Thursday, July 31, 2008

apa terjadi dengan aku sekrg?

assalamualaikum,

aku mengalami kesukaran untuk berperasaan. mengapa? itulah yg cuba aku cari. pelbagai perasaan yg aku rasakan tapi aku tak tahu yg mana satu lebih kuat. aku cuba mencari, tapi aku pun tak tahu skrg ni apa yg tak kene dgn aku. mungkin ini adalah normal bagi seorang manusia tapi aku merasa kurang selesa.

aku rasa skrg ini aku cuba membuang segenggam perasaan yg aku sendiri pun tak tahu apakah perasaan itu sebenarnya. nak buang ke tak nak? boleh ke aku buang perasaan ini? berapa masa yg akan aku ambil untuk itu? adakah zalim untuk aku buang perasaan itu?

aku sekarang hanya mahu tumpukan pemikiran aku kepada agama dan study aku. aku juga mahu sekurang-kurangnya berjaya seperti org lain. aku cuba berusaha keras tetapi aku pun tak tahu adakah aku cukup kuar berusaha ataupun aku sahaja yg merasakan diri aku ini sudah kuat berusaha. namun, aku tahu fokus itu penting. i need to focus.

i'm trying to write about something else but i just cant. i dont have the passion to write the think that i like. why, again one of the stupid answer, i dont know why.

come on buddy, dont let yourself down. ALLAH gives you the strength to choose and you are going to choose it right. you have to believe in yourself, do your best and leave the result to ALLAH because HE knows the best. as for now, dont forget life is too short to feel sad, do good deeds and never give up.

salam jemput-jemput malas

Tuesday, July 29, 2008

IBADAH SUNAT

ASSALAMUALAIKUM,

dalam hidup ini, byk perkara yg aku idamkan tidak dapat aku nikmati. namun, hakikatnya, aku tidak layak berkata begitu kerana nikmat yg diturunkan oleh ALLAH sememangnya tiada terkira aku tidak layak membuka mulut melahirkan rasa kecewa aku. namun, itulah manusia seperti aku, langsung tidak bersyukur. aku cuba belajar untuk merasa puas. itu sahaja yg mampu menggembirakan hati aku. aku tidak mampu bermimpi yg besar kerana tarikh matiku mungkin sebentar lagi. tapi itu tidak bermaksud aku tidak boleh berangan-angan, tapi berpada-padalah, jgnlah berangan-angan mcm tak mahu mati.

aku dibesarkan dengan mentaliti bahawa ibadat sunat adalah ibadat yg kalau dibuat dapat pahala, ditinggalkan tidak mengapa. tapi hakikat ini perlulah diubah. generasi baru perlulah diterapkan dengan slogan ibadat sunat dibuat dapat pahala, ditinggal rugi yg amat. itulah yg menyebabkan kita menternak lemak dan tidak mahu mengerjakan amal2 sebegini. masyarakat kita lagikan pula mementingkan kuantiti melebihi kualiti. zikir daripada perlahan dinaikkan gear sehingga gear 5 dan akhirnya tiada sapa tahu apa yg diperkatakannya. begitulah yg terjadi kepada aku ketika aku sekolah rendah, terdapat surau berhampiran dengan tuisyen aku yg aku sendiri tertanya-tanya apakah yg diZikirkan oleh pak imam.

namun, sebarang perubahan perlulah berlandaskan kepada ketakwaan kepada ALLAH. dari sebesar-besar perubahan seperti kepimpinan dalam negara sehinggala sekecil-kecilnya. apabila terkenangkan perihal negaraku, aku merasa takut juga kadang2. mungkin takut akan apa yg akan berlaku menjadi bertambah buruk. aku mengharapakan apa2 perubahan berlaku berdasarkan ketakwaan kepada ALLAH.

SALAM KEEMA AYAM

Wednesday, July 9, 2008

aku sangat berdosa

assalamualaikum,

hari ini aku berdosa lagi. SEBENTAR!!!!!! hari2 lain juga aku sangat berdosa. aku sedang bergelinang air mata ketika menuliskan karya ini. mengenangkan dosa2 aku yg tidak terhitung. aku pelik, aku tahu itu salah, tetapi mengapa aku terus berdosa dan berdosa. mengapakah aku terlalu daif untuk mengawal diri aku. setiap hari berpuluh-puluh kali aku melafazkan bahawa ALLAH adalah tuhan aku. tapi hakikatnya, nafsu adalah tuhan aku. aku sedih dan kecewa dengan diri aku. aku benci diri aku. aku benci. aku berazam kemudian aku ulanginya kembali. aku mengalami desensitization. lame kelamaan, aku bertolak ansur dengan diri aku. YA ALLAH, AKU MAHU KEMBALI KEPADA FITRAH, AKU MAHU KEMBALI KEPADA KAU. YA ALLAH, AKU SEDAR AKU DAIF DAN LEMAH, BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENJADI HAMBAMU YG SOLEH.

hari demi hari, aku membuat dosa. kadang2 mahu sahaja aku berkurung dalam bilik tidak mahu menunjukkan muka yg berdosa ini kepada manusia. aku rasa munafiq. aku rasa hipokrit. mengapa dalam hidup ini, aku sering menonjolkan kepada khalayak ramai yg aku manusia baik. aku senyum dan memberi salam. tapi hakikatnya, aku ahli maksiat, aku ahli neraka. ingin aku katakan kepada setiap makhluk yg aku jumpai tentang dosa2 aku lakukan. tentang siapa diriku sebenarnya. tapi, aku...aku malu. aku mahu menjadi hamba ALLAH. aku sedar, aku tidak layak menerima senyuman dan salam dari makhluk lain. aku yakin, sekiranya mereka sedar dosa yg aku lakukan, mereka aku meludah dan mencaci aku.

YA ALLAH, aku byk berdosa kepadaMU. tunjukkanlah aku ke jalanMU ya ALAH. aku ingin menangis kerana kau, tetapi tiada setitis pun yg mengalir kerana kekerasan hati ini. ampunkanlah dosaku YA ALLAH.

WAHAI SEKALIAN MAKHLUK ALLAH, KETAHUILAH BAHAWA DIRI INI ADALAH AHLI MAKSIAT. AKU INI HINA DAN TIDAK LAYAK SEBARANG PENGHARGAAN ATAUPUN UCAPAN TERIMA KASIH DARI KALIAN. KEJILAH AKU KUTUKLAH AKU KERANA ITULAH YG SELAYAKNYA BAGI AKU. AMPUNKAN AKU YA ALLAH.

salam briyani fahim

water rafting in interlaken, swiss

Saturday, July 5, 2008

ADAKAH AKU SUDAH BERPUTUS ASA?

amaran: karya ini tidak melibatkan mana2 pihak yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia. ini adalah penulisan hasil daripada fantasi yg lahir dari hati penulis semata-mata. sekiranya ada terasa harap maaf.

ASSALAMUALAIKUM,

hari ini nampaknya semua serba tak kena. buat itu tak kena, buat ini tak kena. terasa kosong dan tiada matlamat dalam kehidupan. tiada rasa sesuatu yg membuatkan aku benar2 mampu tersenyum sepnuhnya. terasa bosan dengan hidup. terasa mahu membiarkan segala apa yg berlaku terus berlaku dan tidak mahu mengubahnya. terasa tiada lagi cinta dalam hidup ini. terasa tiada lagi nikmat dalam hidup ini. terasa hanya kegagalan menanti. terasa hanya ingin nafsu diikuti.

aku berasa sedih sekarang. aku bertuhankan nafsu. aku hilang semangat untuk bertarung dalam kehidupan. aku tidak lagi merasakan aku ingin berjaya dalam hidup. kegagalan demi kegagalan aku harungi. di manakan kejayaan? kulihat pada wajahku hanyalah cahaya kegagalan. apa ini? sudah penat aku bertarung tapi apa hasilnya? mengapa begini jadinya? semuanya tidak menjadi. belajar, cinta, nafsu, makan, rindu, malas, semuanya berjalan tanpa kehendak aku.

aku merasa kecewa. aku merasa sedih. aku merasa pilu. aku merasa diri ini tidak dihargai. aku merasa diri ini tiada nilai. aku merasakan cinta yg ingin aku hulurkan tiada nilai. aku ahu aku hina, tapi hina benarkah aku sehingga aku merayu untuk secebis kasih. aku telah penat berusaha. hasilnya hanyalah seperti ludah.

YA ALLAH, aku hambamu yg lemah. aku jahil. aku hina. aku berdosa. aku tidak layak untuk syurgamu, tapi aku takut seksa nerakamu YA ALLAH. aku bukanlah hambamu yg bersyukur. aku merungut dan tidak reda dengan pemberiaan MU. YA ALLAH, segalanya milik engkau YA ALLAH. KAU bantulah aku YA ALLAH. jadikanlah aku hambamu yg tahan dengan ujianMU. dunia ini sementara sahaja, aku ingin menatap wajahmu di syurga. YA ALLAH, sekiranya kau tak bantu aku, siapa lagi mahu bantu YA ALLAH. berilah aku kekuatan untuk reda dengan ketentuanMU YA ALLAH.

aku tidak perlu mempersoalkan mengapa itu ini terjadi. aku perlu reda dan teruskan usaha dan tajamkan strategi yg diatur. tumpukan cinta aku kepada ALLAH. tidak perlu menagih cinta manusia yg murah dan sombong. cukuplah AL QURAN sebagai penghiburku. cukuplah mati sebagai peringatan aku. aku perlu berusaha dan terus berusaha. jgn biarkan diri aku berhenti dari berlari. sekiranya jatuh kembali berdiri atas kakiku. perjuangan harus diteruskan sehingga akhir hayat. bayangkan nikmat syurga yg menanti. nikmat yg tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah menghidu, tiada telinga pernah mendengar, tiada lidah pernah merasa. janji ALLAH adalah benar.

salam tangisan perjuangan