Thursday, August 20, 2009

5 sebab untuk tidak bercinta sebelum kahwin

ASSALAMUALAIKUM,

aku seorang lelaki. aku bersyukur nafsuku normal dan aku suka kepada wanita. aku bukan pengkid, bukan gay, bukan bisex. aku adalah ummat muhammad yg ingin mengikuti sunnahnya. ingin aku ceritakan, sudah byk tempat aku berjalan. dari europe sampailah ke new zealand, namun keindahan ciptaan tuhan yg paling aku kagumi ialah wanita. mereka boleh membawa lelaki ke syurga, namun mereka mampu menghumbankan kita kepada neraka.

aku sudah berumur 23 tahun. penipu aku katakan sekiranya aku tidak pernah jatuh cinta. aku pernah jatuh cinta, tapi aku tidak pernah bercinta. aku lihat rakan2 ku, ada yg menangis kerana cinta, ada tersenyum kerana cinta. namun, aku yakin dengan jalan aku, aku memilih untuk tidak bercinta sebelum perkahwinan.

5 sebab untuk tidak bercinta sebelum kahwin

1. masyarakat kita sekarang sdah sebati dengan percintaan sebelum perkahwinan. aku yakin rata2 akan mengatakan apa salahnya untuk bercinta sekiranya pandai menjaga diri. sekiranya ada yg mengatakan percintaan itu haram, ramai yg melenting mengatakan ini adalah fatwa yg extreme. aku tidak menyalahkan mereka. mereka adalah mangsa keadaan.lahir2 sahaja, mereka telah didoktrinkan untuk menjadi seperti barat. bercinta dan yg malangnya ada yg berzina.

2. keikhlasan. manusia dijadikan untuk beribadat kepada ALLAH TAALA. perkara yg dititik beratkan ialah aspek keikhlasan. aku tidak mahu beribadat semata-mata untuk impress my partner. aku mahu menjaga hati dan iman aku. aku mahu mencari keredaan ALLAH, bukan nya si dia. mengapakan aku perlu menjadi baik kerana dia? adakah aku seorang pelakon handal yg ingin potray myself as a pious person?


3. buang perasaan. seperti yg pernah aku katakan, dalam percintaan, aku seolah-olah memberikan sebahagian hati aku kepada si dia. si kiranya dia membelai perasaan ini, aku terasa bahagia. namun sekiranya perasaan ini ditendang, aku akan merana. percintaan sebelum kahwin merupakan perjudian. perasaan diserahkan tanpa ada satu perjanjian antara ALLAH, aku dan kau. aku tidak rela menyerahkan perasaan ini kepada manusia yg tidak bertanggung jawab. aku mahukan satu kontrak yg valid.

4. aku merupakan manusia yg cuba belajar2 memperbaiki ekonomi ummat islam. lalu, aku mulakan dengan diri aku. walaupun aku agak boros, tapi aku akan tetap mencuba. persoalan yg ingin aku timbulkan ialah aku adalah manusia yg tidak mahu invest duit aku atas sesuatu yg aku sendiri tak pasti. aku lihat kawan2 aku, spend thousand on their partners, but end up with nothing but dosa, maksiat dan heart-broken. bagi aku, mencintai seseorang memerlukan harta. perkongsian harta penting sebagai tanda sayang aku terhadap si dia. namun, aku merasakan aku tak mahu spend on benda yg aku tak pasti. dalam erti kata yg lain, berkahwin dulu, then i am willing to spend.

5. buang masa. sekali lagi aku tegaskan, aku tidak pernah bercinta. namun, aku pernah cuba untuk memikat sewaktu zaman jahiliyah ku. membuang masa pastinya. lihat saja rakan2 kita yg sudah dibuai cinta nan ''indah". tidor dengan telefon, meluangkan masa bersama, chating lah, memujuk dan dipujuk, sms, bergurau senda dan pelbagai aktiviti maksiat yg lain. jadi, aku merasakan, sekiranya aku mahu melaburkan masa aku, aku mahu seseorang yg halal dan mempunyai kepastian bahawa dia komited dengan kontrak pernikahan ini.

kesimpulanya, masalah percintaan sebelum perkahwinan ini sememangnya sukar untuk dibincangkan. aku sendiri bukanlah contoh yg baik. terus teras, kelemahan aku adalah wanita. aku mudah jatuh hati, tapi aku tidak mudah jatuh cinta. dua aspek itu adalah berbeza. pokoknya, hidup ini adalah untuk ALLAH. percintaan sebegini merupakan tips of the iceberg daripada kepincangan akidah, kefahaman dan iman seseorang individu muslim.

maafkan saya jika terlanjur

salam tahu bakar

22 comments:

_nissa_ said...

heeuu..smpi gk aku kt blog ko nih...

Anonymous said...

Salam sheikh. wanita yang baik untuk lelaki yang baik. begitu juga sebaliknya. Semoga hang bertemu jodoh terbaik di sisi Ilahi...

Anonymous said...

well.. ape pendapat awak klu satu relationship tu tak di declare kan as couple ? kire mcm both partners dh same2 tau perasaan.. sbb kn if sy bg contoh diri sy.. sy tak ckp pape langsung kat my partner, i either mite lose the partner or i mite not even get the partner pon.. rugi la kn.. thou jodoh maut ajal pertemuan di tangan si Dia, bukankah kite kene berusaha utk mendapatkannya ? =)

abdulmuhaimin_ali said...

salam,
jzkk pd same yg mengomen. kpd anonymous, saya ni tade lah pakar. mungkin tanye org yg lebih alim lg bagus. tapi bagi saya, walaupon tak declare, hubungan yg terjalin melanggar syarak. tu pon dah kita langgar syarak la kan.

rasa nye mentaliti kita dah di set. nak bercinta ikut cara barat. cara islam sendiri pon kite tak sure mcm mana. then kite claim this is islam. hakikatnya ini ada jahiliyah. ramai yg gune alasan ikhtiar. namun apa guna ikhtiar tetapi menambah dosa.

byk lagi cara yg ada yg halal di sini islam. islam mengharamkan zina dan menghalalkan perkahwinan. masyarakat kita shj yg menyusahkan konsep nikah.

wallahu a'lam

ar-rumaisa said...

salaam,
agreed.very well written akhi.

Unknown said...

very true...

Anonymous said...

emm sy mcm agree jgkla ape yg awk ckp tu. but then, mcm mane sy nk bgtau org yg sy suke tu yg sy suke die?

-ainn (sy la anonymous tu)

abdulmuhaimin_ali said...

paling mudah suruh lah org2 yg tua pergi tanye ke ape ke. sampai kan hajat.

tapi ade lagi la jln2 yg boleh dibuat. saya pun tak pasti. penah terbaca buku, boleh bagi tahu org yg kite suke tu niat kite, as long as ikut syarak la. tak dating and etc hehehhehhe

Anonymous said...

ouhh.. aihh ssh sebenarnya (honestly ckp) utk ikut syarak yg betul2. inilah masalah sy sejak dari sekolah lg. sy taktau la mcm mane nk buat. niat ade, nk buat takboleh plak. mesti nak couple, mesti nak dating. and jujurnya, mesti ade gak buat maksiat (mcm pegang tangan and hug). sy dh cuba utk elakkan. and salah satu cara yg sy buat ialah dengan mengambil keputusan utk taknak declare ape2 dgn org yg sy suke skrg. still akhirnya, end up doing things yg ke arah tak elok. aihh.. segan plak nk bukak pekung sendiri. tp itulah hakikat sebenar2nya yg sy sendiri ssh nk ubah. seolah2 tahu benda tu salah, tp masih jugak nk buat. mcmtu lah keadaan sy skrg.

shamshir said...

salam akhi..aku plg suka ko nyer statement.."aku mudah jatuh hati, tapi aku tidak mudah jatuh cinta"..hehe

safura said...

sy sgt bersetju dgn pndapat saudara muhaimin..if dah couple,msti akn ade perkara2 yg x elok berlaku even diorg pkir bnda tu juz common thing mcm pgg tgn n so on..
so..proud to be single!

Anonymous said...

erm bro.. let say if we even know our partner (i mean wife/ husband) b4 getting married..so..cne kte nk idop ngn die.. kte pn bkn twu ati budi dieee rite??? so its quit important 4 us nk knl our partner b4 officially declare as husband n wife..life is not easy man after getting married.. i hve the experience..

about so called 'perjudian'.. i think u decide it dat way.. if we have our own stand..kte xkn rase having a relationship as gambling..

lastly.. dlm ayat mn yg ada state kapel haram?? sy dh bertanya rmai org yg berilmu tntang bnd ni.. n masih tiada yg btl2 clearkn statement 2...

abdulmuhaimin_ali said...

SALAM BRO ANONYMOUS,

saya setuju dengan bro anonymous yg mengatakan kne kenal dulu pasangan kita. tapi pada pendapat saya nak kenal tu tak salah, dituntut dalam islam, tapi cara nak mengenal tu menjadi persoalan.

adakah kita mahu membuat dosa dahulu seblm kita membuat pahala. islam ada mnyediakan konsep taaruf. perlukah kita keluar tiap mgg untuk kenal? perlukah kita pegang tgn untuk kenal? perlukah kita bergayut berpuluh jam smgg untuk kenal? bagi saya tu nak kenal nafsu kita sebenarnya.

maaflah bro, saya pon tak baik sgt. tapi saya nak tahu org berilmu mana yg cakap couple tak haram?

basically, first thing perkenalan perlu ada. at least tgk muka. tapi batas2 perlu jaga. bagi saya tahu agama dia, then kite boleh appreciate insyallah. byk2 solat pada ALLAH supaya diberikan petunjuk. kenal family die, parents die, bagi saya itu byk memberi sumbangan untuk kenal siapa dia.

rasanya, bro pun tahu, mostly org akan kata sblm kahwin lain lepas kahwin lain walaupun dah kenal tiga tahun. three years of experience will not show the true colours of him/her.

conclusion nye, kita berserah pada ALLAH. dia tahu apa yg kita x tahu. die tahu apa yg terbaik utk kita. kita ini muslim, kita serahkan segalanya pada dia. muslim=submission.

Al-Hujrat(49) ayat 13:

‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.’

Surah An-Nur(24) ayat 30

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah Al-Israa(17) ayat 32:
’Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’

Surah An-Nuur(24) ayat 26
”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Surah Al-Araf ayat 201.

”Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

i'm sorry bro if i offend you. may ALLAH guide us to HIS path.

abdulmuhaimin_ali said...

sori lupe plak nak reply kat anonymous yg penah bercouple tu,

pada hemat saya masalah couple ni bukannya patut ditangani secara direct. tapi kne pergi ke root of the problem iaitu kekuatan iman dan kurangnya kefahaman dan ilmu terhadap islam. saya pon tak byk ilmu, tapi insyallah sama2 kita cari ilmu. saya pon byk dosa, sama2 kita bertaubat.

basically, kita perlu bina akidah yg kuat dan iman yg mantap agar kita menjadi manusia yg bila dgr perintah ALLAH, tanpa byk soal mereka meninggal kan larangan dan mengerjakan suruhan. mcm zaman nabi dulu.

allahu a'lam

Islamisgreat said...

Kepada anonymous, saya skrg berada dlm alam yg ingin ke arah perkahwinan. in sya Allah dgn izin Allah, tgh tahun depan akan mendirikan rumah tangga. Saya ingn kongsi sedikit apa yang saya buat. Ini adalah juga panduan yang diberikan oleh 'pendidik jiwa' saya. 1) saya memberitahu hasrat ini kepada 'pendidik jiwa' saya. beliau akan berbincang dgn isteri beliau yang mana isteri beliau boleh menyakan hasrat kita ini.
2) Setiap perbincangan tidak hanya kita berdua, disertai dgn org bukan mahram sbg pemerhati utk menjaga hati which hanya kpd Allah.

and byk lagi cara2nya...

Nak bagi analoginya disini...anda tahu ayat alquran yg mengatakan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat.
Jika anonymous nakkan orang yang baik sebagai psangan, apakata diri anda dahulu yang mesti baik (i.e. jaga hati, jaga pergaulan antara bukan mahram, hati hny kpd Allah dsb) dan biarkanlah Allah menentukan kepada kita dengan janji yang Allah berikan kpd kita dlm ayat Alquran tadi pasangan yang baik sama mcm baiknya kita.

Saya punya 'pendidik jiwa' dia menceritakan yang dia tidak kenal siapa pun isterinya sebelum berkahwin, hanya tahu nama dan rupa paras. yang lain NO. Tapi skrg apa yang saya lihat, kebahagiaan yang tinggi dlm keluarganya. dan juga dia memberitahu saya, mmg bercinta selepas kahwin (i.e. kenal sifat, dsb) adalah lebih manis dan lebih mematangkan kita dlm menguruskan rumah tangga. dan yang plg penting dlm membina rumah tangga ialah barakah dan keredhaan Allah.

hanismelbourne said...

salam wbt, min... pecite?? hasil pnulisan yg bagus sgt2...

pade cik ainn, insyaAllah mnjage hati tu penting... sbb zina hati pn adelah zina... rase rindu dll... insyaAllah...

Surah Al-Israa(17) ayat 32:
’Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’

Surah An-Nuur(24) ayat 26
”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

jagelah hati kite... sme juge dgn saye, xsempurne mne pn... insyaAllah sme2 brubah...

p/s: min, sori maen copy je comment tuh... =)

khalid said...

Assalamualikum...

"Ya Allah, jika benar dia jodoh ku, maka simpankanlah dia untuk ku dalam keadaan soleh/solehah dan beriman. Namun, jika dia bukanlah pasangan terbaik untuk ku, maka hilangkanlah perasaan ku ini untuk nya. Hilangkanlah dia dari dalam hidup ku dan hilangkanlah aku dari dalam hidupnya. Sesungguhnya Engaka Maha Mengetahui yang terbaik untuk ku. Dan hanya Engkau yang mampu membantu hambaMu yang lemah ini"

p/s: saya rasa, walau kita x kenal bakal pasangan kita tu, andai kita benar2 ikhlas kerana Allah dan hubungan kita dijaga, insyaAllah kebahagiaan dan keberkatan pasti akan datang kepada keluarga yang dibina kelak.

mohdrusmanarief said...

just wanted to share a link. a worth read inshaAllah.

http://jabalnurr.wordpress.com/2009/08/27/why-not-kahwin-dulu-baru-dating/

Unknown said...

Salam
saya terasa nak jawab pasal couple haram or tak tu

rasanya perkataan couple tu sendiri org kita x faham, jadi timbul persoalan halal ke x couple ni

couple basically kan bermaksud berpasangan; dua.
jadi lelaki dan perempuan.couple.lelaki dan perempuan dijadikan hidup ber'couple'.hidup berpasangan.kan?

masalahnya masyarakat kita skarang ni dah ubah maksud couple tu.sbb orang zaman sekarang menggunakan istilah tu untuk bercinta. contohnya "jom kita couple?" or "diorang tu couple ke?".
sedangkan maksud diorang nak cakap "jom kita declare as lovers?" atau pekataan2 lain yg membawak maksud percintaan lah kan. orang2 yang bercinta ni plak mostly keluar berdua2 an, pegang sana sini dan macam2 lagi.

jadi masyarakat kita semua dah salah anggp bahawa couple itu adalah pasangan kekasih di mana rutin harian mereka adalah ber'dating', bercakap dlm tepon berjam2 dan lain2.

jadi bila org timbulkan persoalan
"couple tu haram atau x?"
orang x dpt jawab sebab maksud couple sendiri pun dah disalah tafsirkan.
kalau nak ikut yang betul,couple tu tak boleh ditafsirkan haram ke tak, sebab dia bukan kata perbuatan.cuba tukar dalam bahasa.
"berpasangan tu haram atau x?"
mestilah tak, manusia memang dijadikan hidup berpasangan.

abdulmuhaimin_ali said...

JZKK ATAS PENDAPAT ANTUM..

idir said...

"kalau kamu mencintai manusia..katakanlah kamu mencintainya kerana Allah" - tanda kemanisan iman..
terbaek la bro post ni!!! haha..insaf=)..bile nak khwin bro??hehehe

Anonymous said...

salam wbt.. aku percaya cinta selepas nikah adalah lebih bahagia dari cinta sebelumnya.. cinta sebelum nikah ini banyak dugaannya.. bila difikir, terlalu banyak dosa yang dibuat bila bercinta.. for eg, pegang tangan, g date berduaan, tgk wayang la, leka dgn hp, tidoe pun dgn hp, b4 tidoe wish good nite dlu, muwah2 dlu.. dan yang paling teruk, ada yg sampai berzina.. bila tgk masyarakat skrg, rasa teruk sgt.. couple berpeleseran sana sini. naik moto peluk2.. kat taman2 berduaan, dlm shopping complex jalan berpimpin tgn.. yg berpeluk2 pun ada.. MasyaAllah.. benar, dunia sudah akhir zaman.. Ya Allah, lebih baik tak bercinta sebelum kawin.. setuju sangat2.. tapi bukan mudah untuk mencari org yg berfikiran sama.. serahkan saja pada Allah.. kalau dah jodoh takkan kemana.. pada gadis2 yang bercouple, jagalah diri.. kebanyakan lelaki sekarang ada niat yang tak baik.. (kebanyakan ye, bkan semua.. para lelaki jgn marah k.) jauhkanlah diri dari mereka.. insyaAllah, ada yang lebih baik menunggu kita.. berdoalah suami kita nanti adalah seorang yang boleh membimbing kita dan anak2, yang seimbang ilmu dunia dan akhiratnya, yang boleh mengajar kita dan anak2 membaca al-quran dan boleh mengimamkan solat kita.. (sesungguhnya impian seorang wanita adalah untuk diimamkan suaminya sendiri..) carilah juga yang penyabar, bertanggungjawab, rajin membantu dan berfikiran jauh dan matang. carilah lelaki yang mencintai kita kerana Allah dan bukannya kerana nafsu semata mata.. insyaAllah.. pasti anda bahagia dunia dan akhirat..