Wednesday, July 9, 2008

aku sangat berdosa

assalamualaikum,

hari ini aku berdosa lagi. SEBENTAR!!!!!! hari2 lain juga aku sangat berdosa. aku sedang bergelinang air mata ketika menuliskan karya ini. mengenangkan dosa2 aku yg tidak terhitung. aku pelik, aku tahu itu salah, tetapi mengapa aku terus berdosa dan berdosa. mengapakah aku terlalu daif untuk mengawal diri aku. setiap hari berpuluh-puluh kali aku melafazkan bahawa ALLAH adalah tuhan aku. tapi hakikatnya, nafsu adalah tuhan aku. aku sedih dan kecewa dengan diri aku. aku benci diri aku. aku benci. aku berazam kemudian aku ulanginya kembali. aku mengalami desensitization. lame kelamaan, aku bertolak ansur dengan diri aku. YA ALLAH, AKU MAHU KEMBALI KEPADA FITRAH, AKU MAHU KEMBALI KEPADA KAU. YA ALLAH, AKU SEDAR AKU DAIF DAN LEMAH, BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENJADI HAMBAMU YG SOLEH.

hari demi hari, aku membuat dosa. kadang2 mahu sahaja aku berkurung dalam bilik tidak mahu menunjukkan muka yg berdosa ini kepada manusia. aku rasa munafiq. aku rasa hipokrit. mengapa dalam hidup ini, aku sering menonjolkan kepada khalayak ramai yg aku manusia baik. aku senyum dan memberi salam. tapi hakikatnya, aku ahli maksiat, aku ahli neraka. ingin aku katakan kepada setiap makhluk yg aku jumpai tentang dosa2 aku lakukan. tentang siapa diriku sebenarnya. tapi, aku...aku malu. aku mahu menjadi hamba ALLAH. aku sedar, aku tidak layak menerima senyuman dan salam dari makhluk lain. aku yakin, sekiranya mereka sedar dosa yg aku lakukan, mereka aku meludah dan mencaci aku.

YA ALLAH, aku byk berdosa kepadaMU. tunjukkanlah aku ke jalanMU ya ALAH. aku ingin menangis kerana kau, tetapi tiada setitis pun yg mengalir kerana kekerasan hati ini. ampunkanlah dosaku YA ALLAH.

WAHAI SEKALIAN MAKHLUK ALLAH, KETAHUILAH BAHAWA DIRI INI ADALAH AHLI MAKSIAT. AKU INI HINA DAN TIDAK LAYAK SEBARANG PENGHARGAAN ATAUPUN UCAPAN TERIMA KASIH DARI KALIAN. KEJILAH AKU KUTUKLAH AKU KERANA ITULAH YG SELAYAKNYA BAGI AKU. AMPUNKAN AKU YA ALLAH.

salam briyani fahim

water rafting in interlaken, swiss

No comments: