assalamualaikum,
hatiku penuh dengan cinta kepada dunia. sekiranya perasaan cinta ini boleh dibuang seperti surgery atas cancer, dah lama aku buang. namun, cinta kepada dunia ini meresap ke dalam jiwa aku. cinta kepada kemewahan dunia. duit, harta, wanita, keseronokan semuanya begitu sukar untuk aku tinggalkan. aku merasakan wahan(cinta dunia, takut mati) dalam diriku begitu tebal sekali.
krisis kewangan yg melanda menyebabkan plan2 aku semua tidak menjadi. aku rasa frustrated jugak la. aku rasa nak pukul org. aku rasa dikhinati. aku rasa bodoh. aku rasa dizalimi. aku anggap apa yg berlaku ke atas diri aku adalah ujian ALLAH supaya aku berfikir tentang dunia ini. betapa hinanya dunia ini. aku tidak akan membawa apa pun sekiranya aku mati.
aku perlu menguatkan ingatan aku pada syurga. walaupun tidak layak, namun aku perlu berharap. keindahan syurga yg ingin dikecapi perlulah dengan pengorbanan dunia.
adakah aku kedekut? memang aku kedekut. aku dibesarkan oleh seorang ayah yg particular about how to manage your finance. aku juga sedikit sebanyak menjadi begitu. adakah aku suka meminta? aku tidak suka meminta. tapi kdg2 aku meminta juga. itulah kesilapan aku. aku dibesarkan oleh seorang ibu yg mengajar aku tidak meminta. segala-galanya diberikan lengkap kepada aku agar aku tidak meminta pada org lain. meminta bagi aku menggambarkan kelemahan kita. kita tidak mampu untuk berdiri sendiri. aku tidak suka berharap kepada org lain dan dalam pada masa yg sama aku tidak suka org lain berharap pada aku. aku berharap pada ALLAH dan cuba menggunakan segala kekuatan yg diberikan kepada aku sebaik-baiknya. aku sedar aku manusia yg lemah, kdg2 aku meminta pada manusia lain. sebaik-baiknya, elakkan dari meminta kepada lain kerana itu bukan sunnah NABI SAW, berilah sebanyak yg mungkin kerana itulah sunnah kita.
salam nasi ayam
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Relax sudah....rezeki di tangan Allah. Orang boleh bagi semua dalil dan hujah-hujah tentang itu dan ini dalam suatu perkara.....tapi last sekali yang akan membuatkan kau bertindak betul ialah iman di hati. Niat di hati adalah mulanya satu perkara.
sabar min.
irish pun recession- sama2 la kita share the recession. =D
see ya in class sok.
Post a Comment