Saturday, August 28, 2010

belajar untuk berdakwah.......

salam wbt,

semenjak aku join dakwah dan tarbiyyah, aku seolah bertemu dengan generasi yg aku tidak sangka masih wujud lagi org sebegini. melihat org muda, berkorban masa, harta, ilmu, akal fikiran semata-mata kerana islam. aku kagum dan merasakan diri ini jauh kebelakang. apabila aku duduk dan beriman sejenak bersama mereka, aku merasakan semangat yg sememangnya luar biasa. islam merupakan segala-galanya bagi mereka. terasa diri ini seolah-olah mahu menjadi seperti mereka. aku harus menjadi seperti mereka, dan aku mampu menjadi seperti mereka.

namun, berkali-kali aku cuba. namun akhirnya aku mempersoalkan diri aku, adakah aku layak utk membawa panji dakwah ini? persoalanya, adakah aku mempunyai pilihan lain. kecacatan pada diri ini bukanlah jawapan yg akan diterima oleh ALLAH ? setiap org mempunyai kelemahan, setiap org melakukan dosa. sesungguhnya sebaik-baik manusia yg melakukan dosa adalah hamba yg bertaubat selepas melakukan dosa itu.

dakwah bukan lagi pilihan. adakah sekiranya diri ini jahil, lalu aku memberikan alasan utk tidak bersolat? itu bukan jawapnya. walaupun diri ini cacat, jahil, berdosa, namun solat tetap wajib hukumnya. adakah begitu juga dengan dakwah? ya, dakwah juga begitu. walaupun sedar setiap kelemahan diri ini, namun kewajipan dakwah tidak akan diangkat. aku harus berjihad dan berjuang.

ada org kata, apa guna dakwah tapi tak bersolat? kalau difikirkan sebaliknya, apa guna solat tetapi tidak mahu mengerjakan kefarduan dakwah? (solat dan dakwah perlu seiring....)

tapi muhaimin, aku tidak mampu?

sudahlah kau. kau sibuk dengan fikiran negative itu. itu hanyalah syaitan yg membisikkan supaya kau tidak menunaikan tanggungjawab kau. kau adalah penyampai risalah. inilah kerja kita terbesar. syaitan tidak mahu kau teruskan kerja2 nabi ini. syaitan mahu kau lemah dan merasakan diri ini tidak boleh berdakwah. sedangkan burung hud2 pun mahu berdakwah, inikan kau. sudahlah alasan itu dan ini. sekarang masa utk bekerja.

tapi aku takut akan menjadi fitnah kepada dakwah ini?

apa yg kau takutkan, kau takut kau akan gagal dalam dakwah. kau takut kau menjadi fitnah kepada islam. aku tak mahu dengar lagi ini semua. berambuskau. kau tak tahu ke NABI SAW dulu mcm mana. baginda dah lah nabi. kena kutuk, kena fitnah dengan org lain. inilah hakikat dakwah. semakin kau mencintainya, semakin sakit kau rasa.

apa lagi yg kau tunggukan?

tapi muhaimin, hidup ini bukan senang. hidup ini bukanya dakwah semata-mata. aku ada study aku, parents, kawan2, hobi aku, kerja and nnt aku nak kahwin, aku akan ada family aku sendiri.

YA ALLAH, sapa lah suruh kau abaikan semua tu. semua itu pun bukankah kita boleh memandang kerja2 itu sebagai dakwah. kita bukan mahu bawa fahaman baru. kita mahu org kembali kepada cara hidup NABI SAW. tapi mmg lah bukan mudah. kerana syuga itu bukan murah. yg penting, kita lakukan yg terbaik. kena tahu mcm mana nabi buat dan decide. bukan hanya mengambil satu part of islam, tetapi yg lain diketepikan.

moga aku mati dalam jihad....

salam wbt

6 comments:

Anonymous said...

berdakwahlah demi islam.. sebarkanlah risalah2 walaupun hanya satu ayat.. semoga Allah memberkati niat sucimu..

Anonymous said...

askm bleh tk share/copy paste artikl di fb saya?

abdulmuhaimin_ali said...

kalau utk tujuan kebaikan, tafaddahal

Anonymous said...

assalamualaikum wbt.. apa maksud akhi dengan "apa guna dakwah tapi tak bersolat? kalau difikirkan sebaliknya, apa guna solat tetapi tidak mahu mengerjakan kefarduan dakwah? "
ayat pertama itu betul, tapi ayat yang kedua.. adakah maksud akhi solat itu tak berguna jika kita tak berdakwah? bukankah lebih baik jika solat itu dilakukan bersama2 dakwah.. kedua2nya hendaklah seiring..ayat akhi tu mcm dakwah lebih penting dari solat.. kedua2nya penting.. tapi harus dijalankan secara seiring.. bukan apa, takut ada pembaca yang salah faham..

abdulmuhaimin_ali said...

jzkk...akan ditambah sikit...

adlan wafi said...

ni first post yg aku bace kat blog kau...dan aku suka!