ASSALAMUALAIKUM,
"lelaki dan wanita adalah sama di sisi ALLAH!!" tegas seorang ustaz.
"wanita dizalimi dalam islam!" komen seorang feminist.
aku meyakini islam adalah agama yg benar. malah satu2 nya agama yg benar. aku yakin setiap apa yg diperkatakan oleh NABI MUHAMMAD SAW itu adalah benar, dan AL QURAN itu adalah kalamullah.
aku seorang muslim. aku seorang lelaki. aku cuba menjadi seorang lelaki sejati dan cuba memahami apa yg patut aku fahami. aku bukan pecinta wanita (terlalu mengagungkan wanita), tetapi aku adalah pecinta ALLAH (ini bermaksud aku mencintai keadilan)
pertamanya, biarlah aku menerangkan apa yg aku maksudkan dengan "male feminist". male merujuk kepada diri aku yg merupakan seorang lelaki. feminist pula yg aku maksudkan di sini ialah satu fahaman untuk memperjuangkan keadilan wanita. keadilan berbeza daripada sama rata. aku percaya wanita seharusnya dilayan berlandaskan QURAN dan SUNNAH. bukan diberikan hak yg sama 100% seperti mana lelaki dapat. tetapi diberikan apa yg patut diberikan kepada wanita. kesimpulanya, aku adalah seorang lelaki yg mahu wanita mendapat keadilan.
sukar untuk aku menulis entry ini secara objektif. aku tidak tahu mana hujang pangkalnya. tapi tak mengapa, kita sebat shj.
based on my observation, kebanyakkanya aku lihat wanita muslim tidak dilayan dengan adil oleh lelaki muslim (termasuk aku). wanita ditindas, diperhambakan, dirosakkan maruahnya, dilukakan hatinya, dicederakan, dizalimi dan diambil haknya.
1. mengapa wanita ditindas?
bagi pendapat aku, wanita ditindas kerana kelemahan fizikal. sudah menjadi lumrah alam, makhluk yg lemah akan dibaham oleh haiwan yg lebih kuat dan bertenaga (lelaki). lelaki seperti ini ialah lelaki yg tidak dididik dengan akal islam (mcm aku kot, perlukan lebih tarbiyyah). lelaki seperti ini menggunakan kekuatan untuk menindas bukannya untuk melindungi. penindasan akan menjadi lebih kronik sekiranya wanita itu tidak mempunyai jati diri yg kuat (iman yg mantap). masakan lelaki yg tidak mempunyai jati diri yg kuat juga akan ditindas, inikan wanita yg tidak dididik dengan hak2 mereka dalam islam.
2. di mana terdapat berlakunya penindasan wanita?
konflik lelaki zalim berlaku di serata dunia. buktinya terdapat gerakan2 empowerment of women di serata dunia tak kira di barat (non muslim) atau pun di timur (muslim). pendek kata, tanpa islam, lelaki yg berakhlak binatang pasti akan menjadi binatang yg badang untuk menindas wanita.
3. mengapa sesetengah masyarakat muslim dianggap menindas wanita
kebanyakkan ceramah agama yg aku dengar semuanya meletakkan expectation tinggi terhadap wanita. wanita harus itu dan ini. wanita tidak boleh itu dan ini. wanita ke tutup. wanita kene jaga mulut. wanita kena taat. wanita kene redha. wanita kene setia. aduh, sekiranya aku menjadi wanita, aku akan merasa tertekan. mengapa semunya wanita? mana panduan lelaki?
bagi aku, masyarakat kita terlalu menekan wanita dan memberi kebebasan kepada lelaki.
lelaki hisap dadah = biasalah tu.
lelaki merokok = biasalah tu.
lelaki curang = dilihat sebagai kurang berdosa berbanding wanita yg curang.
tahniah buat lelaki zalim, anda berjaya mengamalkan islam yg salah (aku ni mcm bgs sgt je).
anda sepatutnya menjadi manusia yg hebat, tetapi end up dengan pusat serenti.
anda sepatutnya adil, tetapi anda pentingkan diri sendiri.
anda sepatutnya mencari nafkah, tetapi anda tidur mcm nak mati.
anda sepatutnya berjihad, tapi anda melayan nafsu nafsi.
anda sepatutnya ke masjid, tapi pergi lepak kedai kopi.
anda sepatutnya mencari ilmu, tapi anda berdating sana sini.
4. mengapa sesetengah lelaki muslim itu zalim terhadap wanita?
lelaki zalim sering menggunakan agama sebagai benteng mereka.
curang (cari perempuan lain dgn cara haram) = tidak mengapa, lelaki boleh berpolygami.
tidak mahu dengar bebelan isteri = sejak bila lelaki perlu taat pada isteri.
pukul = mmg ada perintah suruh pukul isteri.
x cari nafkah = bersyukur je la, aku nak kahwin dgn kau pun cukup bagus
pulang lewat malam= suke hati aku la, ko tu yg kene dok umah. aku balik lambat takpe
x buat keje rumah= kau kene taat perintah aku. ko nak nusyuz ke?
persoalannya sekarang, adakah islam benar2 zalim? sememangnya dalam islam, jelas ada nas mengatakan isteri perlu taat pada suami, lelaki boleh berpolygami, suami boleh pukul isteri.
namun, adakah islam itu adakah agama yang hanya tertulis di atas kertas? tiada contoh perlaksanaan bagaimana lelaki perlu melayani seorang wanita. tidak lain dan tidak bukan NABI MUHAMMAD SAW sebagai contoh yg mantap. lihat shj baginda, inilah contoh "male feminist" yg terbaik. sikap baginda terhadap wanita muslim, isteri2 baginda, anak2 baginda cukup untuk menjadi contoh yg mendamaikan dunia. kalau mahu mengambil hadith dan quran, ambillah praktikalnya sekali. kalau dibaca dan dipraktikal melalui praktikal berdasarkan kefahaman dan kehendak kita, lain pula jadinya.
salam sahur kurma 3 biji
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
for the 1st time I really like ur post. Keep up the good work toward achieving Jannah inshaAllah.
-silent reader-
love the way you think, muhaimin..
salam wbt.. entry yg best!! jika semua lelaki pk macam kau, alangkah indahya dunia.. mudah mudahan entry ini boleh membuka mata hati masyarakat kita.. keep up sharing ur thoughts..
Post a Comment