Maafkan ayah
wahai yusuf amin!
Sesekali aku
melayan kerenah anakku yusuf amin, sememangnya mencabar. Bukan mudah untuk
mendidik seorang anak.
Aku titipkan
doa utk ibu bapaku yang mendidik aku. Sungguh, pengorbanan mereka tidak terhingga.
Sememangnya
anak adalah kurniaan Allah yang tidak terhingga. Alhamdulillah YA ALLAH.
Namun sememangnya
betul apa dikatakan orang, anda masih tidak diuji kesabaran apabila belum
berkahwin dan mempunyai anak.
Sungguh,
yang dikatakan penyabar pasti akan bergegar tiang kesabaran.
Maafkan ayah
yusuf. Ayah bukan seorang ayah yang terbaik. Ayah doakan ayah menjadi ayah yang
terbaik utk yusuf.
Maafkan ayah
yusuf, kadang2 ayah tidak dapat menahan kemarahan apabila aku merengek.
Maafkan ayah
yusuf, ayah sepatutnya lebih bersabar dengan kamu.
Maafkan ayah
yusuf, ayah mahu yusuf jadi ibadurrahman. Ayah mahu yusuf jadi sehebat NABI
YUSUF AS.
Taman tanjak
kkb
16/11/16
1037 am