Thursday, June 4, 2009

MELIHAT DAN MENGGUNAKAN WANITA

ASSALAMUALAIKUM,

tajuk di atas mungkin agak kurang sesuai. tapi itulah yg aku maksudkan. wanita merupakan antara ujian terbesar bagi lelaki. setakat ini, aku belum bertemu manusia yg berkata tidak dengan kenyataan ini. kecantikan wanita sememangnya menakjubkan. mampu membuat bumi ni bergoncang bahkan mahu membakar manusia di dalam neraka.

boleh dikatakan sudah jauh aku berjalan. sudah agak byk tempat aku ziarah. rasanya hampir bosan utk aku meneruskan pengembaraan ini. namun, peluang mengambara ini aku gunakan untuk melihat keindahan alam dan juga manusia. subhanallah, ajaib sungguh ciptaan ALLAH. di GERMAN misalnya, pernah aku terlihat manusia mata seperti mata kucing. takjub sungguh. SUBHANALLAH!!!!.

setiap hari, aku disajikan ujian dengan komunikasi bersama golongan wanita. aku tidak mahu jatuh ke lembah maksiat. aku mahu menjadi hamba yg teguh berdiri dengan iman walaupun ujian dtg melanda. walau bagaimana pun, aku harus akui, bukan mudah. aku cuba melihat wanita sebagai bidadari syurga. wanita di dunia pun sudah indah begini, inikan bidadari syurga. maksud aku bukanlah kita perlu menenung kecantikan wanita tersebut, tetapi kadang kala mata ini gatal terlihat kelibat kaum hawa. lalu syaitan pun berbisik jahat.

bidadari di syurga jika di bandingkan wanita di dunia memang umpama perbandingan air dan api. seperti dua unsur yg amat berbeza. aku sering memujuk diri aku agar tidak melihat kecantikan wanita pada fizikal shj tetapi lebih kepada takwa mereka kepada ALLAH. aku pun kurang pasti adakah aku telah berjaya melakukannya.

hidup di dunia ini sementara shj. sekiranya ingin mencari pasangan hidup, carilah yg boleh membawa kita ke syurga. gunakan wanita tersebut untuk membantu kita ke syurga. di sinilah kita akan berjumpa dengan bidadari yg mempunyai kecantikan yg kekal dan kesetian yg tidak berbelah bahagi. nasihat utk diri sendiri. begitu juga dgn wanita. ambillah panduan dari sunnah dan quran insyallah.

salam yamamori

No comments: