Wednesday, August 20, 2008

cukupkah dengan cinta?



aku mahu menjadi seorang pendekar..auw...auw...auw

assalamualaikum,

sudah lama aku tidak bersoal mengenai cinta. sedikit sebanyak, aku memandang cinta melalui pandangan yg berbeza. dalam kehidupan ini, adakah dengan cinta sahaja menyebabkan kita perlu bersatu? adakah kita boleh bersatu tanpa cinta? sememangnya bagi aku satu soalan yg kronik.

daripada pengalaman aku, sekiranya kita mahu bersatu atas alasan cinta sahaja, itu mungkin satu yg kurang memuaskan. kebanyakkannya cinta akan luput dan berkarat. tanya sahaja org yg melaluinya. mungkin mereka bersetuju dengan pendapat aku. namun tidak adil aku katakan semua cinta berkarat. aduh! aku sudah pening kepala mcm mana nak luahkan pendapat aku ini.

beginilah, apa yg ingin kita lahirkan ialah cinta seperti mutiara yg ada di dalam tiram. makin hari, mutiara akan disaluti selaput baru, menjadi semakin cantik, besar dan bernilai lagi kelihatan membara. tetapi bukan sebaliknya. kita tidak mahu cinta seperti besi yg akan berkarat dan akhirnya tidak dihargai dan dibuang.

tambahan itu, hidup ini punyai matlamat. kadang2 matlamat ini terlalu mahal untuk digadaikan dengan cinta. ego ini terlalu tinggi. mungkin cinta sebegini tidak mampu membeli matlamat hidup yg menggunung tinggi. realitinya, carilah cinta yg selari dengan matlamat hidup anda. ataupun cinta yg ada kini boleh dibentuk oleh acuan matlamat hidup anda. adakalanya, perlu kita meletakkan ego yg tinggi dalam memastikan apa yg lebih penting tercapai.

persoalanya sekarang, dari mana datangnya cinta? bagaimana cinta itu boleh hadir? adakah wujud cinta pengorbanan? bagi aku soalan2 ini secara tidak langsung memberi jawapan kepada persoalan yg sebelumnya. apa2 pun, peace untuk cinta, awas untuk cinta, cinta untuk cinta.

salam cinta...cinta akan diketemukan dengan pencarinya, kita akan jatuh cinta, bila kita hendak jatuh cinta.

No comments: