assalamualaikum,
hari-hariku berlalu umpama air yg deras. deras amat. aku cuba menghitung. tapi tidak terhitung kederasanya. aku merasa rugi. sedar tak sedar, mahu tak mahu, aku menghampiri genap 21 tahun. apa yg telah aku lakukan setakat ini? umpama habuk di beskal shimano aku. tidak bernilai. hanya dipenuhi dengan maksiat. ku sangka telah byk kulakukan, tapi hanyalah titisan air liur basi yg tidak berharga.
lama sudah tidak ku sentuh blog ini. mungkin kerana tiada masa atau aku yg tiada masa. dosaku terus bertambah, pahalaku lenyap akibat ketiak ikhlasan. aku hanyut di bawa badai yg menghempasku. aku dibawa ke dasar lautan yg aku sendiri tidak tahu di mana. aku sesat dan menunggu mati. di saat aku menunggu mati, masih lagi aku lalai dengan memandang enteng terhadap solatku. menuturkan perkataan yg tidak berfaedah.
aku tidak tahu di mana aku sekarang. tapi aku rasa aku di neraka. sebelum ini, aku yakin aku masuk syurga. tapi, setelah aku imbas kembali, mmg tempatku di neraka. aku dalam usaha memadamkan api neraka yg sedang membakar nafsuku. aku bertuhankan nafsu kini. nafsu ini terlalu aku ikutkan. Ya ALLAH, aku mahu kau menjadi tuhan aku. pimpinlah aku. sayangilah diri ini walaupun cintaku tidak sehebat cintamu. bawalah aku ke jalan yg lurus. bukalah pintu hati ini, bukalah minda ini agar aku dapat lihat kebesaranmu YA ALLAH, tuhan yg memiliki segala kekuasaan. masukkanlah kebesaranmu dalam hati ini. buangkan kebesaran dunia dalam hati ini. bersihkahlah hati ni dengan cahayamu.
salam makanan friendship room
Tuesday, November 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment