Saturday, January 15, 2011

RUMAH ISLAM - pusat tarbiyyah lelaki soleh

Assalamualaikum wbt

Konsep rumah islam atau RI adalah satu konsep rumah yg menjadi pusat dakwah dan tarbiyyah. Rumah ini dianggotai org2 yg nak bawa islam dan yg nak beramal dengan islam.



Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya). (87)

Masa pertama kali aku masuk darul islah, aku bayangkan semua ahli2 darul islam mcm malaikat. Namun hakikatnya, kami semua adalah manusia. Aku bygkan darul islah sebagai satu rumah seperti syurga. Tiada masalah, bersih, kemas, wangi dan mcm2 lagi. Akhirnya aku sedar, inilah yg dikatakan tarbiyyah.

Rumah islam menyediakan satu platform tarbiyyah yg sememangnya mencabar. Bukan sahaja RI ini berperanan untuk membentuk individu muslim, tetapi juga membentuk ahli2 nya untuk menjadi lelaki2 soleh, anak yg soleh, suami yg soleh, bapa yg soleh dan ibadurrahman. Setiap ahli RI mestilah mempunyai mentality bahawa ini adalah platform tarbiyyah. Ahli2 seharusnya mempunyai mentality ingin memimpin, menyumbang dan member faedah kepada orang lain.

ALLAH SWT telah mengajar aku sesuatu ketika aku berumrah setahun yg lepas. Dahulunya, aku merasakan pasti aku akan khusyuk dalam solat apabila dapat bersolat di hadapan KAABAH dan hati menjadi focus dan tenang. Hakikatnya, walaupun seaktu di hadapan KAABAH, belum tentu hati akan menjadi khusyuk dan tunduk. Ia bermula dari dalam hati dan factor luaran hanyalah memainkan peranan yg kecil. Sekiranya mahu khusyuk, kekhusyukkan dalam solat itu bermula dari solat di rumah kita. Sekiranya solat di masjid mahupun rumah kita tidak mampu untuk khusyuk, maka belum tentu solat di hadapan KAABAH menjadikan kita khusyuk.

Maaflah, suka sangat masuk bab kahwin lagi. Bagi aku, siapa kita sekarang, menggambar siapa kita sebagai suami atau bapa di masa hadapan. Sekiranya kita tidak mampu basuh pinggan sebelum kahwin, lepas kahwin pun benda ni akan berlaku. Sama juga seperti kebersihan, tanggung jab memastikan keselamatan, bekalan makanan, pakaian dan lain2 lagi. Sekiranya kita sebelum berkahwin malas, mengambil mudah, payah bangun solat dan qiam, benda yg sama akan berlaku selepas kahwin kerana ini merupakan menjadi rutin dan culture kita.

Pendek kata, kalau nak berubah marilah berubah sekarang. Janganlah menantikan the magical moment to appear. The magical moment is when we decide that we want to change. Marilah sama2 kita tarbiyyah diri kita dan membina suatu generasi AL QURAN yg unik. marilah sama2 kita bina BI'AH SOLEHAH DI DARUL ISLAH.


ahli2 darul islah 2010/2011

salam peads rotation

3 comments:

Kak Mahh said...

Menyinggah membaca santapan minda.

tem said...

Salam Min....
Apa kabar?? I miss u aaaa brov..

-tem-

abdulmuhaimin_ali said...

salam wbt....

miss u too bro...sori lah, aku dah tutup accnt facebook aku...ko mcm mana? ok?

doakan aku tem, nak exam esok....obs n gynae

jzkk