Friday, January 16, 2009

WE WILL NOT GO DOWN



ASSALAMUALAIKUM,

Akhirnya, dapat juga aku mencari kekuatan untuk menulis sedikit sebanyak. Terlalu byk perkara yg berlaku sehingga menyebabkan aku sesak nafas dan kadang2 hampir terasa putus asa utk meneruskan perjuangan. Demam, palestin, futur, keliru, perdebatan, hilang semangat, cinta, kesunyian, sesat, marah, nafsu mewarnai kehidupan aku sehari-hari.

Sudah hampir dua tahun aku tak demam. Akhirnya, aku tumpas ke tangan virus. Sememangnya aku cukup teliti dalam aspek kesihatan. Di saat kesakitan itulah, aku teringat waktu sihat aku. alangkah indahnya. Teringat hadis rasulullah mengenai dua nikmat yg selalu dilupakan: kesakitan dan masa lapang. Di saat itu juga teringat akan emak di rumah, pasti dia risau sekiranya diberitahu condition aku. emaklah yg akan masak sedap2, tuamkan kepala, hidangkan makanan. Ah, rindu betul kasih seorang ibu. Di sini, segalanya sendiri. Tapi apakan daya, aku sudah besar dan selamaya tidak boleh mengharapkan emak.

Semakin aku mendalami islam, semakin terguris diri aku sekiranya umat islam ditindas. Hakikatnya, kita masih lagi berada dalam jahiliyyah. Kita mementingkan hubungan darah lebih dari hubungan akidah. Kita tidak terasa sekiranya saudara2 kita dibunuh dan ditindas. Kita mampu bergembira dan sibuk dengan hal2 peribadi. Kita tiada peduli. Yg mati bukan family aku, tiada air mata yg akan aku titiskan. Tapi hakikatnya, hubungan kita dengan palestin umapama satu keluarga. Kita sepatutnya menganggap yg dibunuh itu adalah ayah, ibu, adik, akak, abg, pak cik, makcik dan nenek2 kita. Namun, kita tiada perasaan itu. Yg kita tahu, kita cukup makan dan tidur. Mudah benar kita bazirkan makanan disaat saudara2 kita sedang kelaparan. Sedarlah wahai diriku, kau akan ditanya tentang tindakanmu.

Dalam memahami kerosakkan berlaku, sedikit sebanyak terganggu iman, akidah dan kefahaman aku. apakah yg menyebabkan semua ini berlaku? Adakah obses dengan agama membuatkan kita sanggup utk melihat segala ini berlaku? Aku sudah tak tahan lagi melihat darah2 yg mengalir. Aku sudah tak sabar untuk melihat keadilan tertegak di muka bumi. Akan aku hapuskan segala kebatilan. Akan aku tegakkan prinsip kemanusiaan sebenar. Manusia menipu dan perosak. Aku penat untuk memikirkan semua ini. Aku hampir berputus asa. Cepat2 aku mengambil nafas supaya tidak lemas. Aku cuba berfikir apakah matlamat hidup? Adakah tanpa agama hidup aku lebih baik? Tentunya tidak. Ini bukan berpunca dari agama. Ini berpunca daripada manusia membuang agama. Namun, aku kita sedari untu kembali semula kepada agama, kita perlu menentang golongan yg tidak mahu agama. Dan inilah hasilnya. Namun, satu hari nanti kebatilan aku terhapus. Darah aku dan jiwa aku adalah untuk islam.

Sewaktu keseorangan, aku sering melihat disekeliling bilik aku. tiada siapa, hanya aku. tiada teman untuk bergembira. Tiada teman untuk berkongsi masalah. Tiada teman untuk aku luahkan perasaan. Terasa diri ini benar2 keseorangan. Aku perlukan seseorang. Ingin benar aku mencipta imaginasi aku sendiri, namun yg keluar hanyalah imaginasi diri aku sendiri. Sungguh membosankan. Aku sedar, ini adalah ujian. Sebentar cuma. Ini tidak selamanya. Aku tiba nnt, diwaktu kesedihan dan kegembiraan ini dikongsi bersama.

Salm tomyam

1 comment:

Muaz Nabil said...

sabar ye bro. moga cepat sembuh...
yg part last tu...insyaAllah...nnt ada la rezeki tu.. :)