Sunday, July 22, 2012

Perjalanan aku dengan Al Quran


Assalamualaikum wrh wbt


Sedang aku asyik menelaah sambil mendengar Quran, tiba2 air mata aku mengalir. Aku tak tahu kenapa. Aku rasa sgt bersyukur kepada Allah atas pemberian Quran ini. Quran umpama surat cinta daripada Allah. Quran umpama sebuah buku cerita sebelum tidur. Quran umpama sebuah buku motivasi. Yang paling penting ialah Quran adalah kata2 Allah kepada aku. 


Pernah sekali aku berdoa dan terus berdoa. Lalu aku kecewa. Aku bertanya dalam hatiku, kenapa Allah tidak mahu berkata-kata dengan aku. Aku jadi sgt sedih. Lalu aku bermuhasabah. Hakikatnya, Allah sentiasa mahu berbual dengan aku. Aku sahaja yg malas untuk berbual dengan Allah. mengapa aku menjadi sgt ignorant. Tidak mahu memasang telinga dan berkata-kata dengan Allah melalui Quran.

Dari kecil, mak ayah aku ajar aku Quran. Mula dengan surah lazim aku hafal. Ayat Kursi. Namun, mungkin kerana degil. Aku tak berapa lancar. Aku masuk MRSM. Di MRSM, aku bertuah masuk dalam kelas Quran. Ustaz aku ajar. Orang pergi prep. Aku g masjid belajar Quran. Malu juga kerana malu x lancar Quran. Tapi tidak mengapa. Asalkan Allah suka, aku gembira.

Bila aku masuk MRSM Jasin, bacaan aku bertambah baik. Namun belum cukup baik. Di sana ada juga kelas Quran. Alhamdullillah, aku jumpa sorang senior ni. Dia ajar aku Quran. Lepas asar, aku akan spend ngan die untuk baca few pages of Quran. Masyallah, aku kagum dengan dia. Aku doakan dia diganjari Allah.

Bila masuk KMB, aku semakin banyak baca Quran (tade la byk mana pun. Sikit je). Lalu aku terfikir, orang kata bible ni corrupted, and Quran tidak. Mana aku tahu Quran tak corrupted since aku tak tahu pun apa maksud dalam Quran tu. Aku tahu baca je. Lalu, aku start buka terjemahan. Aku cari kesalahan Quran. Subhanallah, mmg tak jumpa langsung. Tapi adalah ayat2 yg aku tak faham and kene tanye org apa maksud ayat ni. Bagi aku, org Islam yg baca Quran tapi tak bacaterjemaham umpama medic student baca buku medic dalam greek. For sure dia tak belaja sebanyak mana yg sepatutnya dia belajar.

Di KMB, weekly ada kelas betulkan bacaan Quran. Masyallah, best sgttt. Betulkan makhraj. Buat lagu walopun suara ni tak sedap.


Sampai di Ireland, Alhamdulillah dapat join usrah. tiap2 hari ada mutabaah amal kene jaga. For the past six years, mmg cuba utk jaga. Kadang2 bila termiss Quran rasa mcm ada batu besar jatuh atas kepala. Rasa lapar sgt rohani ni.

Hafalan Quran aku sgt poor. Aku rasa aku tahu kenapa. Aku cuba hafal tapi aku tak cuba baca frequently esp dalam solat. Mungkin kene azam utk baca dalam solat sunat. Tiba2 aku terasa untuk abis degree ni nak g sekolah tahfiz setahun dan hafal Quran sebanyak mana yg aku mampu. Sekiranya aku mencintai Allah, akan kene hafal semua surat cinta.

Sempena ramadhan ni, aku harap sgt aku jadi lebih baik daripada sebelumnya. Aku akan cuba g masjid yg baca satu juz dan masa tgh terawih tu aku akan buka Quran. Waaahhh, best sgtt. Lagi best dari pada baca buku medic.

Harapan aku untuk future family aku, aku harap aku dapat spend time tilawah dengan zaujah and anak2 aku. Aku azam untuk aku sendiri yg ajar anak2 aku Quran. Then, mungkin share2 ilmu dengan family tentang Quran. IA, bonus kalau derang dapat jadi hafiz quran. Aku azam utk budayakan family aku dengan Quran.

Ayuh, mari membentuk generasi Quran!!!!

Salam ramadhan

Saturday, July 7, 2012

aku sekarang

assalamualaikum wrh wbt,

pagi ini, aku bergegas ke RCSI untuk ambil laptop aku. sengaja aku tinggalkan dalam locker utk elakkan diri aku daripada distracted dengan laptop dan focus dengan buku.

tapi, aku mencari laptop kerana aku rasa aku perlu meluahkan perasaan aku.

kali terakhir aku menulis mungkin sebulan lepas, selepas aku dapat result appeal aku. sejurus selepas tahu keputusan appeal aku, aku terus membeli tiket pulang keesokkkan harinya ke malaysia untuk muhasabah selama dua minggu. dan kini, seminggu rotation di beaumont hospital sudah berlalu. alhamdulillah.

maaflah, blog ini adalah collection peribadi aku. pendengar terbaik aku ialah Allah. blog ini juga adalah salah satu medan untuk aku melepaskan apa yg aku rasa dalam hati.

kadang2, aku merasakan tewas dengan ujian yg diberikan oleh Allah. aku seolah merasakan aku menjadi seorang pencinta dunia. aku mahu dunia lebih dari akhirat. aku mahu degree doktor aku lebih daripada pahala. astaghfirullah.

kadang2, aku melayangkan fikiran aku. aku terfikir, katakanlah aku langsung gagal dalam jadi doktor, aku seolah-olah tidak mampu utk redha dengan ketentuan Allah. aku merasakan mcm mana pun, aku kene dapatkan degree doktor. failure is not an option. tapi aku terfikir, kalau Allah kata, kau tak boleh jadi doktor. lalu aku rasa sangat sedih dan down, aku seolah-olah tidak mahu redha dengan takdir Allah.

aku sgt risau dengan keadaan iman aku sekarang. kenapa aku tidak boleh berlapang dada dengan segala kurniaan Allah. bukankah Allah itu yg menciptakan aku, tapi kenapa aku kena rasa apa yg aku nak is the best.

Ya Allah, engkau cukup bagi aku Ya Allah. sekiranya aku engkau redha kepada aku, itu sudah mencukupi.

sekali-sekala, syaitan membisik, kenapa aku tak dapat mcm sahabat aku yg lain dapat?

derang pass exam, derang nak kawen, derang ada family sendiri.

and yet, i am still here, cycling 16 km a day to beaumont and still struggling.

namun, perlahan-lahan, aku pujuk diri aku.

a'uzubillahi minassyaiton nirrajim

aku minta perlindungan dari Allah.

bukankah Allah pernah kata dalam quran, jgn bandingkan rezki aku dengan rezki org lain, masing2 ada bahagian masing2.

bukankah Nabi SAW dah kata, compare dengan org yg lagi susah, jgn compare dengan org yg lebih kaya.

sekarang aku rasa sunyi. mungkin kerana hubungan aku dengan Allah sgt rapuh. tapi mungkin juga normal utk aku rasa sunyi. Nabi Adam AS juga sunyi di syurga ketika berseorangan.

aku bukanlah seorang makhluk yg suka duduk sorang2. pernah aku duduk single room, taubat aku tak nak duduk lagi. aku suka duduk ramai2. aku suka berteman. aku suka kalau ada org temani aku.

tapi this is life. aku yakin Allah ada sesuatu yg lebih baik utk aku. sabar muhaimin, sabar! hidup tak lama, sengsara x lama, suka ria dunia pun tak lama.

yang penting, usahakan takwa kau kepada Allah. berlari lah mengejar keampunan Allah.

oh ya, summer ni ada dua org usrah aku kahwin. i am happy for them. aku rasa malu juga pada derang. aku lagi tua, tapi tak kawen2 lagi.

tapi tak mengapa, aku doa Allah bagi keyakinan aku kepada takdir Allah.

may Allah be pleased with me and them.

salam mee segera.