Thursday, May 26, 2011

doakan aku

salam wbt,

sekiranya ada 1000 org daie, doakan aku adalah salah seorang dari nya...
sekiranya ada 100 org daie, doakan aku salah seorang darinya....
sekiranya ada 1 org daie, doakan aku lah org itu......

doakan aku....ikhlas kerana ALLAH.....

Thursday, May 19, 2011

Shaykh sudais - At-Taa Haa (VERY EMOTIONAL RECITATION)



bab yg paling terasa bila ALLAH akan bangkit kan kita dalam buta sekiranya kita tak kisah pada ALLAH. sejauh mana kita betul2 ikut perintah ALLAH dalam hidup kita?

jzkk

Beautiful Recitation, People Crying - Must See - will surely shed your t...

Thursday, April 7, 2011

benarkah aku mencintai ALLAH?

assalamualaikum wbt,

aku terfikir, benarkah aku mencintai ALLAH?
sedangkan aku kerap lalai mengingati ALLAH
aku tidak rasa manis bila membaca quran?
sedangkan, itulah 'surat cinta' ALLAH kepadaku.

YA ALLAH, BERIKAHLAH AKU KEKUATAN MENCINTAIMU SEPENUH HATI KU.....

Monday, March 28, 2011

buku yg membuatkan aku stress


salam wbt,

buku ni membuatkan aku stress. bukan pasal buku ni tak bagus, tapi bile baca nak praktik tak boleh....

mmg stress...

salam asam pedas ayam.....

Saturday, January 15, 2011

RUMAH ISLAM - pusat tarbiyyah lelaki soleh

Assalamualaikum wbt

Konsep rumah islam atau RI adalah satu konsep rumah yg menjadi pusat dakwah dan tarbiyyah. Rumah ini dianggotai org2 yg nak bawa islam dan yg nak beramal dengan islam.



Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya). (87)

Masa pertama kali aku masuk darul islah, aku bayangkan semua ahli2 darul islam mcm malaikat. Namun hakikatnya, kami semua adalah manusia. Aku bygkan darul islah sebagai satu rumah seperti syurga. Tiada masalah, bersih, kemas, wangi dan mcm2 lagi. Akhirnya aku sedar, inilah yg dikatakan tarbiyyah.

Rumah islam menyediakan satu platform tarbiyyah yg sememangnya mencabar. Bukan sahaja RI ini berperanan untuk membentuk individu muslim, tetapi juga membentuk ahli2 nya untuk menjadi lelaki2 soleh, anak yg soleh, suami yg soleh, bapa yg soleh dan ibadurrahman. Setiap ahli RI mestilah mempunyai mentality bahawa ini adalah platform tarbiyyah. Ahli2 seharusnya mempunyai mentality ingin memimpin, menyumbang dan member faedah kepada orang lain.

ALLAH SWT telah mengajar aku sesuatu ketika aku berumrah setahun yg lepas. Dahulunya, aku merasakan pasti aku akan khusyuk dalam solat apabila dapat bersolat di hadapan KAABAH dan hati menjadi focus dan tenang. Hakikatnya, walaupun seaktu di hadapan KAABAH, belum tentu hati akan menjadi khusyuk dan tunduk. Ia bermula dari dalam hati dan factor luaran hanyalah memainkan peranan yg kecil. Sekiranya mahu khusyuk, kekhusyukkan dalam solat itu bermula dari solat di rumah kita. Sekiranya solat di masjid mahupun rumah kita tidak mampu untuk khusyuk, maka belum tentu solat di hadapan KAABAH menjadikan kita khusyuk.

Maaflah, suka sangat masuk bab kahwin lagi. Bagi aku, siapa kita sekarang, menggambar siapa kita sebagai suami atau bapa di masa hadapan. Sekiranya kita tidak mampu basuh pinggan sebelum kahwin, lepas kahwin pun benda ni akan berlaku. Sama juga seperti kebersihan, tanggung jab memastikan keselamatan, bekalan makanan, pakaian dan lain2 lagi. Sekiranya kita sebelum berkahwin malas, mengambil mudah, payah bangun solat dan qiam, benda yg sama akan berlaku selepas kahwin kerana ini merupakan menjadi rutin dan culture kita.

Pendek kata, kalau nak berubah marilah berubah sekarang. Janganlah menantikan the magical moment to appear. The magical moment is when we decide that we want to change. Marilah sama2 kita tarbiyyah diri kita dan membina suatu generasi AL QURAN yg unik. marilah sama2 kita bina BI'AH SOLEHAH DI DARUL ISLAH.


ahli2 darul islah 2010/2011

salam peads rotation

Monday, January 3, 2011

keseronokkan seorang daie

salam wbt,

keseronokkan seorang daie melambangkan keseriusan daie itu memikirkan persoalan dakwah dan tarbiyyah. sekiranya daie itu seronok utk memikirkan tentang dakwah dan tarbiyyah, ini adalah petanda bahawa daie itu mula mencintai jalan yg dicintai oleh NABI SAW, para sahabat dan para syuhada.

namun, andai kata bermain bola, memasak, shopping, travel (tidak tarbawi), membaca yg tidak terbawi dan lain2 lagi itu lebih disukai dan dicintai, ketahuilah, ada byk lagi yg perlu kita muhasabah. adakah kita cukup mencintai ALLAH, NABI SAW dan JALAN KE SYURGA INI?

KHALID AL WALID RA lebih mencintai kemanisan malam di jalan JIHAD lebih dari malam pertamanya dengan seorang isteri yg dara, adakah kita seperti beliau?

adakah kita terpedaya dgn mainan dunia?



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (9:38)

ayuh bangkit para daie, kita sebarkan islam. marilah kita kejar redha ALLAH.

jzkk