Wednesday, November 16, 2016

Maafkan ayah wahai yusuf amin!

Maafkan ayah wahai yusuf amin!

Sesekali aku melayan kerenah anakku yusuf amin, sememangnya mencabar. Bukan mudah untuk mendidik seorang anak.

Aku titipkan doa utk ibu bapaku yang mendidik aku. Sungguh, pengorbanan mereka tidak terhingga.

Sememangnya anak adalah kurniaan Allah yang tidak terhingga. Alhamdulillah YA ALLAH.

Namun sememangnya betul apa dikatakan orang, anda masih tidak diuji kesabaran apabila belum berkahwin dan mempunyai anak.

Sungguh, yang dikatakan penyabar pasti akan bergegar tiang kesabaran.

Maafkan ayah yusuf. Ayah bukan seorang ayah yang terbaik. Ayah doakan ayah menjadi ayah yang terbaik utk yusuf.

Maafkan ayah yusuf, kadang2 ayah tidak dapat menahan kemarahan apabila aku merengek.

Maafkan ayah yusuf, ayah sepatutnya lebih bersabar dengan kamu.

Maafkan ayah yusuf, ayah mahu yusuf jadi ibadurrahman. Ayah mahu yusuf jadi sehebat NABI YUSUF AS.

Taman tanjak kkb
16/11/16
1037 am


No comments: