Saturday, January 21, 2012

FINAL MED

Assalamualaikum wbt, Final med sememangnya satu period yg aku takuti. Aku seolah-olah menjadi bukan diriku. Hairan melihat diriku sangguh untuk bgn seawal 545 pagi utk berbasikal ke hospital semata-mata untuk join ward round jam 7 pg. Tetapi, untuk bgn qiam, amatlah liat pada weekendnya. Aku terfikir, adakah aku telah larut dalam dunia ini? Adakah aku juga telah menjadi robot yg lupe janji kepada Allah. Aku mahu menjadi hamba Allah, bukan hamba selain daripada Allah. Bila aku gagal untuk score, aku rasa sedih. Aku terfikir, kenapa aku sedih? Bukanye fail pun, Cuma tak score je? Akus edar, betapa aku jauh dari Allah. Berbuat sesuatu bukan kerana Allah. Mengharapkan balasan dunia lebih daripada balasan akhirat. Final med membuatkan aku hilang rasa cinta kepada dakwah dan tarbiyyah. Dahulu, selalu aku fikirkan pasal dakwah dan tarbiyyah. Sekarang, aku tidak tahu mengapa aku terpaksa memaksa diri aku untuk memikirkan tentang dakwah dan tarbiyyah. Adakah aku sudah lupa manusia lebih memerlukan doktor “iman” berbanding “doktor jasad”? Aku merasakan amat jauh dari Allah. Jarang sekali aku buka dengan berdoa kepada Allah. Di mana keyakinan aku kepada Allah? Bukankah Allah yg mengajarkan kepada aku dan bukanlah kefahaman itu wujud dengan usaha aku? Allah yg beri kefahamankan? Bila aku berdoa, aku mahukan itu dan ini. Tapi mengharapkan Allah terus berbisik ke dalam hatiku. Hakikatnya, Allah selalu bersedia berkata-kata dengan aku. Aku sahaja yg gagal membuka surat cinta dari Allah. Mengadulah pada Allah, Allah akan mendengar. Bacalah Al Quran, kerana itulah respon Allah kepada doa kita. Allah tidak pernah lupa kita. Suratnya selalu di sisi kita. Akulah gagal untuk berbuka surat itu dan membacanya lalu menitiskan air mata. Aku berharap, cukuplah aku berlari kearah dunia. Aku mahu berlari ke akhirat. Kerana aku tahu, dunia akan berlari kepadaku.

SALAM TAHUN BARU CINA...TERIMA KASIH EDVYN FOR ALL THE FOOD. I WILL PRAY FOR YOU.....

3 comments:

nuraishah said...

Assalamualaikum wbt.. Tabahlah akhi.. Allah itu sentiasa ada.. Dekat2kan diri pada DIA.. Cara termudah is zikir.. Kat mana pun, even mase keje.. Always zikir.. Moga Allah beri kekuatan pada awak untuk terus bangun qiyam.. Byk fadhilatnya, n nikmat dunia yg harus kita kejar.. Usah mengalah, teruskan langkahmu mengejar syurga ALLAH.. may Allah guide us..

Akmal Dina said...

Assalamualaikum wbt..
saya bakal buat medic nxt year insyaallah..(sekarang tgah buat foundation)..follow lah blog saya. semoga kita dapat jadi sahabat yang sehaluan (doktor)...

elliakisstyna.blogspot.com
btw..saya juge nk suggest MV yg bertajuk ya ummi nyanyian ahmaed bukhatir..sedih sgt bg sy.. :)

MAYAN SATRIA WICAKSANA said...

ok,, allah memberikan jalan kepada hamba2 nya..

web master
http://mswe98.blogspot.com/
http://www.msw98.blogspot.com
http://soda2smaza.blogspot.com...
http://duniabola2.blogspot.com...