Thursday, May 17, 2012

ujian final year. anda gagal


Assalamualaikum wrh wbt,

Sudah lama rasanya aku tidak menulis. Kembalinya aku ke blog ini, adalah ingin aku kongsikan bersama pengalaman aku.

Baru2 ni aku fail final year aku. Specifically, failed long case aku. Failed long case meaning failed semua komponen final year.

Pagi itu, aku mendapat telefon dari student walfare. Dia kata aku fail. Aku jadi confuse. Aku tak pasti apa yg aku rasa. Aku tak puas hati pun ada. Aku rasa aku buat Alhamdulillah ok. Aku dgr cerita org lain lagi la Mcm horror long case derang. Tapi aku sedar, ALLAH MELAPANGKAN REZKI SESIAPA YG DIA KEHENDAKI. Aku bukan tiada rezeki. Sebaliknya Allah yg memberikan aku rezki sejak aku diciptakan. Bukan sahaja aku dpt rezeki dari Allah, semua makhluk pun dapat rezeki dari pada Allah.

Aku cuba mengumpul kekuatan. Hari tu, aku merasakan aku tiada mood nak buat apa2 pun. Anhedonia. Mungkin itu istilah psychiatrynya. Aku baring dan cuba mencari kekuatan. Berkata-kata dengan Allah. borak2 dengan Allah. pillow talk dengan Allah.

aku tidak puas hati. Aku kne recheck and appeal!!!

Itu azam aku. Mungkin itu adalah sebahagian daripada defensive and coping response aku. Mungkin juga denial.

Apabila melihat rakan2 ku bergembira, aku cuba happy for them. Tapi aku gagal utk happy for myself.

Namun, utk menyebut perkataan redha amat mudah. Tetapi utk dipahatkan dalam hati, mungkin mengambil masa yg lama. Kerana hatiku ini keras lebih dari batu.

Sesetengah org tend utk bersendiri. Tapi aku share feeling aku dengan rakan2. Majority kawan2 aku sgt supportive. Harapan aku adalah agar derang doakan aku.

Aku kembali utk reflect apa yg aku blaja dari ujian ini.
  1.   Aku lebih dekat dengan Allah. instead of aku bergembira dan leka dengan kejayaan, Allah sentap aku dengan ujian. Aku tersengkur menyembah bumi. Mengakui bahwa Allah adalah Tuhan sekalian alam. 
  2.  Aku ada satu doa yg aku telah berdoa selama 10 tahun. Tiap2 hari aku doa benda ni. Akhirnya, apabila ujian itu sampai, ujian itu dibawa sekali dengan makbulnya doa selama 10 tahun tersebut. Apa doa itu? Biarlah aku dan Allah sahaja yg tahu
3.       Allah sahaja yg mengetahui apakah hikmah disebalik dengan ujian ini.

Aku email abg aku. Minta tlg doakan aku. Beliau menasihatkan utk list kan perkara berikut:
so what i need you to do are to write down for me:


"1)      Tell me, in writing, what are bothering you right now:
2)      Tell me, in writing, from the things that are bothering you, whats the worst that can happen to you right now:"

Apa yg mengganggu aku skrg

  1. Aku malas nak resit exam. Aku dah penat. Aku study dari august  non stop. Kerusi aku ni dan ada mark shape badan aku dah. Mungkin salah aku. Study tak ikhlas
  2. Klo aku habis lambat, lambat la aku kawen.


 "horror gak la kerusi ni. "

Worse thing akan happen kat aku

  1.  aku fail resit aku. Fail repeat year aku. Kne bayar 1.5 juta.
  2. Aku harap aku study ikhlas. Aku harap Allah terima usaha aku. Moga aku dijauhi dari api neraka.
Basically, tade la horror sgt pun. Lagi horror kot klo aku tbe2 mati. Tak sure ke syurga atau neraka. Moga2 Allah ampunkan aku. 

Sekarang ni, aku tgh apply for appeal. Lagi 1.2 x cukup. Dgr cite susah derang nak approve. Tapi aku yakin. Sekiranya seluruh makhluk berkumpul utk member manfaat kepada aku, kalau Allah kata No, nescaya tiada manfaat yg akan dtg kepada aku. Sekiranya seluruh makhluk berkumpul utk memberi mudarat kepada aku, kalau Allah kata No, nescaya tiada mudarat yg dtg kepadaku.

Sesungguhnya, Allah memiliki langit dan bumi, dan aku adalah hamba Allah yg sgt tidak significant di sisiNYA. Namun, aku berdoa agar Allah memandang aku dengan penuh rahmat dan mendengar rintihan aku. Sesungguhnya KAU MAHA PENGASIH, LAGI MAHA MENDENGAR.

Sekiran terima kasih.

Salam tarbiyyah utk semua.

7 comments:

Ammar said...

Bawak bersabar ye min... aku sayang kau, aku doakan kau diberikan kekuatan amin.

chot said...

bro..sabar dengan ujian ni k..ade hikmahnya tu(yang aku rasa mesti kau sendiri dah rasa/fikirkan cuma mungkin sukar dihadam..) kuatkan semangat k..aku doakan kau berjaya appeal or re-sit the exam..doakan sahabat2 kat sini jugak..

Syazlin Sazali said...

Pada setiap kegagalan tu sebenarnya tuhan nak persiapkan kita untuk cabaran yang lebih besar. Orang yg tak pernah gagal susah nak berhadapan dgn kegagalan sedangkan kegagalan bukan penamat. Bila satu pintu tertutup, tuhan bukakan pintu yg lain. Saya takkan lupa what my husband said to me "menuntut ilmu ni marathon/merentas desa, bukannya lari pecut tergesa2 nak sampai penamat. belajar hingga akhir hayat. slow, steady, kejayaan tu macam reward, kegagalan pula macam kita stop minum air tapi jangan berhenti sambung lagi.." Selamat berusaha, tabahkan hati :)

Aref Ezrin said...

Min aku yakin dgn kekuatan ko utk harungi ujian Allah ni
it's good that u took a pro-active approach and sanggup 'open up' to kwn2 yg nak tolong bg support
insyaAllah setiap hamba tu hanya diuji sesuai dgn kemampuannya
Allah tau kau kuat, sbb tu dia bg ujian yg berat ni. Other people would most probably fail 'ujian' bentuk mcm ni dr Tuhan
Aku doakan kejayaan dlm setiap aspek hidup kau dunia akhirat

Ahli DI zaman dulu2 said...

My dearest brother Min,
Alhamdulillah, all praise to Allah for granting you a difficult time, which has brought you closer to Him.
Allah knows best, and surely He knows what is best for you.

"Strange is the affair of the mu'min. Verily, all his affairs are good for him. If something pleasing befalls him he thanks (Allah) and it becomes better for him. And if something harmful befalls him he is patient and it becomes better for him. And this is only for the mu'min." - Hadith

May you succeed in this life, and the hereafter. In ALLAH we trust.
I love you bro, stay strong :)

Anonymous said...

insyaAllah, akan mendoakan....stay strong for this deen...:)

JHaZ KiTaRo said...

salam min... sorry to hear the bad news... anyway, i was once in the same shoes.. i think mine was worse sbb aku terpaksa extend final year aku sampai 2 tahun.. so, aku sgt2 paham mcm mana yg ko rasa.. kadang2 aku rasa nak putus asa je.. tapi, atas sokongan family & kawan2, aku teruskan jgk sampailah aku akhirnya dpt jugak pegang sijil MB BCh BAO aku sendiri.. waktu tu, Allah SWT saja yg tau betapa happy & bersyukurnye aku..

ada sbbnye kenapa Allah SWT uji ko mcm tu... mungkin hari ni ko tak nampak, but one day u'll understand why.. dan aku yakin ko mampu nak hadapi semua tu.. lagipun Allah SWT takkan menguji hamba2-Nya dgn beban yg tak mampu utk ditanggung..

so, teruskanlah berjuang sampai ko berjaya ke pentas graduasi.. insyaAllah doa aku selalu ada bersama ko.. :)