Friday, August 28, 2009

jejak chantek 2009: taupo, new zealand

seagul di taupo. antara shot yg aku sukai

assalamualaikum,

maaflah, aku sedikit sebanyak telah terlupa perjalanan aku di sini. aku baru mula menulis kembali setelah beberapa lama aku struggle untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan gastrointestine and hepatology. namun, alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan kawan2, aku berjaya lulus dalam keputusan semakan semula paper tersebut. natijahnya, aku kehilangan momentum untuk terus menulis. walaubagimana pun, akan aku terus gagahi utk merekodkan perjalanan hidupku ini.

gunung dan tasik di taupo

taupo merupakan satu tempat yg mempunyai tasik yg subhanallah cantik. aku difahmakan tempat ini acapkali berlakunya gempa bumi. demikian, tidak byk bgn2 tinggi di sini. yg ada adalah gunung tinggi yg mempunyai topi salji di atasnya. sungguh insah. udara yg nyaman sememangnya membuatkan aku terasa mengantuk. di tambah pula dengan kesunyian aku di sini. aku merayau-rayau mencari hala tuju. krok krok krok. perut ku berbunyi. pantang perut berbunyim wakt makan telah tiba. kebab menjadi mangsa aku. yg ajaibnya, ada tukish kebab di sini dan ianya halal insyallah. sedapnya, masyallah, aku sedang melelehkan air liurku skrg. sedap!!!



bermain golf di taupo. ganjaran hebat menanti sekiranya anda berjaya memasukkan bola ke dalam lubang di platform tu

cuba untuk gembira walaupon sepi

lagi gambar seagul dan gunung dan tasik. hanya fakus shj berbeza.

No comments: