Friday, August 28, 2009
jejak chantek 2009: taupo, new zealand
assalamualaikum,
maaflah, aku sedikit sebanyak telah terlupa perjalanan aku di sini. aku baru mula menulis kembali setelah beberapa lama aku struggle untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan gastrointestine and hepatology. namun, alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan kawan2, aku berjaya lulus dalam keputusan semakan semula paper tersebut. natijahnya, aku kehilangan momentum untuk terus menulis. walaubagimana pun, akan aku terus gagahi utk merekodkan perjalanan hidupku ini.
taupo merupakan satu tempat yg mempunyai tasik yg subhanallah cantik. aku difahmakan tempat ini acapkali berlakunya gempa bumi. demikian, tidak byk bgn2 tinggi di sini. yg ada adalah gunung tinggi yg mempunyai topi salji di atasnya. sungguh insah. udara yg nyaman sememangnya membuatkan aku terasa mengantuk. di tambah pula dengan kesunyian aku di sini. aku merayau-rayau mencari hala tuju. krok krok krok. perut ku berbunyi. pantang perut berbunyim wakt makan telah tiba. kebab menjadi mangsa aku. yg ajaibnya, ada tukish kebab di sini dan ianya halal insyallah. sedapnya, masyallah, aku sedang melelehkan air liurku skrg. sedap!!!
Labels:
jejak chantek,
new zealand,
taupo,
travel
Thursday, August 20, 2009
5 sebab untuk tidak bercinta sebelum kahwin
ASSALAMUALAIKUM,
aku seorang lelaki. aku bersyukur nafsuku normal dan aku suka kepada wanita. aku bukan pengkid, bukan gay, bukan bisex. aku adalah ummat muhammad yg ingin mengikuti sunnahnya. ingin aku ceritakan, sudah byk tempat aku berjalan. dari europe sampailah ke new zealand, namun keindahan ciptaan tuhan yg paling aku kagumi ialah wanita. mereka boleh membawa lelaki ke syurga, namun mereka mampu menghumbankan kita kepada neraka.
aku sudah berumur 23 tahun. penipu aku katakan sekiranya aku tidak pernah jatuh cinta. aku pernah jatuh cinta, tapi aku tidak pernah bercinta. aku lihat rakan2 ku, ada yg menangis kerana cinta, ada tersenyum kerana cinta. namun, aku yakin dengan jalan aku, aku memilih untuk tidak bercinta sebelum perkahwinan.
5 sebab untuk tidak bercinta sebelum kahwin
1. masyarakat kita sekarang sdah sebati dengan percintaan sebelum perkahwinan. aku yakin rata2 akan mengatakan apa salahnya untuk bercinta sekiranya pandai menjaga diri. sekiranya ada yg mengatakan percintaan itu haram, ramai yg melenting mengatakan ini adalah fatwa yg extreme. aku tidak menyalahkan mereka. mereka adalah mangsa keadaan.lahir2 sahaja, mereka telah didoktrinkan untuk menjadi seperti barat. bercinta dan yg malangnya ada yg berzina.
2. keikhlasan. manusia dijadikan untuk beribadat kepada ALLAH TAALA. perkara yg dititik beratkan ialah aspek keikhlasan. aku tidak mahu beribadat semata-mata untuk impress my partner. aku mahu menjaga hati dan iman aku. aku mahu mencari keredaan ALLAH, bukan nya si dia. mengapakan aku perlu menjadi baik kerana dia? adakah aku seorang pelakon handal yg ingin potray myself as a pious person?
3. buang perasaan. seperti yg pernah aku katakan, dalam percintaan, aku seolah-olah memberikan sebahagian hati aku kepada si dia. si kiranya dia membelai perasaan ini, aku terasa bahagia. namun sekiranya perasaan ini ditendang, aku akan merana. percintaan sebelum kahwin merupakan perjudian. perasaan diserahkan tanpa ada satu perjanjian antara ALLAH, aku dan kau. aku tidak rela menyerahkan perasaan ini kepada manusia yg tidak bertanggung jawab. aku mahukan satu kontrak yg valid.
4. aku merupakan manusia yg cuba belajar2 memperbaiki ekonomi ummat islam. lalu, aku mulakan dengan diri aku. walaupun aku agak boros, tapi aku akan tetap mencuba. persoalan yg ingin aku timbulkan ialah aku adalah manusia yg tidak mahu invest duit aku atas sesuatu yg aku sendiri tak pasti. aku lihat kawan2 aku, spend thousand on their partners, but end up with nothing but dosa, maksiat dan heart-broken. bagi aku, mencintai seseorang memerlukan harta. perkongsian harta penting sebagai tanda sayang aku terhadap si dia. namun, aku merasakan aku tak mahu spend on benda yg aku tak pasti. dalam erti kata yg lain, berkahwin dulu, then i am willing to spend.
5. buang masa. sekali lagi aku tegaskan, aku tidak pernah bercinta. namun, aku pernah cuba untuk memikat sewaktu zaman jahiliyah ku. membuang masa pastinya. lihat saja rakan2 kita yg sudah dibuai cinta nan ''indah". tidor dengan telefon, meluangkan masa bersama, chating lah, memujuk dan dipujuk, sms, bergurau senda dan pelbagai aktiviti maksiat yg lain. jadi, aku merasakan, sekiranya aku mahu melaburkan masa aku, aku mahu seseorang yg halal dan mempunyai kepastian bahawa dia komited dengan kontrak pernikahan ini.
kesimpulanya, masalah percintaan sebelum perkahwinan ini sememangnya sukar untuk dibincangkan. aku sendiri bukanlah contoh yg baik. terus teras, kelemahan aku adalah wanita. aku mudah jatuh hati, tapi aku tidak mudah jatuh cinta. dua aspek itu adalah berbeza. pokoknya, hidup ini adalah untuk ALLAH. percintaan sebegini merupakan tips of the iceberg daripada kepincangan akidah, kefahaman dan iman seseorang individu muslim.
maafkan saya jika terlanjur
salam tahu bakar

Monday, August 3, 2009
harakah: membangun bersama islam????
assalamualaikum,
sudah lama aku nak tulis benda ni. tapi tak tau lah, tak sampai hati la plak. namun atas dasar islam yg mengatakan benar itu benar, salah itu salah, aku gagahkan juga.
sudah lama aku menelaah surat khabar HARAKAH. dari tiada tulisan "untuk ahli pas sahaja", kepada adanya tulisan besar "UNTUK AHLI PAS SAHAJA" didepan muka surat. dari harga murah, kepada harga yg lebih mahal. dari seminggu sekali, ke dua minggu sekali.
untuk mengkritik kahbar "utusan malaysia", aku pasti ramai yg mengkritiknya. pemikiran utusan malaysia sememangnya sangat bahaya. sekiranya rakyat malaysia tidak berfikir, maka bodoh lah apabila mereka menelan mentah2 apa yg disajikan. tetapi, bagaimana pula HARAKAH? adakah HARAKAH merupakan media yg boleh dipercayai? adakah HARAKAH senantiasa betul?
persoalanya di sini ingin aku sampaikan HARAKAH merupakan media alternatif yg baik. sebaik shj baca utusan, bacalah HARAKAH untuk melihat dari aspek yg berbeza. akhbarnya pula sedikit sebanyak menepati cita rasa islam insyallah.
namun apa yg ingin di ketengahkan ialah tabiat HARAKAH yg sering melihat PAS sebagai satu parti yg baik seperti malaikat. tidak berani untuk mengkritik mana2 kesilapan dasar2 pas yg telah dilakukan. tiada bezanya dengan utusan yg melihat segala dasar kerajaan seperti wahyu dari tuhan yg tidak boleh dipertikaikan kebaikanya. yg berbeza adalah satu pihak nationalis dan satu lagi islamist (perbezaan ini adalah sgt besar hakikatnya). aku berharap, HARAKAH lebih berani unuk mengkritik mana2 dasar pas yg kurang baik. bukanya hanya mengipas satu pihak sahaja.
keduanya ialah dasar demokrasi. demokrasi menjadi satu ucapan dibibir manusia dari tua, muda, sihat, sakit, ustaz, mat rempit dan semua golongan bangsa lagi. namun, berdasarkan kefahaman aku, demokrasi barat bukanlah prinsip islam. ini adalah kerana demokrasi barat tidak meletakkan al quran dan sunnah sebagai perlembangaan sebaliknya memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa yg berhak menentukan perlembagaan. namun, sesekali HARAKAH menulis dalam warkahnya yg menonjolkan bahawa demokrasi merupakan satu ideologi yg islamic. begitu kuatnya pengaruh jahiliyyah sehinggakan HARAKAH sendiri boleh dikatakan terkeliru dengan aspek ini.
berjuang dalam politik menyebabkan pas terpaksa membuka pekung org lain. tidak dinafikan ada kalanya perlu untuk mendedahkan kezaliman org lain, namun sekadarnya sahaja. hakikatnya, perjuangan islam perlulah diteruskan 24/7 dan bukannya lima tahun sekali. seharusnya, harakah merupakan medan terbaik untuk menyebarkan fikrah islam, tetapi sebaliknya dipenuhkan dengan bidasan2 terhadap tuduhan yg dilemparkan terhadapa pas dan pemimpin2 pas. realitinya, islam difahami pada peringkat pimpinan. golongan umum hanya menjadi tukang sorak, membawa bendera, melanggan HARAKAH dan lain2. habis pilihanraya, tamatlah perjuangan kita.
salam reformasi

Subscribe to:
Posts (Atom)