ASSALAMUALAIKUM,
dalam hidup ini, byk perkara yg aku idamkan tidak dapat aku nikmati. namun, hakikatnya, aku tidak layak berkata begitu kerana nikmat yg diturunkan oleh ALLAH sememangnya tiada terkira aku tidak layak membuka mulut melahirkan rasa kecewa aku. namun, itulah manusia seperti aku, langsung tidak bersyukur. aku cuba belajar untuk merasa puas. itu sahaja yg mampu menggembirakan hati aku. aku tidak mampu bermimpi yg besar kerana tarikh matiku mungkin sebentar lagi. tapi itu tidak bermaksud aku tidak boleh berangan-angan, tapi berpada-padalah, jgnlah berangan-angan mcm tak mahu mati.
aku dibesarkan dengan mentaliti bahawa ibadat sunat adalah ibadat yg kalau dibuat dapat pahala, ditinggalkan tidak mengapa. tapi hakikat ini perlulah diubah. generasi baru perlulah diterapkan dengan slogan ibadat sunat dibuat dapat pahala, ditinggal rugi yg amat. itulah yg menyebabkan kita menternak lemak dan tidak mahu mengerjakan amal2 sebegini. masyarakat kita lagikan pula mementingkan kuantiti melebihi kualiti. zikir daripada perlahan dinaikkan gear sehingga gear 5 dan akhirnya tiada sapa tahu apa yg diperkatakannya. begitulah yg terjadi kepada aku ketika aku sekolah rendah, terdapat surau berhampiran dengan tuisyen aku yg aku sendiri tertanya-tanya apakah yg diZikirkan oleh pak imam.
namun, sebarang perubahan perlulah berlandaskan kepada ketakwaan kepada ALLAH. dari sebesar-besar perubahan seperti kepimpinan dalam negara sehinggala sekecil-kecilnya. apabila terkenangkan perihal negaraku, aku merasa takut juga kadang2. mungkin takut akan apa yg akan berlaku menjadi bertambah buruk. aku mengharapakan apa2 perubahan berlaku berdasarkan ketakwaan kepada ALLAH.
SALAM KEEMA AYAM
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment