Thursday, June 25, 2009

my deception

ASSALAMUALAIKUM,

aku merasakan diri ini adalah seorang yg penuh motivasi, bersemangat dan mampu merelisasikan impianku. aku sering membaca buku2 yg mengangkat kebolehan manusia dan mengatakan manusia mampu memilikinya. namun, sekiranya dipandang kembali ke belakang, motivasi itu hanyalah bersifat wahn (cinta dunia, takut mati) dan berjaya menyuburkan penyakit hati. merasakan diri ini sepatutnya merasai nikmat dunia sepuas-puasnya.

byk buku2, novel2, cerita, movie dan biografi yg memaparkan kejayaan manusia dalam byk bidang terutamanya dunia. kita lihat sahaja kejayaan billionaire BILL GATES yg mampu menjadi kaya walaupun pada asalnya MR GATES tidak mempunyai apa2. kita dihidangkan dengan angan2 untuk menjadi sekaya BILL GATES, dengan alasan org yg tidak mempunyai apa2, tidak mustahil akan menjadi org terkaya di dunia. tapi hakikatnya, aku mengejar dunia. wang, wanita, rumah, kereta, melancong dan segala-galanya. mereka memberikan harapan utk kita memiliki semua ini dan membiarkan hati ini menjadi busuk dan lupakan kebahagiaan di akhirat.

hakikatnya, aku sesekali terfikir. berapakah nisbah manusia yg gagal untuk menjadi seperti BILL GATES? berapakah nyawa yg terkorban dalam usaha mengejar cita2 menjadi secantik BRITNEY? aku yakin ramai sahaja yg menjadi gila, bunuh diri dan stress dalam pengejaran nikmat dunia ini.

adakah penting motivasi utk mengejar hiasan2 dunia ini? bacaan kita hari ini mengajak kita agar terus berlari dan berlari utk mengejar idola kita. akhirnya kita alpa kepada tuntutan akhirat. kebanyakkan motivasi2 ini mengatakan kepada kita bahawa kita mampu melakukannya. cuba utk meletakkan perasaan ketidak bergantungan kepada ALLAH. cuba utk merasakan diri ini TUHAN yg mampu melakukan segalanya.

ALLAH akan memberi kepada manusia apa yg dia kejar, kerana khazanah ALLAH MAHA KAYA tidak akan luak walaupun sedikit sekiranya semua makhluknya dimakbulkan segala hajat. SUBHANALLAH!!! kadang2, aku sering tertipu dengan motivasi2 yg datang dari non muslim yg mengajak kita mengajar dunia dan merasakan diri ini TUHAN dan mampu mengubah sesuatu secara mutlak.

hakikatnya, kita adalah manusia. marilah kembali kepada jalan ALLAH. YA ALLAH, BUANGKANLAH DUNIA PADA HATI INI. LETAKKANLAH DUNIA DI TANGANKU DAN BUKAN DI HATIKU AGAR AKU BOLEH MENGAMBIL APA YG PERLU DAN CAMPAK APABILA TIDAK PERLU!!!!!!

salam the arrival

Thursday, June 11, 2009

THE ARRIVAL

MAY BE A PROPAGANDA..BUT MAY BE IT IS THE TRUTH...



Thursday, June 4, 2009

MELIHAT DAN MENGGUNAKAN WANITA

ASSALAMUALAIKUM,

tajuk di atas mungkin agak kurang sesuai. tapi itulah yg aku maksudkan. wanita merupakan antara ujian terbesar bagi lelaki. setakat ini, aku belum bertemu manusia yg berkata tidak dengan kenyataan ini. kecantikan wanita sememangnya menakjubkan. mampu membuat bumi ni bergoncang bahkan mahu membakar manusia di dalam neraka.

boleh dikatakan sudah jauh aku berjalan. sudah agak byk tempat aku ziarah. rasanya hampir bosan utk aku meneruskan pengembaraan ini. namun, peluang mengambara ini aku gunakan untuk melihat keindahan alam dan juga manusia. subhanallah, ajaib sungguh ciptaan ALLAH. di GERMAN misalnya, pernah aku terlihat manusia mata seperti mata kucing. takjub sungguh. SUBHANALLAH!!!!.

setiap hari, aku disajikan ujian dengan komunikasi bersama golongan wanita. aku tidak mahu jatuh ke lembah maksiat. aku mahu menjadi hamba yg teguh berdiri dengan iman walaupun ujian dtg melanda. walau bagaimana pun, aku harus akui, bukan mudah. aku cuba melihat wanita sebagai bidadari syurga. wanita di dunia pun sudah indah begini, inikan bidadari syurga. maksud aku bukanlah kita perlu menenung kecantikan wanita tersebut, tetapi kadang kala mata ini gatal terlihat kelibat kaum hawa. lalu syaitan pun berbisik jahat.

bidadari di syurga jika di bandingkan wanita di dunia memang umpama perbandingan air dan api. seperti dua unsur yg amat berbeza. aku sering memujuk diri aku agar tidak melihat kecantikan wanita pada fizikal shj tetapi lebih kepada takwa mereka kepada ALLAH. aku pun kurang pasti adakah aku telah berjaya melakukannya.

hidup di dunia ini sementara shj. sekiranya ingin mencari pasangan hidup, carilah yg boleh membawa kita ke syurga. gunakan wanita tersebut untuk membantu kita ke syurga. di sinilah kita akan berjumpa dengan bidadari yg mempunyai kecantikan yg kekal dan kesetian yg tidak berbelah bahagi. nasihat utk diri sendiri. begitu juga dgn wanita. ambillah panduan dari sunnah dan quran insyallah.

salam yamamori