Tuesday, October 19, 2010

adakah aku akan gugur juga?

salam wbt,

antara kerunsingan mereka2 yg commited dengan dakwah dan tarbiyyah adalah gugur dalam perjuangan. bukan lah bermaksud mati, tetapi hilang dan lari dari medan perang dakwah dan tarbiyyah. kehilangan ini sememangnya adalah salah satu daripada law of nature. survival of the fittest. perkara yg sama juga berlaku kepada pada zaman nabi.ada yg menjadi kafir setelah beriman, dan ada juga yg sentiasa memberi alasan apabila panggilan dakwah tiba. mana mungkin kita mengatakan kita beriman sebelum kita diuji.

ada yg gugur ketika langkah pertama dalam dakwah ini. ada yg gugur apa bila mula bekerja. ada yg gugur apabila sesudah berkahwin. ada yg gugur apa bila bermacam-macam ujian datang. ujian ini insyallah akan meningkatkan darjat kita disisi ALLAH SWT.

sesungguhnya, aku sayang akan dakwah dan tarbiyyah ini. walaupun aku masih banyak yg perlu diperbaiki, namun banyak manfaat yg aku rasakan. kadang2 kita sahaja tidak merasa bersyukur apabila dipilih oleh ALLAH WBT untuk berada dalam saf dalam menaikkan kembali islam.

aku termenung seketika. adakah aku akan gugur dan lari dari medan dakwah? aku risau dan malu. aku tak mahu menjadi seperti munafiq yg memberi alasan dalam perang ahzab. aku mahu menjadi seperti ABU BAKAR AS SIDDIQ. aku mahu kekal dalam jalan ini. aku mahu mati kerana islam.

aku perlu bersedia. aku intai2 masa depan aku. aku toleh kiri dan kanan. aku cuba bersedia dgn ujian2 yg akan datang. bayangkan masa housementship, waktu kerja dalam 6pg sampai 11 mlm. MANA MASA DAKWAH DAN TARBIYYAH AKU? kadang2 mahu shj aku memilih kerja yg membuatkan aku mempunyai masa utk dakwah dan tarbiyyah. aku terfikir utk menjadi doktor askar. kerja tak byk. mungkin aku ada masa utk dakwah dan tarbiyyah. apa2 pun, aku perlu memberikan keutamaan kepada islam. aku perlu mampu utk berkorban perkara dunia, kerana berjuang utk islam lebih penting daripada menjadi seorang doktor. sesungguhnya kejayaan seorang manusia itu adalah dalam agamanya, bukanlah menjadi seorang doktor yg tak phm tanggung jawab dakwah dan tarbiyyah.

adakah cukup sumbangan material aka gaji kepada dakwah ini? jawapanya tidak. sekiranya infaq gaji itu cukup utk kita melunaskan tanggung jawab dakwah, maka mudah kerja NABI SAW. kita perlukan org2 seperti abu ubaidah al jarrah dan bukan seperti qorun.

aku perlu bykkkan doa kepada ALLAH agar dimatikan aku dalam islam. aku sedar ujian utk membawa panji ini sgt besar. harganya ialah darah dan nyawa, keluarga. YA, jgn biarkan isteri dan anak2 menjadikan fitnah kepada perjuangan ini. mereka adalah tanggungjawab kita. namun tidak bermakna kita perlu mengabaikan tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah. again, dakwah bukan mudah, syurga bukan murah. fikirlah menggunakan neraca rasulullah SAW.

aku hanya mampu membebel dan menulis. itu sememangnya mudah. hakikatnya, aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu. sekirany aku gugur, sedarkan aku. aku mahu gugur dalam medan jihad, bukan dalam medan jahiliyyah. sekarang aku hanya mampu berdoa dan berdoa. cuba mencari kekuatan sblm ujian itu datang.



salam jihad utk semua.....