assalamualaikum,
sudah lama aku nak tulis benda ni. tapi tak tau lah, tak sampai hati la plak. namun atas dasar islam yg mengatakan benar itu benar, salah itu salah, aku gagahkan juga.
sudah lama aku menelaah surat khabar HARAKAH. dari tiada tulisan "untuk ahli pas sahaja", kepada adanya tulisan besar "UNTUK AHLI PAS SAHAJA" didepan muka surat. dari harga murah, kepada harga yg lebih mahal. dari seminggu sekali, ke dua minggu sekali.
untuk mengkritik kahbar "utusan malaysia", aku pasti ramai yg mengkritiknya. pemikiran utusan malaysia sememangnya sangat bahaya. sekiranya rakyat malaysia tidak berfikir, maka bodoh lah apabila mereka menelan mentah2 apa yg disajikan. tetapi, bagaimana pula HARAKAH? adakah HARAKAH merupakan media yg boleh dipercayai? adakah HARAKAH senantiasa betul?
persoalanya di sini ingin aku sampaikan HARAKAH merupakan media alternatif yg baik. sebaik shj baca utusan, bacalah HARAKAH untuk melihat dari aspek yg berbeza. akhbarnya pula sedikit sebanyak menepati cita rasa islam insyallah.
namun apa yg ingin di ketengahkan ialah tabiat HARAKAH yg sering melihat PAS sebagai satu parti yg baik seperti malaikat. tidak berani untuk mengkritik mana2 kesilapan dasar2 pas yg telah dilakukan. tiada bezanya dengan utusan yg melihat segala dasar kerajaan seperti wahyu dari tuhan yg tidak boleh dipertikaikan kebaikanya. yg berbeza adalah satu pihak nationalis dan satu lagi islamist (perbezaan ini adalah sgt besar hakikatnya). aku berharap, HARAKAH lebih berani unuk mengkritik mana2 dasar pas yg kurang baik. bukanya hanya mengipas satu pihak sahaja.
keduanya ialah dasar demokrasi. demokrasi menjadi satu ucapan dibibir manusia dari tua, muda, sihat, sakit, ustaz, mat rempit dan semua golongan bangsa lagi. namun, berdasarkan kefahaman aku, demokrasi barat bukanlah prinsip islam. ini adalah kerana demokrasi barat tidak meletakkan al quran dan sunnah sebagai perlembangaan sebaliknya memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa yg berhak menentukan perlembagaan. namun, sesekali HARAKAH menulis dalam warkahnya yg menonjolkan bahawa demokrasi merupakan satu ideologi yg islamic. begitu kuatnya pengaruh jahiliyyah sehinggakan HARAKAH sendiri boleh dikatakan terkeliru dengan aspek ini.
berjuang dalam politik menyebabkan pas terpaksa membuka pekung org lain. tidak dinafikan ada kalanya perlu untuk mendedahkan kezaliman org lain, namun sekadarnya sahaja. hakikatnya, perjuangan islam perlulah diteruskan 24/7 dan bukannya lima tahun sekali. seharusnya, harakah merupakan medan terbaik untuk menyebarkan fikrah islam, tetapi sebaliknya dipenuhkan dengan bidasan2 terhadap tuduhan yg dilemparkan terhadapa pas dan pemimpin2 pas. realitinya, islam difahami pada peringkat pimpinan. golongan umum hanya menjadi tukang sorak, membawa bendera, melanggan HARAKAH dan lain2. habis pilihanraya, tamatlah perjuangan kita.
salam reformasi
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Min, aku dah lama rindu ko, dan akhirnya Allah pertemukan kita tempoh hari. Alhamdulillah..
Pasal entry ni, banyak yang aku sokong. Namun, kalau ko ada masa nak bincang extension pasal interaksi antara demokrasi dan Islam, calling aku. Takpun jemput la mai Newcastle. Dah tiga tahun asyik aku je yang datang Dublin.
assalamualaikum ya Musuh...
haha lama min aku tak comment kat blog ko. hehe..
setelah lama berkecimpung dalam pembacaan siyasah syariah termasuk karya2 ulama' yang muktabar seperti ibnu taimiyah, dan juga berbagai2 buku fiqh dan serta memahami usul fiqh itu sendiri,
aku tidak hendak defend mau pun offense any of ur statement :)
what u see is all everything that happen at the tip of iceberg. hehe biasalah itulah yang berlaku disekeliling. aku akui perkara inilah yang akan dinampak oleh pandangan umum. Harakah tulis itu memang untuk golongan umum seperti anda dan semua pembaca harakah
anda ingin tulis blog mengenai nya ..teruskan, sesungguhnya tiada halangan dalam orang yang ingin cuba menegakkan kebenaran. personally aku amat menggalakkan perkara sebegini.
buat pengetahuan anda, anda adalah antara berpuluh-puluh ribu orang yang memberi comment dan mempunyai pendapat yang sama, dan hampir beribu2 comment telah diterima oleh harakah seperti mana anda komen. yang peliknya, dah beribu2 orang mengadu perkara yang sama, tetapi tiada satu tindakan pun yang diambil. 'uish!! PAS dipimpin oleh ulama', kenapa la tuan2 guru pondok tak ambil tindakan?...fikir2 kan..
mari kita lihat semula sirah rasulullah SAW, dalam peperangan tabuk, rasulullah SAW kerah 30 ribu orang muslim, jumlah pasukan antara yang paling terbesar pernah rasulullah SAW kerahkan. Persoalan timbul, mereka yang dikerahkan rasulullah SAW ini dah cukup tarbiyah ke? itu persoalan yang aku letakkan kepada anda untuk cari :)
kita sibuk bercerita tentang apa yang berlaku pada perang tabuk dari awal peperangan berlaku sampai lah ke akhir perang termasuk pembahagian harta dan pengampunan kepada 3 org sahabat. itulah yang kita akan sibuk bercerita, mungkin sebahagian lagi wujud golongan yang mentakhrijkan hadith ni daif, sahih, dan sebagainya dalam hal ini, seperti biasa usaha murni ulama' perlu dijunjung. tetapi harus faham lebih detail lagi dalam hal ini.
sayang sekali, tidak ramai yang berbincang tentang bagaimana rasulullah SAW mengerahkan 30 ribu org ini. Dan hanya ulama'2 sahaja yang mengkaji perkara-perkara ini untuk dijadikan rujukan masyarakat dan bidang inilah yang dikaji oleh siyasah syariyah. dan bidang ini ia bukanlah sekadar membaca buku, bukan sekadar 'copy and paste', ia memerlukan praktikal dan dalam menganjurkan kepraktikalan ini ia memerlukan pemahaman terhadap masyarakat.
aku tidak mahu memberi sebarang jawapan, tetapi lebih banyak persoalan kerana islam bukan sahaja sentiasa memberi jawapan, tetapi ia juga sentiasa menimbulkan persoalan. dan Ulama' menjawab hampir semua persoalan ini. bacalah karya2 penulisan mereka ini.
satu perkara yang menjadi usul kepada setiap perbincangan dalam agama, fahami agama dengan akal dan hati, bukan dengan nafsu.
kalau nak bincang tentang takrif akal, hati dan nafsu ini, pun perlu rujuk ulama'2 muktabar dalam bidang tasawuf, bukan kita yang define ini nafsu atau bukan. Sedar tidak sedar, mungkin kita fikir kita faham islam dengan akal dan hati tetapi sebenarnya kita faham dengan nafsu. nauzubillah hi min za lik
Allahualam :)
assalamualaikum
PS: alloo safwan :)
assalamualaikum,
jzkk kepada safwan and asrap yg memberikan sedikit pandangan.
begitu lah, hal2 begini jika tifdak dibincangkan mmg kite tak tahu sejauh mane kita faham and mengkaji fikrah kite.
bagi asrap, aku minta maaf la mase mlm kat rcsi tu, musuh yg aku maksud kan tu ialah competitors. aku langsung tak berniat utk mengatakan kau musuh aku. bahkan kita same2 berjuang untuk menegakkan islam di atas bumi ini. tapi cara sahaja berbeza. itulah bahana mulut aku yg byk bercakap. tapi yang penting ialah kita ikhlas dan matlamat kita ALLAH.
dalam babsejarah ini, sefaham aku ramai ulama yg menafsirkan sesetegh kejadian mengikut kefahaman masing2. lihat saja berapa byk buku sirah di pasaran. tercabut mata kalau nak baca semuanya. i dont want to dispute any of your point. just like what u said earlier.
apa2 pun, mase kite dok sebelah kat kmb, kite argue perkara lain. bile masing2 dah ade fikrah masing2, kite berbincang fikrah masing2 pula.
tapi aku yakin, satu ari nnt, kita akan bertemu dipersimpangan jalan. doakan perjuangan kami di sini.
afwan jikaada tersilap.
assalamualaikum
Post a Comment