Monday, June 9, 2008

ADAKAH KITA MULIA?


ASSALAMUALAIKUM,

dalam seharian, akan ada satu ketika aku merasakan aku lebih mulia dari sesetengah org. ku lihat org tak bertudung, ini adalah ahli neraka. kulihat org tidak bersolat, ini adalah ahli neraka. kulihat org bercinta dan bermaksiat, ini adalah ahli neraka. begitu mudah aku melemparkan hukuman terhadap org tanpa melihat kemaksiatan dan kemungkaran yg ada dalam diri. aku adalah ahli neraka. namun aku tidak ingin menjadi ahli neraka. mana bisa aku menahan azab ALLAH itu?

sememangnya memang banyak kemungkaran di atas muka bumi ini, namun bukan tugas aku untuk menghakimi ke mana mereka akan pergi. sifat merasakan diri ini lebih mulia dari makhluk yg lain sememangnya sangat berbahaya kerana sifat izzatun nafsi inilah yg dimiliki oleh iblis yg telah menyembah ALLAH dengan hebat sekali dan diakhiri dengan laknat untuknya buat selamanya. sesungguhnya, sekiranya di bandingkan diri kita dengan seketul najis, yang mana lebih mulia? aku yg lalai dengan amanah yg diberikan, atau najis yg sentiasa patuh kepada perintah ALLAH?

kehidupan kita hari ini mengajar kita untuk merasakan diri kita ini hebat dan tidak perlukan ALLAH. kita solat dalam keadaan takabur dan hanya bersolat kerana atas nama kewajipan. ingatlah siapakah aku di sisi ALLAH, yg langsung tiada nilainya! ingatlah kehinaan diri ini jika dibandingkan dengan kemuliaan ALLAH. sedarlah, hanyalah ALLAH yg dapat memberikan manfaat dan mudarat dan bukanlah diri yg daif ini.

wahai diriku, sedarlah kehinaanmu ini. kau tiada apa2. tiada apa2 pun milik kau dalam hidup ini. kau hanya menagih kasih dan cinta ALLAH. sebagai seorang yg ingin menjadi daie, sifat ini seharusnya dipupuskan sema sekali. masakan kita hendak berdakwah dalam keadaan diri merasakan diri ini lebih mulia dari mad'u (org yg didakwah)?

aku dibesarkan dalam didikan yg menyeru aku meraikan tetamu yg hadir. ingatlah tetamu yg hadir membawa rahmat, dan tetamu yg kepergian membersihkan dosa. walaupun kita kurang senang dengan tetamu itu, tapi sekurang-kurangnya raikanlah tetamu itu kerana itulah sunnah NABI SAW dan hak sebagai tetamu. kini, aku perhatikan betapa enteng aku mengambil hal ini. aku bukan budak kecil yg hanya perlu bersalam tangan dan kemudian sambung bermain dan berlari, kini aku segalanya sudah berbulu, perlu belajar cara melayan tetamu.



salam portobello dental clinic..derang ketook aku €169

5 comments:

Anonymous said...

salam..
sedikit teguran
i dont like u streotyping people.. u dont just complain about ummah while u do nothing about it. u tak leh ar nak tgk then biseng2 tapi u seniri tak turun padang and improve the ummah..u see..people who like stereotype like U are those people yg buat ummah berpecah. kalo u tak turun padang mcm mana u nak faham punca masalah itu? i've seen so many like u and suprisingly people like u la yg buat those people yg u claim 'bermasalah' feel there is a big gap between people like U and them... kalo cmtu mcm mana derg nak terima u guys... caranya kena bertepatan.. Rasulullah sendiri pon tak penah streotype people...

abdulmuhaimin_ali said...

terima kasih atas teguran yg bermakna itu. sememangnya sy akui kelemahan sy. kelemahan itulah yg cuba sy atasi tapi itulah masih belum berjaya. sekali lagi, terima kasih atas nasihat yg berguna. sy akan berdoa dan berusaha dari penglabelan yg hanya membawa kerosakkan kpd diri kita. mengenai turun padang, saya sedang belajar sedikit demi sedikit untuk melakukan dakwah. bagaimana pun, sy perhatikan diri sy byk yg perlu belajar dan byk kesilapan dan fitnah yg tinbul hasil dari kelemaan diri sendiri. sama2 kita doa agar dpt mengikut cara hidup nabi SAW.

Anonymous said...

kid..the world is not as simple as what U see..if u just label people by what you see...u r making the world too simple..dont you?
U should aware that human behaviour is kind of complicated,sumtimes too harsh make people repel though...as well as anger and a bit annoyed..
maybe WE ALL should learn a better way too approach people...be more gentle and polite..
-suara hati from an insan who thinks ISLAM is universal-

abdulmuhaimin_ali said...

atas beberapa sebab, gambar terpaksa di alihkan ke tempat yg lebih selamat.

Anonymous said...

manusia memang x lari dr bersikap judgemental. like anon ckp, truth hurts. & karya abdul somehow potrays the truth. he realised hes being judgmental & try to change. and incik anon here yg jadi streotype, how can u easily say that he did nothing to improve the ummah?? dont judge a book by its cover. even berdoa kepada org lain is satu cara walaupun sekecil biji sawi. btw, to en. abdul, smmgnye ur writing leaves sumthing in my heart. ni blog awk, ske ati la nak tulis ape kan. huhu. wallahualam.