Friday, October 9, 2009

adakah anda tidak mahu ke lectures?

assalamualaikum,

aku bukanlah org yg paling layak utk membincangkan soal ini. tapi hati aku meronta-ronta utk melontarkan kekecewaan aku terhadap segelintir pemikiran yg sememangnya pada hemat aku adalah tabiat org kurang baik. moga2 dengan coretan aku ini, ALLAH memberikan taufik dah hidayah NYA terutama kepada aku dan kita semua INSYALLAH.

aku melihat segelintir dari kita mengambil enteng soal ke kelas. kalau rasa nak pergi, dia pergi. rasa malas, dalam duvet mungkin. ada juga yg menggunakan alasan alamak dah lewat, kesimpulan yg dibuat selepas itu ialah tidak pergi ke kelas. ada juga yg mengatakan kelas ini tak guna pergi, buang masa shj. ada yg kata lecturer tak bes, tak payah pergi. ada juga yg lebih prefer online dan baca sendiri nota2.

namun tidak kurang juga ada yg pergi ke kelas utk mengusha rakan sekelas mahupun lecturer. hensem sana, cun sini. begitu lah tabiat mungkin ada pada aku dan sesetengah manusia2. namun, setiap amalan itu bermula dengan niat. apakah niat kita? pergi kerana ilmu? pergi kerana ALLAH? pergi kerana ada kelas? pergi kerana sponsor? pergi kerana kawan? pergi kerana rasa nak pergi?

rasanya tak perlu diberitahu, tapi aku nak jugak beritahu supaya aku dapat pahala lebih. aku nak berniat kerana ALLAH, tetapi aku juga manusia, niatku selalu menyimpang.

bagi aku, ke lecture adalah satu yg wajib. seperti mana kita rasa penting ke masjid, begitu juga pentingnya ke kelas. lebih mengecewakan ada antara kita yg mengatakan dirinya faham islam, tetapi memilih utk tidak pergi ke kelas atas alasan yg telah disebutkan sebentar tadi ataupun atas alasan2 lain.

sesungguhnya, ilmu itu adalah milik ALLAH, bukan milik kita. ilmu tiada dibuku, tapi segala2 nya dari ALLAH. menuntut ilmu perlu berguru. ini adalah jihad kita. tidak perlu untuk mewarwarkan slogan mari berjihad sekiranya utk ke kelas kita sudah tidak mahu berjihad. apa erti kita kata kita muslim, tapi hakikatnya kita tak mahu ke kelas. ini adalah jihad kita. kita buktikan kepaDA allah, aku bersungguh-sungguh untuk menuntuk ilmu kepada engkau. setiap pengorbanan kita INSYALLAH tidak akan disia-siakan oleh ALLAH.

inilah cara islam. islam menyyuruh kita keluar menuntut ilmu, bukannya masuk dalam duvet dan menuntut ilmu. lebih byk ilmu yg kita peroleh INSYALLAH, sekiranya kita ke kelas untuk mendengar lectures. bukan sekadar lecture, tapi selingan2 hidup yg mungkin memberikan kita pedoman utk hari2 muka. hidup bukan hanya antara kita, buku dan duvet, tapi diluar sana lebih ramai yg dahagakan kehadiran kita. INSYALLAH keberkatan ada di situ.

ada juga yg di kalangan kita menolong rakan2 lain untuk tulis attendence sedangkan mereka tidak hadir. golongan ini termasukalh aku. namun, mungkin kerana kelemahan iman, aku dalam keadaan tidak reda menulis nama2 mereka. moga2, ALLAH memberikan kita kekuatan utk menegakkan yg hak dan membenteras aktiviti ini. ini bukan membantu, ni bersubahat. tlg menolonglah kamu untuk perkara2 takwa, dan jgnlah kamu tlg menolong dalam perkara keji.

siapakan yg lebih untung, manusia yg mendapat first class di dunia tetapi jihad nya sedikit di dunia, berbanding dengan manusia yg fail exam tetapi jihadnya disisi ALLAH sgt besar?

salam telur dan salami nak expired