Wednesday, November 16, 2016

aku yang baru

salam wrh wbt

bertahun sudah aku tinggalkan penulisan ini. sungguh lama. aku kembali untuk menulis. agar pengalamanku terpahat di dalam penulisan. supaya aku dapat muhasabah dengan lebih baik. sekiranya ada kebaikan. akan aku kongsikan dengan yang lain. 

kini aku manusia yg berbeza. aku seorang hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang ayah, seorang doktor yang bercita-cita menjadi daie. 

sungguh pengalaman yang lalu membuatkan aku terdewasa, mengubah cara aku melihat dunia, mengajar aku memahami agama.

Terasa dosaku meninggi langit, pahalaku kering merekah.
YA ALLAH ampunilah dosaku.

Kadang2 kala arah tujuku lari. Aku sesat mencari apa yang aku mahu dalam kehidupan ini. YA ALLAH, bantulah hambamu.

Aku tertanya, YA ALLAH, adakah aku masih lagi meletakkan kau yg pertama dihatiku? Atau adakah dunia telah melemaskan aku?

Aku manusia berbeza. Mencari siapakah aku? Aku tidak seperti aku bayangkan dan idamkan seperti 10 tahun dahulu.

Hidup bukan mudah. Masuk syurga bukan tanpa lelah.


Taman tanjak
16/11/16
10 pagi




1 comment:

nuraishah said...

Pleased to read from you back. Jazakallah khair..

Sincerely,

A wife, a mother, a daughter and a sinful slave of Allah.