assalamualaikum,
aku sering mendengar apabila berbincang soal cinta ini, ramai yg akan mengatakan tanyalah pada hati. adakah aku mencintai kau? tanyalah dalam hati. adakah aku benar2 mencintai kau? tanyalah dalam hati. adakah aku harus menyintai kau? tanyalah dalam hati. apa yg patut aku buat? tanyalah dalam hati.
BERTANYA PADA HATI? apa itu? aku merasakan bukan hati yg perlu ditanya. tanyalah pada islam. apakah cinta itu benar2 suci dan murni. sudah sampai masanya kita mengambil keputusan mengamalkan islam dalam hidup kita. sekiranya hati yg kita tanya, jawapannya pasti mengikut nafsu.
pengalaman sendiri dan juga org lain byk mengajar aku agar merasionalkan cinta yg ingin aku berpaut. ops, maaf! aku klasifikasikan cinta sesama manusia berlainan jantina. nak tak nak, aku terpaksa memandang cinta dari sudut yg objektif meskipun boleh dikatakan agak sukar. mata kata nak, hati kata nak, iman kata tunggu dan sabar. jgn terjebak dalam maksiat.
tapi bagaimana utk aku merasionalisasikan cinta aku? aku merasakan cinta sewajibnya disandarkan pada cinta kepada ALLAH. barulah yg mana haq akan ditegakkan secara haq, dan mana yg batil akan dibakar agar ia lebur. aku tidak mahu lagi dibius dan mabuk cinta. aku mahu berfikiran waras dan adil. aku mahu bercinta tapi aku tidak mahu side effectnya. aku mahu menjadikan cinta yg dikurniakan menjadi penyumbang utk aku mendekatkkan diri kpd ALLAH.
salam cinta utk semua
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment