assalamualaikum,
di malaysia, aku tidak sedar perkara ini. tapi di sini, ALLAH membuka mataku. tapi seluas mana mataku terbuka, aku pon x tahu. aku dibesarkan di persekitaran melayu. kadang2, aku didik mengenai sikap negatif kaum india n cina dan ini akan menimbulkan tanggapan negatif terhadap kaum lain. kdg2 ku terfikir, mengapa ini terjadi?
sebagai seorang islam, aku mahu melihat org lain dari aspek seorang muslim. ALLAH tidak pernah membeza-bezakan aku, tambi dan apek. sape bertakwa, dia di pandang mulia. aku sepatutnya memfokuskan persamaan lebih dari perbezaan. kita berbeza tapi itu kita perlu lihat sebgai satu kelebihan dan bukanya kekurangan.
mmg betul ada perangai yg kurang menyenagkan, tapi kita kena ada persefahaman. tidak suka, cakap elok2, jgn benci-membenci. tiada ruang dalam hati kita ini utk membenci perkara sebegitu. yg hanya adalah ruang darah yg dibawa oleh portal vein and hepatic artery.
oleh itu, bersatulah kita. sememangnya secara praktikal bumiputra menjadi anak emas kerajaan. kalau dilihat dari luar, kerajaan malaysialah yg paling racist skali stakat ni. tapi, bagi aku, ini juga penting untuk mengecilkan jurang antara kaum. jarak kemiskinan antara kaum sekiranya terlalu besar, akan mengancam keamanan negara.
apabila semua golongan sudah boleh bendiri sendiri, aku harap kerajaan akan hapuskan keistimewaan ini. aku sbg islam akan berpaksikan keadilan dan akan memberikan hak kepada semua org utk menikmati kurniaan ALLAH.
salam asam extra pedas
Monday, December 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment