Monday, May 11, 2026

air mati ibadah haji

 pemergian mu kerana tuntutan agama, sungguh bukan mudah bagi aku dan anak2. setiap hari kami merinduimu. 

teringat aku kisah Nabi Ibrahim AS dan Siti Hajar, tapi kali ini, aku cerita mungkin berbeza. aku ditanggalkan di sini, kau ke sana ke tanah suci. 


kami redha. kami mendoakan kau mendapat haji mabrur. 


jgn lupa doakan kami.


Allah tidak akan mensia siakan pengorbanan hambanya. 


kadang2 tidak semena-mena air mata mengalir. aku tidak pasti mengapa. sedih merindui mu. aku penat menguruskan keluarga. hanya Allah shj yg tahu. 


kadang2, aku berasa malu, manakan lelaki mengalirkan air mata. tapi ya, itulah yg berlaku. 


aku sengaja tidak pergi menghantar mu ke sana. aku malu sekiranya air mataku tumpah diwaktu itu. 


semoga kita berjumpa lagi. jika tidak dunia, di akhirat kelak inshallah. 


aku merindui mu sayang. 


11 may 2026, 

hkkb