Thursday, May 29, 2008

EXAM..EXAM ..EXAM



assalmualaikum,
sedang aku bosan menelaah, aku cuba melepaskan kebosanan dengan melihat rentetan hidup aku. sememangnya memang agak pelik dan terasa bodoh apabila aku lihat apa yg telah aku lalui. dari pergaduhan demi pergaduhan, dari percintaan demi percintaan, dari kerinduan demi kerinduan, dari setapak ke tapak yg lain, semuanya dipenuhi dengan rasa malu apabila cuba diimbas kembali. mengapa aku jadi sebodoh ini? namun aku cuba meyakinkan diri, yang lepas biarlah ia berlalu pergi. jadikan sempadan dan tauladan. jgn biarkan perkara yg lalu menarik kita jatuh ke belakang. kita mesti mencipta sejarah berdasarkan sejarah yg telah kita bina sekarang. aku perlu yakinkan diri aku, ini semua adalah terbaik untuk aku. jgn ulangi perkara bodoh itu lagi.

kini, aku merasakan diri aku agak tenang, tiada lagi kekalutan atau pun jawapan yg tergantung. fikiran aku semakin fokus alhamdulillah. ada kawan aku kata, aku tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yg telah berlaku, "self denial" katanya. apa pun, biarlah apa org nak kata, aku ubah benda yg perlu aku ubah berdasarkan apa yg disuruh oleh ALLAH.

bulan depan, aku akan mulakan pengembaraan aku selama 33 hari. pengembaraan ini digelar "jejak chantek". ia akan bermula pada 12 jun dan tamat pada 15 july insyallah. doa anda amatlah dialu-alukan. antara tempat yg bakal dilawati ialah italy, austria, czech, west german, holland, belgium. moga2, apa yg dilakukan ini akan mendapat berkat.

salam org rumah aku sume da malas masak....

Thursday, May 15, 2008

serangan areolar


“Muhaimin!”, panggil ustaz dengan nada yg separuh tinggi.
“ya ustaz?”, sahutku dengan sedikit kecutan diperut
“mana name tag kamu?”, sambungnya lagi
“tinggal kat kelas ustaz.”
Tanpa sebarang keraguan, ustaz pun menyerang areolar aku dengan tepat sekali. Ustaz memang terkenal dengan skill serangan areolar. Tapi apakan daya, aku tidak mampu mengelak lalu menggigil kesakitan. Pulasan 500 degree itu sememangnya masih dapat aku rasakan sampai sekarang. Setelah ustaz melepaskan geram, lalu aku dilepaskan dengan keadaan matuku tertutup. Terasa sedikit dicabul tapi itulah hakikat hidup di asrama yg mmg aku tak dapat lupakan. Pengalaman di MRSM Kuala Klawang sememangnya melucukan.

Aku teringat cerita ini ketika aku sedang membaca nota pasal breast. Lalu terlihat areolar dan terimbaslah kembali kisah suka dan duka. Aku ingat lagi satu kisah lain yg agak memalukan. Beberapa bulan selepas serangan pertama, Sewaktu di library, aku agak bising lalu dipanggil seorang ustaz yg lain. Sekali lagi dengan penuh keyakinan, ustaz menyerang dengan pantas namun target tersasar ke 5th interccostal space. Namun, ustaz berjaya kembali ke pangkal jalan iaitu ke 4th intercistal space. Ape2 pun, aku diserang di hadapan rakan perempuanku, dan serangan ini merupakan serangan kedua due belah. Apa yg memeranjatkan lagi, aku melihat terukir sinar2 kepuasan di wajah ustaz akibat serangan yg boleh dikatakan amat berjaya itu. Apabila serangan itu berakhir, aku terdengart bisikan2 kecil dari arah rakan2 wanita aku yg tergelak. Aku tunduk dan malu disamping serangan yg amat berkesan itu dan membuatkan mulut aku tertutup untuk beberapa ketika.

Apa pun, byk lagi cerita2 yg menarik ingin aku kongsi dalam hidup ini. Tapi ape2 pun, lepas exam yer. Ni release stress je ni.

Salam tomyam taro

Saturday, May 10, 2008

SMOKED BACON

ASSALAMUALAIKUM,

dah due hari aku perhati tayto tu, geram jugak aku, warne orange tapi tulih smoked bacon tapi suitable for vegetarian. akhirnya aku tekad mengeluarkan fatwa aku, lalu menyambar tayto ataupun kat malaysia same popular mcm super ring.

"ko nak ckit?", soalku kepada kawanku sambil menunjukkan tulisan di hadapan paket itu. lalu dia mengambilnya. walaupun kelihatan ragu2, aku meyakinkan diri aku dan menjadi org yg pertama makan antara kami berempat.

"ko nak?", soalku lagi kepada kawanku yg seorang lagi.
"weh, biar betul ko ni. tak sangka aku ko se'liberal' mcm ni!"
aku berdiam lalu menikmati perasa jajan yg rasa mcm asap bergaram. boleh tahan jugak la, tapi mcm tade beza je.

sepanjang aku hidup ini, byk org dah aku jumpe. sedih, gembira, kelakar, menyampah, confuse, tension, sayang, cinta, geram, bodoh dan mcm2 lagi perasaan yg bercampur baur dlm hati ini. tapi aku sedar, ini adalah kebesaran ALLAH supaya aku sujud dan taat kepada perintahnya.

dalam kehidupan ini juga, aku cube cari kematangan dalam hidup. aku decide untuk menjadi lone ranger. tidak begitu attached kepada satu group tapi sebaiknya bercampur dengan semua org dan hanya taksub kepada islam. aku agak kurang faham mengapa ada sesetengah org yg mempunyai fikiran aku tua makan aku lebih matang dan lebih byk garam yg aku makan sedangkan apa yg dia lakukan hanyalah duduk di rumah dan makan garam di rumah dan bercampur dengan member yg 2 3 4 org tu je la.

aku yakin walaupun umur seseorg tu lagi muda tapi mungkin dia lebih matang dari aku. mungkin dia telah lama mengembara dan merasa garam dari byk tempat dari byk laut. dia telah jumpa ramai org dan jumpa byk ragam.

dalam hidup ini, aku cuba belajar untuk belajar dgn semua org termasuklah org yg bodoh. bagi aku, terasa diri itu bodoh dan malu juga adalah sebahagian dari belajar. jika tersilap kita juga belajar untuk rasa malu sebentar. aku rasa, melalui itu aku mampu faham byk perkara insyallah. tapi ye lah, aku maish belajar dan jahil. byk perkara aku rasa aku belum faham dan aku rasa apa yg dibuat oleh sesetengah org itu bodoh dan sengal.

apa2 pun, aku cuba tanam sikap yg org lain adalah lebih baik dari aku. yg lebih tua telah byk buat kebaikan lebih dari aku dan yg muda kurang buat dosa dari aku. aku harap, tiada perasaan riak dalam diri aku dan aku harap aku tiada perasaan yg merasakan diri aku ini hebat. MOGA2 ALLAH PELIHARA DIRI AKU INSYALLAH.
ni bukan tengah jiwang ye. ni gamba nak tunjuk aku ni lone ranger la..ahahahahah..bajet la plak!
salam kari taro

ps: fatwa smoekd bacon itu bukanlah dikeluarkan oleh ulama' muktabar

Saturday, May 3, 2008

KETEGANGAN DENGAN PAK ARAB

huh, selesai acara pernikahan. hehehe, tade la, aku jadi pengapit.

ASSALAMUALAIKUM,

bukan mudah untuk bergaduh dengan org non malay ni. maksud aku tak byk peluang kita dapat utk gaduh dengan org yg bukan melayu. biasanya kalau gaduh pun, gaduh sesama melayu je. tak international langsung. nak gaduh, gaduh la dengan pak arab atau minah arab, irirsh ke, canadian ke, american ke baru la best! tapi bukanlah niat aku untuk cari gaduh. tapi ketidak puashatian ini perlu diluahkan. aku bukanlah seorang yg mampu meloat sesuatu yg aku taksuka di depan mata berlaku begitu sahaja. kalau nak ikut, aku nak aje complain itu dan ini, tapi dakwah is an art. bukan sume kite kene approach cara sama. lagi pun, aku bukannya baik sangat dan masih byk yg perlu diperbaiki. tapi dalam masa yg sama dakwah pun ken buat jugak.

sepanjang aku bernafas ini, ramai sudah aku jumpa org yg mempunyai mentaliti yg dikenali sebagai raj'i. pemikiran ini ialah pemikiran yg memisahkan iman dan amal. biarlah aku pakai pelik2, asalkan aku beriman dan hati baik cukup. pemikiran ini mmg merupakan pemikiran yg merosakkan islam dalam diri kita. dalam QURAN sendiri pun, byk ayat yg ALLAH mention iman dan amal sekali gus. iman dan amal memang berjalan serentak. iman tinggi amal pun byk. aku bukanlah untuk menghakimi siapa2 pun, tapi kadang2 memang kelemahan aku terberi first impression. aku sedang berusaha untuk buang sifat2 tu tapi agak sukar. secara kebiasaanya pun, manusia akan tengok luaran dahulu. kemudian baru tgk dalam dan rasa dalam hati. sememangnya inilah kelemahan manusia yg seharusnya diubah tapi kita juga perlu igt kelemahan manusia ini dan terima serta bersedia seadanya.

ada kisah nabi suatu ketika, nabi berjalan lalu terjumpa bangkai kambing, lalu nabi bertanya kepada sahabat, apa yg kamu lihat pada bangkai itu?
lalu sahabat pun kata, lihat bangkai busuk and so on.
nabi pula bersabda baginda nampak gigi kambing itu putih.

dulu aku selalu mcm tak kisah tentang penampilan diri aku. lalu suatu hari, ayah aku memandang wajah aku, lalu berkata,
"kamu ni tak nak pakai elok2 ke?"
"tapelah ayah, orang bukan kisah pun. asal ade benda nak pakai, jadilah kan."
ayah menjawab,
"memang betul. tapi kamu kene igt, manusia ini selalu tgk penampilan dahulu kemudian baru tgk dalam. memang betul dalam lagi penting, tapi kenelah berpada-pada. tak boleh expect org pandang dalam sedangkan yg luar pun sudah busuk."

aku pun balik dan fikir. lalu aku pun mula lah menjaga muka, kurangkan jerawat, gosok baju, beli perfume, sikat rambut, fashion itu dan ini. apa2 pun, bersederhanalah, tak payah nak shopping mcm sakan. asal ade serba satu cukup, kholas!

salam ice cream ben n jerry. 50% off rugi2. aku da tru sume da. yg sedap choc brownies, cookie dough, strawberry

Thursday, May 1, 2008

PERCINTAAN BIBIRAN

ASSALAMUALAIKUM,

sekiranya ditanya padaku, apa buktinya cinta yang aku bibirkan? aku mungkin termangu seketika. wujudkah cinta? apakah bukti cinta itu wujud? mampukah bercinta tanpa berkorban? mampukah bercinta tanpa meluahkan? mampukah menyintai kepada yg tiada mengenal apa itu cinta?

aku bertanya diriku, adakah aku menyintai PENCIPTAku dan rasul-NYA? YA , jawabku dengan yakin. tapi manakah buktinya cinta itu? adakah aku menunaikan hak cinta itu? atau pun itu hanyalah sekadar ucapan yg hadir dari getaran bibir yg kering? apakah pengorbanan yg telah aku lakukan untuk aku membuktikan cintaku? jawapannya tiada. adakah itu dikatakan aku sedang bercinta? perkataan yg mudah dilafazkan, hakikatnya nyawa tidak sanggup utk aku korbankan. bahkan, solat dan quran juga kadang2 diabaikan.

adakah aku mencintai ibu bapaku? apakah perbezaan cinta seekor beruk terhadap ibunya dan cinta aku terhadap ibu aku? apakah yg telah aku lakukan untuk aku buktikan cinta aku kepada mereka? jawapannya tiada. hanyalah kekecewaan yg aku berikan, hanyalah kerisauan yg aku simbahkan, hanyalah harapan yg aku hancurkan. mana pergi maruah dan harga diri sekiranya cinta yg dilafazkan itu hanyalah umpama air liur yg memercik keluar? aku sedar aku tidak seperti beruk, aku manusia dikurniakan agama, sebarang cinta perlulah berdasarkan cinta kepada ALLAH jika tidak, tiada beza cinta kita dengan cinta beruk ataupun unta.



masih aku ingat lagi, aku bermanja dengan ayah. selalu berkata-kata dengan ayah, bertanya akan ayah itu dan ini. ayah tiada pernah jemu menjawab pertanyaan aku kerana kasih sayangnya kepada aku.

pernah sekali dalam perjalanan pulang dari kampung di kelantan ke kuala lumpur, aku yg baru kecil cuma sering duduk di bangku hadapan bersama ayah. aku berbual dengan ayah lalu tertidur. aku terbangun lalu mendapati bangku itu basah lagi bertakung akibat kurangnya kawalah otot pencerut. perlahan-lahan, bibirku bergetar,

"ayah, saya terkucil!", kataku
ayah memandangku dengan perasaan geram namun tiba2 senyuman terukir diwajahnya,
"kenapa x cakap nak pergi tandas, takpelah nnt ayah bersihkan ye?"
aku sedar kesilapan aku merembeskan cecair atas van kegemaran ayah bukanlah idea yg baik. namun, kalau dah budak tu budak jugak la. lihatlah kasih sayang ayah yg sanggup memaafkan anaknya.

pernah juga, sesekali aku sukar untuk menutup mata. perlahan-lahan aku ketuk pintu bilik ibu bapaku.

tok tok tok!
kedengaran org bergegas bangun,
"kenape?"
"emak, saya tak boleh tidur!"
emak dengan matanya suku terbuka sambil mengaru-garu kepala lalu menyetuh kepalaku,
"dah2, pergi tidur sebelah ayah kamu." suruhnya dengan lembut. aku tidak tahu mengapa, di samping ayah aku rasa selamat sekali. itulah pengorbanan seorang emak dan ayah terhadap anaknya. sesekali dimarahi kerana tanda sayang.

perlukah kita mencintai kepada siapa yg tidak perlukan cinta kita? jawapan itu aku pun tidak pasti. aku sudah berusaha, tapi mungkin aku perlu belajar erti penat dan berputus asa. aku tidak mampu berlari jauh kerana aku tidak perlu untuk berlari. perjalanan aku masih jauh dan aku takut kepenatan di pertengahan jalan. apakah semua cinta itu mulia? atau semua cinta itu ujian? bagi aku, cinta itu umpama biji benih yg datang dari ALLAH. kita hanya perlu menanamnya dan ALLAHlah yg akan menumbuhkan dan mematikan pokok itu. sekiranya ada buah, berkongsilah dengan org lain. namun janganlah memberi kepada makhluk yg tidak pandai menilai apa itu erti cinta dan persahabatan. berilah kepada siapa yg sudi dan berkasihlah kepada siapa yg memberi.

salam black pepper chicken

ini masakan padprik aritu