Saturday, February 21, 2009

Usia dan tarbiyyah mengubah manusia.

Bismillahi Rabbul Jamil,
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Indah.

Sudah agak lama saya tidak menulis. Kali ini saya hanya mahu menulis tentang perubahan-perubahan yang saya rasai dalam tempoh 2-3 tahun ini. Biarlah saya ringkaskan tulisan ini dalam point-point yang mudah difahami.

1. Pandangan saya terhadap Malaysia telah berubah. Dulu saya selalu ingat Malaysia ini aman-damai, sejahtera dan harmoni. Tetapi semakin lama saya memerhati dunia politik, baru saya perasan bahawa keadaan sebenar adalah sebaliknya.

2. Saya tidak lagi mempunyai pandangan yang baik terhadap filem Melayu. Dahulu saya tidak merasa apa-apa ketika menontonnya. Kini saya bertanya," Di mana Islam dalam filem-filem Melayu?". Dalam seminggu tempoh saya pulang ke Malaysia, nilai-nilai yang saya nampak dalam filem Melayu adalah pangkat, populariti dan glamour paparan artis-artis yang melakonkannya. Apa dah jadi? Make-up mereka mengalahkan minah-minah Irish dan mak datin Arab di RCSI. Tambahan pula plot yang dipaparkan adalah berasaskan konflik yang berkisar tentang kecantikan, feminisme dan materialisme sahaja (contoh: Spa-Q). Sekali lagi saya bertanya, "Di mana Islam?"

3. Saya tidak lagi berasa selesa bergaul dengan wanita. Maaflah kawan-kawan perempuanku, bukannya aku mahu menyisihkan kamu tapi hati aku memberontak. Kalau dulu aku tidak segan membawa perempuan di atas motor, kini aku berasa segan untuk bertemu dengan kawan-kawan wanitaku walaupun aku tahu aku takkan buat apa-apa yang tak baik. Aku berharap kamu semua memahami. Tolonglah jangan ajak aku keluar lagi.

4. Saya melihat Islam semakin jauh dari majoriti generasi muda. Melainkan mereka yang mengikuti usrah atau tamrin jemaah tabligh, rata-rata mereka yang lain tidak sembahyang, tidak menutup aurat, begaul bebas dan berperangai buruk.

5. Saya juga perasan yang saya semakin suka melihat dan mencocok(literally) bayi-bayi dan anak-anak kecil, terutama yang comel, bulat dan bermata besar beserta dengan bulu kening yang lebat (Contoh: anak Zulfaqar bin Zubir iaitu Amirah. Sorry laa Faqar anak kau jadi mangsa =) Saya sendiri pun tak faham. Adakah ini sebahagian daripada proses penuaan?

6. Keyakinan saya kepada Allah telah berganti kepada pengeTAHUan kepada Allah. Mungkin inilah maksud sebenar iman.

7. Saya merasakan bahawa saya telah hidup dengan sekejap sahaja. Saya masih ingat peristiwa saya memotong kek ninja turtle pada usia 6 tahun seolah-olah ia baru berlaku semalam. Benarlah wahyu Allah bahawa "Kamu tidak hidup di dunia melainkan sekejap sahaja" -Al-Quranul Karim-

8. Saya tidak malu untuk berlembut dan bertolak-ansur. Kalau dulu mungkin perangai saya lebih cenderung kepada perangai alpha-male, kini saya rasa itu semua sudah tidak relevan lagi. Mungkin kadang-kadang ia (alpha-male behaviour) masih terserlah, tapi kini saya boleh memahami dan mengekangnya jika perlu. Alhamdulillah.

9. Kahwin? Jodoh itu di tangan Allah. Saya terima saja seadanya. Relax sudah.........

10. Jihad fisabilillah dan mati syahid itu adalah suatu yang haqiqi di sisi Allah. Manusia boleh kata kita ini pengganas, fundamentalis, ektremis dan macam-macam "is" lagi, tetapi akhirnya label yang haq itu ialah milik Allah jua. Wallahua'lam.

11. A lof of people used to tell me ,"Islam is a way of life". Now I understand that actually Islam is life itself. That's why Islam is inseparable from anything in life, be it politics, knowledge, sports, friendship and lots of bits in everything. I can smile in peace now with this understanding. Alhamdulillah.

2 comments:

abdulmuhaimin_ali said...

masyallah brother, together we bring islam to this world. good article. minah arab tu betul jugak la..make up derang dahsat gak sebenarnye

AFRO117 said...

good to know youre doing good there man. takpa apa yg berlaku kat sana tu, slow2 la kalau kau nak ubahkan.
take care man.

Inshallah jumpa kat penang summer ni.