salam wrb wbt,
aku gagal lagi. setelah hampir 20 hari mempersiapkan peralatan perang aku ke medan appeal hearing. akhirnya aku gagal.
aku gagal. aku gagal utk pass final year exam ini. tapi aku yakin Allah ada sesuatu yg lebih baik menanti aku.
innalillahi wa inna ilaihirajiuun. smoga Allah memberikan pahala di sebalik ujian ini. dan menggantikan dengan sesuatu yg lebih baik.
aku tahu bukan mudah untuk aku turun ke medan perang ini lagi. dua kali aku tewas. rasa serik.
namun, inilah medan aku sekarang. perjuangan ini perlu diteruskan. samada aku menang, atau syahid dalam peperangan ini.
aku tidak boleh berundur walau selangkah kebelakang. aku harus terus maju. biar pun air mata ini membasahi pipi. biar pun kepala ini sakit. biarpun pinggang ini sakit. biar mataku kabur.
biar perut ku lapar.
biar biar biar
aku tak boleh tewas. ini adalah cabaran dari tuhan untuk meningkatkan darjat aku.
biarlah air mata itu mengalir, asalkan langkahku terus kehadapan.
sekarang juga aku angkat peralatan perang aku.
sekarang juga aku mara kehadapan.
tangisan ini bukan tanda kalah. air mata yg gugur ini melambangkan gugurnya musuh2 ku. aku buang musuh2ku dalam diri ini. nyah kau. keluar kau sebanyak-banyaknya.
doakan aku ikhlas. doakan amalan aku diterima. doakan aku ke syurga. doakan aku menang. doakan aku syahid.
salam air mata seorang pahlawan
Wednesday, May 30, 2012
Thursday, May 17, 2012
ujian final year. anda gagal
Assalamualaikum wrh wbt,
Sudah lama rasanya aku tidak menulis. Kembalinya aku
ke blog ini, adalah ingin aku kongsikan bersama pengalaman aku.
Baru2 ni aku fail final year aku. Specifically, failed long
case aku. Failed long case meaning failed semua komponen final year.
Pagi itu, aku mendapat telefon dari student walfare. Dia kata
aku fail. Aku jadi confuse. Aku tak pasti apa yg aku rasa. Aku tak puas hati
pun ada. Aku rasa aku buat Alhamdulillah ok. Aku dgr cerita org lain lagi la Mcm
horror long case derang. Tapi aku sedar, ALLAH MELAPANGKAN REZKI SESIAPA YG DIA
KEHENDAKI. Aku bukan tiada rezeki. Sebaliknya Allah yg memberikan aku rezki
sejak aku diciptakan. Bukan sahaja aku dpt rezeki dari Allah, semua makhluk pun
dapat rezeki dari pada Allah.
Aku cuba mengumpul kekuatan. Hari tu, aku merasakan aku
tiada mood nak buat apa2 pun. Anhedonia. Mungkin itu istilah psychiatrynya. Aku
baring dan cuba mencari kekuatan. Berkata-kata dengan Allah. borak2 dengan
Allah. pillow talk dengan Allah.
aku tidak puas hati. Aku kne recheck and appeal!!!
Itu azam aku. Mungkin itu adalah sebahagian daripada
defensive and coping response aku. Mungkin juga denial.
Apabila melihat rakan2 ku bergembira, aku cuba happy for
them. Tapi aku gagal utk happy for myself.
Namun, utk menyebut perkataan redha amat mudah. Tetapi utk
dipahatkan dalam hati, mungkin mengambil masa yg lama. Kerana hatiku ini keras
lebih dari batu.
Sesetengah org tend utk bersendiri. Tapi aku share feeling aku
dengan rakan2. Majority kawan2 aku sgt supportive. Harapan aku adalah agar
derang doakan aku.
Aku kembali utk reflect apa yg aku blaja dari ujian ini.
- Aku lebih dekat dengan Allah. instead of aku bergembira dan leka dengan kejayaan, Allah sentap aku dengan ujian. Aku tersengkur menyembah bumi. Mengakui bahwa Allah adalah Tuhan sekalian alam.
- Aku ada satu doa yg aku telah berdoa selama 10 tahun. Tiap2 hari aku doa benda ni. Akhirnya, apabila ujian itu sampai, ujian itu dibawa sekali dengan makbulnya doa selama 10 tahun tersebut. Apa doa itu? Biarlah aku dan Allah sahaja yg tahu
3.
Allah sahaja yg mengetahui apakah hikmah
disebalik dengan ujian ini.
Aku email abg aku. Minta tlg doakan aku. Beliau menasihatkan
utk list kan perkara berikut:
so
what i need you to do are to write down for me:
"1) Tell me, in writing, what are bothering
you right now:
2) Tell me, in writing, from the things that
are bothering you, whats the worst that can happen to you right now:"
Apa yg mengganggu aku skrg
- Aku malas nak resit exam. Aku dah penat. Aku study dari august non stop. Kerusi aku ni dan ada mark shape badan aku dah. Mungkin salah aku. Study tak ikhlas
- Klo aku habis lambat, lambat la aku kawen.
"horror gak la kerusi ni. "
Worse thing akan happen kat aku
- aku fail resit aku. Fail repeat year aku. Kne bayar 1.5 juta.
- Aku harap aku study ikhlas. Aku harap Allah terima usaha aku. Moga aku dijauhi dari api neraka.
Sekarang ni, aku tgh apply for appeal. Lagi 1.2 x cukup. Dgr
cite susah derang nak approve. Tapi aku yakin. Sekiranya seluruh makhluk
berkumpul utk member manfaat kepada aku, kalau Allah kata No, nescaya tiada
manfaat yg akan dtg kepada aku. Sekiranya seluruh makhluk berkumpul utk memberi
mudarat kepada aku, kalau Allah kata No, nescaya tiada mudarat yg dtg kepadaku.
Sesungguhnya, Allah memiliki langit dan bumi, dan aku adalah
hamba Allah yg sgt tidak significant di sisiNYA. Namun, aku berdoa agar Allah
memandang aku dengan penuh rahmat dan mendengar rintihan aku. Sesungguhnya KAU
MAHA PENGASIH, LAGI MAHA MENDENGAR.
Sekiran terima kasih.
Salam tarbiyyah utk semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)