Tuesday, March 11, 2008

terik mentari menyinari diri

di dalam blue mosq istanbul, trip ke turkey mase summer 2007.

assalamualaikum,

pagi ini, gerimis melanda dan aku tidak bersyukur dengan limpahan rahmat tuhan. aku merungut, 'AH, HUJAN LAGI !'. sememangnya aku bukanlah seorang hamba yg bersyukur. apa nak dikata, terpaksa juga ku kayuh basikal 'mecerdeces' ku untuk pergi mencari reda ALLAH.

tapi kini, sewaktu aku menulis warkah ini, terik mentari sinar dan aku merindui cahaya itu. hembusan angin yg dingin menguji ketahanan fizikal ku. keperhatikan bulu2 aku terpacak, dan ku tersenyum melihat gelagat bulu yg benar2 faham penderitaan aku.

aku gembira. alhamdulillah, aku menjangkakan malaysia akan menjadi sebuah negara yg lebih baik. parlimen akan menjadi lebih hangat, dan hak rakyat akan diperjuangkan. masing2 akan bersaing untuk menunjukkan kualiti yg tinggi dalam berkhidmat kepada masyarakat.

mengenai ceramah palestine di ucd, alhamdulillah, aku panjatkan. speaker yg mantap lagi berilmu, membuka mata ramai org. kulihat wajah2 kepuasan yg lahir dari peserta. ummat yg lalu adalah ummat yg lalai, dan ALLAH telah menggantikan kita sebagai ummat yg baru. buktikan dan pikullah amanah ini, kita sememangnya mampu untuk menegakkan agama ALLAH. berdoa, berusaha dan yakinlah dengan janji2 ALLAH.

soal hatiku, alhamdulillah, ALLAH beri aku sedikit ketenangan. gap yg terbina aku cuba retakkan sedikit demi sedikit. aku berusaha untuk meletakkan ego aku di tempat sepatutnya. namun, selepas menonton 'AYAT2 CINTA', perasaan aku ingin bercinta, mencintai dan dicintai sememangnya membara. namun, cerita atau novel yg berunsurkan cinta hanyalah cerita sahaja. kita mengharapkan percintaan kita menjadi seindah itu, namun realitinya jauh pedih dan pahit kerana kita mahu memiliki sesuatu yg sgt berharga. karangan2 cinta itu, hanyalah memberikan kita mimpi tentang keindahan cinta tanpa merasai kepahitan yg sebenar. yg hanya ditekankan dalam karya ini adalah keindahan dan bukanya kepahitan. aku masih belum bersedia, aku masih belum matang. hanya doa yg bisa kupanjatkan.

salam jaffa cakes

No comments: