Binalah keluarga yang DEKAT DENGAN ALLAH.
Binalah keluarga yang DIBANGUN SEPENUH JIWA DENGAN MENGINGATI ALLAH, MENGENAL ALLAH DAN TAAT KEPADA ALLAH.
Binalah keluarga yang sangat menjaga keikhlasan dalam beramal,
Kerana kebahagiaan rumahtangga hanya dirasai oleh mereka yang berhati bersih dan ikhlas.
Kekurangan yang ditemui menjadikan kita saling melengkapi
Kelebihan yang dimiliki selalu disyukuri
Sungguh luar biasa rumahtangga yang disuburi dengan keimanan dan keikhlasan.
Lautan nikmat yang datang,
Disambut dengan penuh kesyukuran.
Musibah yang menerpa,
Dikendalikan dengan penuh ketenangan.

Semoga Allah mengurniakan kita rumah tangga yang diberkati,
Rumah tangga yang mengukuh iman,
Rumah tangga yang selalu meningkatkan produktiviti kebaikan,
Rumah tangga yang hanya dicita-citakan utk meraih redha Ar-Rahman.

Mudah-mudahan dengan biat, usaha dan doa yang terbaik,
Kita akan membina keluarga dan generasi yang lebih baik,
Menyinari alam dengan ketaatan kepada Allah...
Demi meneruskan jejak langkah kebaikan dan kecemerlangan.

Dengan segala semangat dan daya usaha, kita melukis peradaban bermula daripada rumah kita.
Ya Allah, kurniakahlag kepada kami isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata..
Dan jadikanlah kami pemimpin bagi org2 yang bertakwa..
Membangun sebuah keluarga bukan perkara mudah,
Mulakan dengan niat yang baik, usaha yang tepat dan ketekunan berdoa memohon pertolonganNYA.
Semoga Berjaya.

kredit: krafhati.blogspot.com