Tuesday, May 11, 2010

darul islah

salam wbt,

ini merupakan tahun pertama aku duduk di rumah islam meskipun aku telah berada dalam tarbiyyah sejak tahun 2006. banyak yg aku pelajari semenenjak aku di sini. namun aku bersyukur kerana aku di kelilingi sahabat2 yg mantap. maaf, aku bukan mahu mengatakan rumah lain tiada unsur islam, namun darul islah pun masih dalam tarbiyyah dan byk yg perlu diperbaiki. ye lah, kami pun manusia. kami cuba mengarus perdanakan islam di bumi ALLAH. dalam skop kecil nya, aku mahu apabila org malaysia dtg di dublin, mereka akan melihat masyarakat islam di malaysia lebih islamic dari masyarakat di malaysia sendiri.

berada dalam darul islah sedikit sebanyak kami menerima kritikan. ada yg mengatakan bahawa kami seolah-olah menganggap diri sendiri sebagai ahli syurga dan mahu masuk syurga sendirian. namun apa yg kami mahu lakukan ialah mewujudkan biah solehah yg mampu utk menghidupkan suasana islam. dakwah ini utk semua, tapi kami sedar, kami tidak mampu. byk yg perlu kami pelajari. inilah hakikat org2 yg cuba utk belajar buat dakwah. dah inilah juga yg terpaksa kami akur dengan komen2 masyarakat. kami sedar kami silap. moga2 kamu memaafkan kami dan ALLAH mengampuni kami.

ingin aku perkenalkan ahli2 darul islah yg amat aku cintai. insyallah, hanya yg baik2 shj yg aku perkatakan, yg lain2 insyallah kita semua ada kekurangan (susunan tidak menggambarkan apa2 ye!):

1. syafiq ismail - seorang murobbi yg aku kagumi. smgt ibadah yg tinggi, pengorbanan yg super, perbuatan selari dgn perlakuan. aku suka teguran syafiq, dia akan membisik ke telinga aku. lalu aku hatiku luluh dengan kelemahan diri yg ada. masakannya juga enak. skill study terhebat ialah study dalam duvet. huh, kalau aku confirm tido selepas lima minit dalam duvet.

2. afiq rhazif (bucer) - aku merasakan bucer antara shbt2 yg paling mengenali aku. mana tidaknya, bucer telah travel bersama aku selama 24 hari. kami tidur bersebelahan, hampir semua dikongsi bersama. ketawa, lapar, penat, indah, kasin sayang, perasaan, makanan dll. aku bahagia bersama bucer dan aku amat selesa dgn dia. bucer seorang yg jarang complain. apa yg ada dia sebat, kalau tiada dia diam. kalau lapar dia masak apa yg ada. sungguh mudah dan praktikal. seorang yg matang dan cool jer. bucer suka gelak lawak2 yg aku buat. tu lah pasal aku suke buat joke ngan bucer, pasal bucer akan gelak. kalau dgn org lain, belum tentu dia gelak.

3. sirri - ikhlas katakan, aku kurang mengenali sirri. mungkin masa dan geografi menghalangi kita utk bersama. namun aku amat kagum dgn sirri. semangat dan kebolehan beliau utk melihat sesuatu masalah dari sudut yg berbeza. very objective minded. pandai cakap. demi dakwah dan tarbiyyah, peh mmg dahsyat pengorbanan beliau. antara sumber inspirasi aku utk terus memajukan diri dalam dakwah.

4. khalil - khalil antara org yg paling lama mengenali aku. dia antara org yg paling byk aku share masalah. tempat dikongsi masalah yg ada (ops, bukan semua ya! yg sirr tu tetap sirr!). seorang yg sgt mementingkan penampilan. selalu mengjadi imej consultant aku. favourite word = CRIME! ye aku mmg sgt crime dalam fesyen. ye lah, aku bukan ada duit dan passion aku bukan fesyen. aku memakai seluar koyak dan track suit. khalil sering cuba mengubah aku supaya menjadi lebih 'up to date' dan lebih bersopan. terima kasih khalil! aku sedang mencoba. kami mempunyai byk pertembungan budaya. namun, aku tetap bahagia di sisi khalil yg amat aku cintai.

5. hafeez - ni membe aku satu lagi. hafez sgt penyayang orgnya. bukan shj sayang kepada manusia, tetapi juga kepada kereta. beliau dari segi dakwah dan tarbiyyah jauh kehadapan. penat aku mengejar hafez, namun aku lemas dalam keringatku sendiri. amalan beliau menjadi sumber inspirasi aku agar menjadi lebih byk beribadat. hafezlah yg selalu igtkan aku itu dan ini. terima kasih hafez! walaupun ko penat nasihat aku, tapi igtlah, nasihatmu berguna kepada aku. hafez sering mengungkapkan kata2 cinta padaku, namun aku takut sekiranya cinta yg aku cuba hulurkan tidak sehebat cinta hafez. maafkan aku hafez. (mungkin nada mcm GAY, tapi yakinlah kami bukan gay. kami adalah rijal yg ingin berukhuwwah kerana ALLAH)

6. xemi - xemi dah tada, aku rindu pada xemi. aku tak tahu samada xemi rindu padaku atau tidak. tidak mengapalah xemi, kalau kau tidak rindu pada aku, sesungguhnya cintaku kepadamu adalah kerana ALLAH. sekiranya kau tidak membalas rinduku, nescaya ALLAH akan membalasnya. dgn xemi, aku selalu practice irish accent. peh, kite org mmg suka joke irish. lawak tol! aku dan xemi slalu tack team utk tarbiyyah hafez dalam bab upgrading maratib amal. hasilnya, hafez tewas. YEAH!!! xemi merupakan makhluk yg sering mendapat sakinah dikala org lain ditimpa stress. huh, mmg pertolongan dari ALLAH. akuk sungguh kagum.

7. harith - harith sgt teratur org nye. dari luar sampai lah dalam. sungguh teliti org nya. aku rasa aku tak dapat nak capai standard ISO harith. huh, mmg dahsyat. kalau masuk bilik harith, rasa takut nak pegang brg2 pasal sgt tersusun. harith terkenal dengan kehebatannya memasak nasi. igt masak nasi senang ke, kami di darul islah mempunyai kualiti nasi tersendiri! harith sgt fokus dalam sesuatu. dia tahu apa yg dia nak. confident. peh, aku rasa otk die tu bukan otak cair, tapi otak wap aku rasa (joke peribahasa melayu ye!)

8. puchong - puchong org nye antara yg pendiam. kalau dia buka mulut, org akan dgr butir2 perkataannya. aku tak kenal sgt puchong to be frank. mungkin kerana aku segan dgn puchong. puchong sgt lah rajin org nya. berdisiplin, fitness mantap, otak pun peh mmg tak boleh tahan. aku suka style puchong masak. sgt unik. dalam dia diam, tiba2 kesenian masakan nya mampu membuatkan kucing di luar rumah duduk ditepi tingkap sambil mengalirkan air liur. dari segi hafalan mmg superb kot. penat jugak nak keja mamat ni dari segi amalan. selalu bgn pagi.

9. finally, aku merupakan org yg paling annoying dalam darul islah. aku lah org yg paling bising. aku lah org yg paling nak makan sedap. aku lah org yg paling ketinggalan dari segi ibadah, da'wah, tabiyyah dan segala-galanya. aku lah yg paling teruk lah dalam darul islah. org kata aku ni stamina tinggi aka fit, tapi aku rasa apa guna qowiyy badan tapi otak kosong, fikrah kosong, amal pun kosong. teruknya aku! aku selalu sakitkan hati shbt2 aku. aku tak pun mementingkan diri org lain lebih dari diri aku. aku paling malas pergi solat. aku paling liat bgn. aku paling malas. aku paling tak score dalam exam. aku lah yg paling tak hensem dalam rumah tu. aku lah yg paling mcm tade kualiti dalam rumah tu. pendek kata aku lah di sisi ALLAH yg paling hina sekali. solat tidak khusyuk, slalu buat dosa, mcm2 lagi la. kdg2 bila aku tgk anjing comel lintas depan rumah, aku rasa mcm anjing tu pun tunduk pada hukum ALLAH, sedangkan aku ini selalu berbuat kemungkaran.

aku harap, aku dapat buang perasaan riak, takabur, sumaah, ujub dll sikap2 mazmumah dalam diri aku. aku berharap ALLAH terus kurniakan aku shbt2 yg mampu membawa aku kepada islam. aku perlukan pertolongan anda utk aku terus maju dalam da'wah dan tarbiyyah ini. masih byk yg perlu diperbaiki. aku harap, shbt2 dapat mengampunkan dosa aku. aku sedar siapa aku, bukan merak kayangan tapi gagak dirimba.

salam nasi lemak khalil yg mantopp....