Sunday, March 30, 2008

emotional

ASSALAMUALAIKUM,

aku kesal. aku tak puas hati. aku mengkritik. aku menentang. aku merasakan diri aku je betul. wahai aku yang sengal, sedarlah kau ni manusia sahaja yg slalu buat kesilapan. tapi aku kadang2 rasa terkilan, kerana kenapa kadang2 aku rasa emotional. aku rasa tak boleh nak kawal diri lalu aku lari dan terus lari dari punca permasalahan. may be itu bukanlah yg terbaik, tapi kadang2 keadaan mendesak. aku rasa aku perlu tarbiyah diri aku bagaimana untuk tidak jadi emotional. cuba sabar dan bersabar. kini, sekiranya aku lihat sesuatu yg aku rasa mmg bertentangan dengan cara kerja aku, aku akan terus meninggalkan perkara itu dan melihat perkembangan dari jauh. perlukah aku menanti dan ternanti sambil membuang masa? apa2 pun, aku harap aku mampu melawan diri aku sendiri. menjadi seorang individu muslim yg berkerja, berkhidmat dan memakmurkan islam. namun begitu, aku sekali sekala kecewa dgn diri aku. sesekali aku di kritik, namun sekali skala juga, aku tidak dpt menerima kritikan itu. aku memberontak. mengapa mengkritik apa aku zahirkan melalui naluri aku. sekiranya betul aku perlu dikritik, kritiklah corak pemikiran aku. bukannya mengkritik perbuatan hasil dari cara aku berfikir. mungkin aku katakan itu dan ini dengan mudah sekali. aku rasa kesal kerana apa yg cuba ditonjolkan oleh si dia ialah dialah contoh terbaik dan cara dialah yg paling bersopan sekali dan paling mantap. aku ingin menjadi diri aku yg unik di samping itu selari dengan islam. aku tidak perlu menjadi kau untuk berjaya dalam hidup. para sahabat zaman nabi juga mempunyai personaliti yg berbeza-beza dan nabi menerima sahabat2nya dan menganggap setiap dari sahabatnya sebagai satu kekuatan. islam dilahirkan bukan untuk menyediakan satu klon yg sama untuk setiap individu sebaliknya menggunakan keunikkan dalam setiap individu sbg satu kekuatan untuk membina ummah. aku juga slalu melakukan kesilapn. apa2 pun sama2 kita berdoa, agar ALLAH berikan kita petunjuk.


salam nasi ayam

No comments: