Saturday, July 7, 2012

aku sekarang

assalamualaikum wrh wbt,

pagi ini, aku bergegas ke RCSI untuk ambil laptop aku. sengaja aku tinggalkan dalam locker utk elakkan diri aku daripada distracted dengan laptop dan focus dengan buku.

tapi, aku mencari laptop kerana aku rasa aku perlu meluahkan perasaan aku.

kali terakhir aku menulis mungkin sebulan lepas, selepas aku dapat result appeal aku. sejurus selepas tahu keputusan appeal aku, aku terus membeli tiket pulang keesokkkan harinya ke malaysia untuk muhasabah selama dua minggu. dan kini, seminggu rotation di beaumont hospital sudah berlalu. alhamdulillah.

maaflah, blog ini adalah collection peribadi aku. pendengar terbaik aku ialah Allah. blog ini juga adalah salah satu medan untuk aku melepaskan apa yg aku rasa dalam hati.

kadang2, aku merasakan tewas dengan ujian yg diberikan oleh Allah. aku seolah merasakan aku menjadi seorang pencinta dunia. aku mahu dunia lebih dari akhirat. aku mahu degree doktor aku lebih daripada pahala. astaghfirullah.

kadang2, aku melayangkan fikiran aku. aku terfikir, katakanlah aku langsung gagal dalam jadi doktor, aku seolah-olah tidak mampu utk redha dengan ketentuan Allah. aku merasakan mcm mana pun, aku kene dapatkan degree doktor. failure is not an option. tapi aku terfikir, kalau Allah kata, kau tak boleh jadi doktor. lalu aku rasa sangat sedih dan down, aku seolah-olah tidak mahu redha dengan takdir Allah.

aku sgt risau dengan keadaan iman aku sekarang. kenapa aku tidak boleh berlapang dada dengan segala kurniaan Allah. bukankah Allah itu yg menciptakan aku, tapi kenapa aku kena rasa apa yg aku nak is the best.

Ya Allah, engkau cukup bagi aku Ya Allah. sekiranya aku engkau redha kepada aku, itu sudah mencukupi.

sekali-sekala, syaitan membisik, kenapa aku tak dapat mcm sahabat aku yg lain dapat?

derang pass exam, derang nak kawen, derang ada family sendiri.

and yet, i am still here, cycling 16 km a day to beaumont and still struggling.

namun, perlahan-lahan, aku pujuk diri aku.

a'uzubillahi minassyaiton nirrajim

aku minta perlindungan dari Allah.

bukankah Allah pernah kata dalam quran, jgn bandingkan rezki aku dengan rezki org lain, masing2 ada bahagian masing2.

bukankah Nabi SAW dah kata, compare dengan org yg lagi susah, jgn compare dengan org yg lebih kaya.

sekarang aku rasa sunyi. mungkin kerana hubungan aku dengan Allah sgt rapuh. tapi mungkin juga normal utk aku rasa sunyi. Nabi Adam AS juga sunyi di syurga ketika berseorangan.

aku bukanlah seorang makhluk yg suka duduk sorang2. pernah aku duduk single room, taubat aku tak nak duduk lagi. aku suka duduk ramai2. aku suka berteman. aku suka kalau ada org temani aku.

tapi this is life. aku yakin Allah ada sesuatu yg lebih baik utk aku. sabar muhaimin, sabar! hidup tak lama, sengsara x lama, suka ria dunia pun tak lama.

yang penting, usahakan takwa kau kepada Allah. berlari lah mengejar keampunan Allah.

oh ya, summer ni ada dua org usrah aku kahwin. i am happy for them. aku rasa malu juga pada derang. aku lagi tua, tapi tak kawen2 lagi.

tapi tak mengapa, aku doa Allah bagi keyakinan aku kepada takdir Allah.

may Allah be pleased with me and them.

salam mee segera.

3 comments:

Adik Nor said...

Salam,
Sy faham perasaan awak sbb sy pernah rasa apa yg awk rasa. Mmg sakit hati, geram, marah ngan diri sendiri, malu ngan kengkawan, sumer perasaan pun ada.Teruskan usaha dan jgn putus asa. Insyaallah awk akan berjaya.

Anonymous said...

Salam,
tidak usah bandingkn dri awk dgn org lain... u hve ur own ability.
ssungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa,
alone doesn't meant u lose everything, but i think, its a best time to pray and make Doa to Him...mintalah kepadaNya 1/3 malam, lgi senang nk bribadat jika tiada org d sekeliling kta..thats y Allah give u this opportunity...
think positively frenz...

"verily with every hardship, there is relief" (Quran:Surah Insyirah:6)

and

"Allah will not burden you more than you can bear" (Al-Baqarah:286)

nuraishah said...

Your writing once touch me.. Now after 3 years, I hope mine will do the same.. May Allah guide us both..

http://nuraishahabuhasan.blogspot.com/2012/07/dugaan-dan-kehidupan.html