Thursday, June 12, 2008

Monday, June 9, 2008

ADAKAH KITA MULIA?


ASSALAMUALAIKUM,

dalam seharian, akan ada satu ketika aku merasakan aku lebih mulia dari sesetengah org. ku lihat org tak bertudung, ini adalah ahli neraka. kulihat org tidak bersolat, ini adalah ahli neraka. kulihat org bercinta dan bermaksiat, ini adalah ahli neraka. begitu mudah aku melemparkan hukuman terhadap org tanpa melihat kemaksiatan dan kemungkaran yg ada dalam diri. aku adalah ahli neraka. namun aku tidak ingin menjadi ahli neraka. mana bisa aku menahan azab ALLAH itu?

sememangnya memang banyak kemungkaran di atas muka bumi ini, namun bukan tugas aku untuk menghakimi ke mana mereka akan pergi. sifat merasakan diri ini lebih mulia dari makhluk yg lain sememangnya sangat berbahaya kerana sifat izzatun nafsi inilah yg dimiliki oleh iblis yg telah menyembah ALLAH dengan hebat sekali dan diakhiri dengan laknat untuknya buat selamanya. sesungguhnya, sekiranya di bandingkan diri kita dengan seketul najis, yang mana lebih mulia? aku yg lalai dengan amanah yg diberikan, atau najis yg sentiasa patuh kepada perintah ALLAH?

kehidupan kita hari ini mengajar kita untuk merasakan diri kita ini hebat dan tidak perlukan ALLAH. kita solat dalam keadaan takabur dan hanya bersolat kerana atas nama kewajipan. ingatlah siapakah aku di sisi ALLAH, yg langsung tiada nilainya! ingatlah kehinaan diri ini jika dibandingkan dengan kemuliaan ALLAH. sedarlah, hanyalah ALLAH yg dapat memberikan manfaat dan mudarat dan bukanlah diri yg daif ini.

wahai diriku, sedarlah kehinaanmu ini. kau tiada apa2. tiada apa2 pun milik kau dalam hidup ini. kau hanya menagih kasih dan cinta ALLAH. sebagai seorang yg ingin menjadi daie, sifat ini seharusnya dipupuskan sema sekali. masakan kita hendak berdakwah dalam keadaan diri merasakan diri ini lebih mulia dari mad'u (org yg didakwah)?

aku dibesarkan dalam didikan yg menyeru aku meraikan tetamu yg hadir. ingatlah tetamu yg hadir membawa rahmat, dan tetamu yg kepergian membersihkan dosa. walaupun kita kurang senang dengan tetamu itu, tapi sekurang-kurangnya raikanlah tetamu itu kerana itulah sunnah NABI SAW dan hak sebagai tetamu. kini, aku perhatikan betapa enteng aku mengambil hal ini. aku bukan budak kecil yg hanya perlu bersalam tangan dan kemudian sambung bermain dan berlari, kini aku segalanya sudah berbulu, perlu belajar cara melayan tetamu.



salam portobello dental clinic..derang ketook aku €169

Saturday, June 7, 2008

KEMALUANKU- THINK POSITIVE

ASSALAMUALAIKUM,

Panas mentari hari ini sememangnya enak dan membuatkan aku rindu pada kampung halamanku. Namun apakan daya, segalanya perlukan pengorbanan. Panas ini juga mengingatkan aku tentang seksaan yg akan aku terima sekiranya aku terus begini. Subuh begitu sukar utk ditunaikan dengan sempurna. Aku cuba namun mungkin belum cukup usaha.

Selepas exam tamat, aku hanya mampu berserah dan tawakal. Kadang2 aku takut juga akan kegagalan. Kadang2 terzahir juga sikap kufur nikmat aku dalam diri. Mencarut itu dan ini, tidak bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Kebelakangan ini, fantasi aku selalu berfantasikan kegagalan yg bakal aku lalui. Namun, aku sedar, fantasi itu sememangnya perlukan kesederhanaan. Tidak perlulah berfantasi akan kegagalan kerana khuatir kita akan ke sana. Fikirkanlah kejayaan yg akan menanti kita di samping menjalankan tanggungjawab kita untuk berusaha. Aku selalu takut akan kegagalan. Aku mahukan kejayaan dan aku cuba berusaha. Tapi yg anehnya, kejayaan dunia sahaja yg aku kejar, kejayaan akhirat aku yg memandangnya dengan enteng. Itulah sikap aku yg hanya mengejar dunia dan alpa akan nikmat akhirat. Aku sedar, tanggungjawab aku hanyalah berusaha dan keputusannya aku serahkan bulat2 kepada ALLAH. Sekiranya gagal, mungkin kemenangan itu akan ditangguhkan pada hari pembalasan kelak dan itulah keuntungan yg tidak boleh dinafikan.

Mengenai hal DEEN INTENSIVE DUBLIN, aku hanya sempat menghadiri datu sesi sahaja, komen aku: mantap. Habib Ali mampu melembutkan hati aku tentang kedaifan diri ini. Beliau mengingatkan sekiranya kita ingin mati dalam keadaan solat atau membaca Quran, maka bykkanlah amalan itu. Sekiranya kita ingin mati dalam keadaan maksiat, maka bykkanlah amalan itu. Pendek kata, cara kita akan mati ialah berdasarkan amalan yg kita lakukan kita kita hidup.

Dalam kehidupan ini, setiap benda yg kita lakukan, kita perlu fikir adakah benda ini memberikan faedah kepada kita sekurang-kurangnya ataupun yg lebih baik lagi faedah kepada ummat. Hakikatnya, setiap kali kita melakukan sesuatu, dalam masa yg sama, kta membayangkan sekiranya kita mati dalam keadaan ini dan berjumpa keadaan ini, adakah ALLAH akan reda dengan kembalinya diri ini mengadap pencipta kita. Sekiranya kita sedang berangan mengenai wanita misalnya, adakah ALLAH akan reda terhadap kita dan memasukkan kita ke dalam syurga?

Satu perkara lagi yg betul2 membuatkan mata aku berair ialah apabila buku amalan kita diserahkan kepada kita, kita merasakan byk sudah kebajikan yg telah kita lakukan. Tetapi apabila dibuka, tiada satu pun kebaikan yg tercatat kerana niat yg bukanlah semata-mata kerana ALLAH. Penat sudah kita melakukan kebaikan tapi pengakhiranya, semuanya hancur lebur dan tiada nilai. Sesungguhkan, niat kita itu kita sendiri pun tidak pasti. Kadang2 bercampur dengan dosa dan kedustaan yg dilakukan oleh diri sendiri.

Seperti biasa, aku sering membincangkan hal percintaan antara dua kaum. Ada yg kadang menegur aku tentang itu namun, aku akui kesilapan aku dan aku sememangnya sedar bahawa aku sepatutnya membincangkan perasaan cinta aku terhadap ALLAH dan bukannya kecoh dalam berkata-kata dalam bab ini. Aku juga perasaan pendirian aku dalam bab ini berubah mengikut suasana dan keadaan dan juga emosi aku. Kini, berdasarkan nasihat saifulislam.com, aku seharusnya tidak melayan atau pun melawan perasaan yg hadir. Pemikiran ini aku fikir agak bersederhana. Apa yg dimaksudkan di sini ialah aku sebelum ini terlalu mengejar dan mencari cinta ini sedangkan keadaan tidak mengizinkan lagi. Aku seharusnya menghormati perasaan ini dan pada yg sama tidak terlalu menyelaminya. Aku juga pernah berfantasi, sekiranya cinta seperti ini aku ketemui sekarang, adakah aku akan menjadi lebih baik ataupun hanya membinasakan diri aku sahaja. Dalam pada yg sama, aku tidak seharusnya menyalahkan diri aku dan menafikan perasaan ini dan seterusnya menuduh perasaan ini sebagai dusta belaka. Oleh itu, apa yg perlu aku lakukan sekarang ialah tunggu bilakan masa dan ketika yg sesuai yg pastinya bukan sekarang kerana kabus amat tebal di hadapan aku. Sesungguhnya, aku meyakini dua percintaan antara dua jenis iaitu persahabatan biasa ataupun perkahwinan. Moga2 ALLAH beri aku kekuatan agar tiada aku terpesong.

Sepanjang kehidupan ini juga, aku jarang mendampingi manusia yg perasaan malunya amat tinggi. Sebelum ini, aku cuba menghapuskan perasaan malu yg ada pada diri aku antaranya ialah perasaan malu terhadap wanita. Kini, aku mempunyai sedikit sahaja perasaan malu dan mampu melakukan perkara-perkara yg dikatakan sengal. Sekianya aku menyelami peribadi RASULULLAH SAW, baginda mempunyai perasaan malu yg bertempat. Inilah yg patut aku contohi. Aku akan berusaha dan berdoa agar aku berubah menjadi muslim yg lebih pemalu kepada wanita atau pun malu yg dituntut dalam ISLAM, dan pada yg sama berani dalam menegakkan ISLAM.

Salam potluk st stephen green.