Tuesday, November 27, 2007

ASSALAMUALAIKUM,
aku termenung di dalam tandas. hendak sehendak hendaknya aku mengalirkan air mata ini. terkenang dek kedaifan diri ini terhadap ALLAH. dalam kesejukkan, aku terasa bahang neraka yg menantiku. aku hanya mampu duduk di atas mangkuk tandas yg sejuk. sesekali, badanku menggeletar secara tiba2. sedangku menikmati nikmat kurniaan ALLAH, aku mengenang dosa2ku, ibadatku, matiku, kezalimanku dan lain2 ku. namun ternyata, hanya yg dapat aku katakan hanyalah kelemahan diri ini.

aku cuba memberikan terbaik dalam hidupku dan apa sahaja yg ada di sekitarku. aku cuba belajar dgn rajin, aku cuba mencintai saudara2ku, aku cuba mencintai diriku. dalam kepenatan mengejar nikmat dan kehebatan dunia, aku lupa amalanku umpama najis yg dipam ditandas. buruk, hina, busuk dan tidak dipandang. amalan inilah yg akan dicampak ke muka aku ketika aku berjumpa dengan ALLAH nnt. aku cuba menangis utk memadamkan api neraka, tapi tangisan itu sedah kering akibat tangisan terkilan kehilangan nikmat dunia.

aku berlari mengejar dunia. berkira untuk beramal membaca quran, berzikit, solat berjemaah. aku berguling mengejar akhirat. aku tidak langsung meletakkan semangat aku dalam ibadahku. aku tdak cuba memberikan terbaik dalam ibadatku. aku tidak cuba meletakkan nilai dalam ibadatku. yg penting aku buat, aku lepas. apakata tuhan lepaskan kau dalam neraka, apa kau nak kata.

aku lewat utk subuh. aku tidak pernah berusaha utk bgn berjemaah di masjid meskipun jaraknya hanyalah sekangkang tenuk. sedarlah wahai diriku, usiamu makin lanjut. bgnlah lakukanlah terbaik dalam ibadatmu. beribadatlah sementara kau mampu. titiskanlah air mata sebelum org lain menitiskan air mati kerana pemergianmu.

salam tawel masak paki.

No comments: