Saturday, July 5, 2008

ADAKAH AKU SUDAH BERPUTUS ASA?

amaran: karya ini tidak melibatkan mana2 pihak yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia. ini adalah penulisan hasil daripada fantasi yg lahir dari hati penulis semata-mata. sekiranya ada terasa harap maaf.

ASSALAMUALAIKUM,

hari ini nampaknya semua serba tak kena. buat itu tak kena, buat ini tak kena. terasa kosong dan tiada matlamat dalam kehidupan. tiada rasa sesuatu yg membuatkan aku benar2 mampu tersenyum sepnuhnya. terasa bosan dengan hidup. terasa mahu membiarkan segala apa yg berlaku terus berlaku dan tidak mahu mengubahnya. terasa tiada lagi cinta dalam hidup ini. terasa tiada lagi nikmat dalam hidup ini. terasa hanya kegagalan menanti. terasa hanya ingin nafsu diikuti.

aku berasa sedih sekarang. aku bertuhankan nafsu. aku hilang semangat untuk bertarung dalam kehidupan. aku tidak lagi merasakan aku ingin berjaya dalam hidup. kegagalan demi kegagalan aku harungi. di manakan kejayaan? kulihat pada wajahku hanyalah cahaya kegagalan. apa ini? sudah penat aku bertarung tapi apa hasilnya? mengapa begini jadinya? semuanya tidak menjadi. belajar, cinta, nafsu, makan, rindu, malas, semuanya berjalan tanpa kehendak aku.

aku merasa kecewa. aku merasa sedih. aku merasa pilu. aku merasa diri ini tidak dihargai. aku merasa diri ini tiada nilai. aku merasakan cinta yg ingin aku hulurkan tiada nilai. aku ahu aku hina, tapi hina benarkah aku sehingga aku merayu untuk secebis kasih. aku telah penat berusaha. hasilnya hanyalah seperti ludah.

YA ALLAH, aku hambamu yg lemah. aku jahil. aku hina. aku berdosa. aku tidak layak untuk syurgamu, tapi aku takut seksa nerakamu YA ALLAH. aku bukanlah hambamu yg bersyukur. aku merungut dan tidak reda dengan pemberiaan MU. YA ALLAH, segalanya milik engkau YA ALLAH. KAU bantulah aku YA ALLAH. jadikanlah aku hambamu yg tahan dengan ujianMU. dunia ini sementara sahaja, aku ingin menatap wajahmu di syurga. YA ALLAH, sekiranya kau tak bantu aku, siapa lagi mahu bantu YA ALLAH. berilah aku kekuatan untuk reda dengan ketentuanMU YA ALLAH.

aku tidak perlu mempersoalkan mengapa itu ini terjadi. aku perlu reda dan teruskan usaha dan tajamkan strategi yg diatur. tumpukan cinta aku kepada ALLAH. tidak perlu menagih cinta manusia yg murah dan sombong. cukuplah AL QURAN sebagai penghiburku. cukuplah mati sebagai peringatan aku. aku perlu berusaha dan terus berusaha. jgn biarkan diri aku berhenti dari berlari. sekiranya jatuh kembali berdiri atas kakiku. perjuangan harus diteruskan sehingga akhir hayat. bayangkan nikmat syurga yg menanti. nikmat yg tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah menghidu, tiada telinga pernah mendengar, tiada lidah pernah merasa. janji ALLAH adalah benar.

salam tangisan perjuangan

8 comments:

AFRO117 said...

Sabar min.

ada satu quote aku nak share dengan kau:-

"some people gave up at the very last moment of the fight without them realizing that victory is just a hand away"

Insyallah masing2 ada rezeki dia.
Kita tak nampak je sekarang.

Dah jangan sedih2 bro.
Meh datang umah kita layan pro E.

wassalam.

(bukan kau sorang je rasa camtu sebenarnya)..

Mr Hafyz said...

all d best bro..

Anonymous said...

Salam...

you really need to take good care of the words you say. like the sentences..'manusia murah dan sombong'.siapakah u nak cakap manusia to murah??!!!...siapakah u nak ketegorize and characterise ppl like that?.u paham ape maksud murah???CHEAP is the worst word to describe humans.n i think in Islam, word mcm tuh tak baik diguna...murah..is a word..u paham sendirilah

again..from the blog before that i read, u dun change.so basically..kata2 you kepada i dlm ur last post 'muliakah kite?' flown away .I believe one thing, dun say things that you cant do.the words u use at that sentences..is really disrespectfull.Sorry to say..truth hurts..bare with it.something you should ponder on it in ur free time.

abdulmuhaimin_ali said...

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT2 YG SUDI BERI KOMEN. HANYA ALLAH SHJ YG MAMPU MEMBALAS KEPERIHATINAN KALIAN.

APA2 PUN, SY MEMOHON MAAF KEPADA ANONYMOUS KERANA MUNGKIN KARYA PICISAN INI MENYINGUNG HATI ANDA. SEMEMANGNYA BUKAN NIAT SAYA. SEPERTI YG DITEKANKAN, KARYA INI HANYALAH KARYA YG PENUH DGN KESILAPAN DAN PERLU DISERTAI DENGAN KEMAAFAN.

TAMBAHAN INI PULA, KARYA INI TIDAK DITUJUKAN KEPADA SESIAPA PUN, DAN HANYALAH SEKADAR KARYA DAN LUAHAN KREATIVITI PENULIS SEMATA-MATA.

MAAFKAN SAYA. TUNJUK AJAR ANDA SAYA DAMBAKAN

Anonymous said...

i know you dont adress to anyone. Us aid it clearly on top of the writing. But you r missing my point, I dun care if you say is not adrssing anyone, but the word u use. is pretty controversial....yeah, bukan u tujukn pada sesape. The point is u gune the word 'murah' tuh kepada manusia.wic tak baiklah...

abdulmuhaimin_ali said...

ASSALAMUALAIKUM,
SAYA MERASAKAN SAUDARI ANONYMOUS MERUPAKAN SEORANG GADIS YG AMAT HAMPIR DENGAN SAYA. KITA PERNAH BERSUA, BERTUTUR, DAN BERMACAM BER LAGI. DIBENAK HATI INI, SAYA TERASA ADA PERKARA YG TIDAK SELESAI ANTARA KITA. APA? SY PUN TIDAK TAHU. SUDILAH MENGHUBUNGI SAYA JIKA MAHU DI YAHOO MESSENGER: abdulmuhaimin_ali

Anonymous said...

Salam...

I think anonymous is acting on his/her feelings and not thinking the whole thing fully...

what min wrote..."tidak perlu menagih cinta manusia yg murah dan sombong"

I sincerely think that min is implying on the human love that is cheap and arrogant and not on human itself...

Anonymous said...

min, istiqamah dlm amalan.. aku yakin ko org yg baik.. tak perlu la aku hurai surah an-nur ayat 26 kot.. teruskan berbuat baik, insyaAllah yg baik Allah akan berikan.. jgn layan sgt perasaan.. hiduplah dgn hepi, ibu2 kat palestin tu lagi sengasa baby dorg tak dapat bekalan asas, letrik tader, ubat catu dsb.. (teringat kat budak2 palestin time aku tgk baby akak aku ni, cukup keperluan asas sume pun nangis2 lagi, apalah nasib sahabat2 kita kat sana).. hidup ni simple je min, hidup happy, senyum byk, amal jaga, play the game, dun be played by the game yg dipercaturkan Ilahi (jgn hanyut la maksudnye, Allah nak uji kita) stay alert, stay alive.. ewah hehe.. kurangkan karya yg melayan jiwang ko tu.. lagi dilayan, lagi melayu-layu hati kita nnt. org zaman dlu menangis sbb tak dpt selected pegi perang.. jgn la kita menangis sbb mende2 kecik.. tp menangis sbb buat salah tu bagus.. bykkan lg bagus.. itu jiwang yg bagus :) konklusi: berjiwanglah dgn Allah.. tgk kebesarannya.. teliti stiap ketentuannya.. syukur sekecil2 nikmat kurniaannya :) ulcer mulut pun kdg2 kita dah bising sakit, sedangkan kita terlupa bersyukur time mulut kita sihat.. sorry ah min, skill menggoreng aku karats time2 cuti begini.. poin tak teratur keep smiling yeah? jgn keep bleeding in love cam lagu kat radio tu :)