Monday, August 16, 2010

PENA INI KU TAJAMKAN KEMBALI

Assalamuaikum wbt,

Aku cuba mengumpul kekuatan utk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Lama sudah aku cuba, tapi aku tidak pasti, perlukah aku melakukan ini. Adakah aku sudah lama tidak meulis kerana tiada masa? Ataupun mmg aku ni malas utk menulis? Sudah bosan?

Aku cuba membaca kembali perjalanan hidup aku. Kebas pipi ini kerana malu. Malu dengan perjalanan hidup yg sememangnya memalukan. Dosa2 yg aku lakukan dan kesilapan yg sememangnya membuatkan luka lama berdarah kembali.

Aku khuatir coretan hati ini tidak membantu kepada ISLAM. Aku mahu jadi da’ie, tapi aku tahu aku byk kelemahan. Aku risau, luahan hati dan masalah ini akan menjadi fitnah kepada dakwah. Da’ie seharusnya kuat, matang, tidak manja, tidak mengeluh. Aku khuatir, luahan rasa hati ke dalam page ini hanya akan melemahkan dakwah ini dan mendedahkan kelemahan diri. Lalu, aku mengambil keputusan, kerana dakwah, aku berhenti menulis seketika. Kerana aku mahu melihat ISLAM bangkit secepat mungkin, dak tidak mahu aku menjadi fitnah kepada dakwah ini.

Hati aku memberontak utk aku melunaskan perasaan yg lama sudah tidak didakwatkan. Aku mengambil keputusan utk mengubah corak penulisan aku kepada sesuatu yg lebih berfaedah. Dengan harapan weakness will be strength. Aku berharap apa yg aku lakukan mampu utk menyumbang kepada kebangkitan ISLAM.

Aku merasakan kepentingan utk aku merekodkan perjalan hidup ini. Apabila aku sudah menjadi bapa, aku ceritakan pengalaman aku kepada anak2 aku. Supaya mereka menjadi lebih baik dari aku. Supaya mereka dapat mati di jalan ALLAH. INSYALLAH……

"KERANA DAKWAH KU TAJAMKAN PENA INI"
salam air tebu

No comments: