Assalamualaikum,
Duit merupakan satu aspek yg penting dalam kehidupan kita. Walaubagaimana pun, duit tidak dapat memberikan kita sebarang manfaat atau pun mudarat kepada kita dan itulah iktikad kita sebagai seorang islam. Islam mengajar kita hanya mempertuhankan ALLAH dan yakin bahawa ALLAH sahajalah yg boleh memberikan manfaat dan mudarat. Namun, islam tidak menghalang kita dalam mengejar dunia namun kita tidak boleh terlalu mengejar wang untuk mencapai keredaan ALLAH. Islam mahu kita menjadi kaya buktinya ialah adanya zakat. Kita menjadi kaya kemudian kita boleh bayar zakat dan membantu org miskin. Namun, apakah kita patut menggadaikan prinsip islam demi mendapat sedikit nikmat ALLAH yg merupakan ujian di bumi. Berikut merupakan plan2 aku secara ringkas dalam mencari keredaan ALLAH:
1. setahun aku akan pasatikan aku menyimpan €1000 untuk dilaburkan di perbankan islam. Dalam pelaburan ini, kita mestilah bijak memilih bank yg mana hendak dilabur dan pastikan ia mengikut syarak. Setakat ini, aku berminat untuk melabut di bank islam. Matlamat aku ialah aku ingin mendidik diri aku untuk melabur dan ini sekuranag-kurangnya dapat memberikan sedikit faedah kepada diri sendiri.
2. Dalam masa hadapan, aku berminat untuk mengumpul asset contohnya seperti tanah, rumah dan sbgnya. Selalunya, asset ini akan meningkat nilainya dari masa ke semasa dan kemudiannya boleh dijual dengan harga yg tinggi selepas beberapa lama.
3. Mencari partnership yg commited dalam membuat pelaburan. Misalnya dalam pelaburan yg memerlukan modal yg banyak, aku perlu meyakinkan rakan2 yg boleh dipercayai untuk melabur dalam sesuatu pelaburan tertentu.
4. Menjalani kehidupan yg sederhana. Sebelum ini aku selalu inginkan barangan yg terbaik untuk dimiliki. Namun aku sedar bahawa islam menggalakkan kita dalam bersederhana. Aku cuba praktiskan amalan ini sekarang dan apabila sudah berkeluarga, aku ingin menjalani kehidupan yg sederhana. Hasilnya, dapatlah aku menggunakan wang asil daripada penjimatan untuk investment jangka masa panjang.
5. Memilih yg halal merupakan suatu kewajiban dan bukanlah lagi suatu pilihan. Sekiranya dilihat pada tahun 1970an, bolehlah kita katakan mimilih bank conventional merupakan suatu yg tidak dapat dielakkan. Namun, tiada lagi alasan2 basi seperti itu. Sekiranya hendak meminjam melalui bank conventional, bagi saya lebih baik untk saya melalui kehidupan dengan memakai kereta buruk dan rumah setinggan daripada tinggal di neraka kemudian.
6. Memiliki perniagaan sendiri. Aku bukanlah datang dari keluarga yg cenderung kepada perniagaan. Namun, itu bukanlah satu penghalang untk aku menceburkan diri dalam bidang ini. Aku tidak mahu menjadi kuli, aku mahu membina satu empayar yg besar dalam menegakkan islam. Kini, aku mula menceburkan secara kecil2 dan mencari pengalaman berniaga. Aku menyertai lajnah kebajikan dan menjual basikal lama kepada rakan. Hasilnya, aku mendapat pengalaman yg boleh dijadikan sempadan. Berniaga bukan mudah, perlukan komitment, skill dan keberanian.
Apa2 pun, ini merupakan satu perancangan aku oleh seorang manusia yg lemah. Aku merancang dan berdoa dan berusaha, ALLAH tahu yg terbaik. Doakan segala perancangan aku ini bukanlah satu perancangan yg kosong tetapi mepunyai visi dan misi yg akan menjadi realiti satu hari nanti. Hakikatnya, setiap impian itu perlukan kerja yg keras dalam memastikan kejayaan. Tambahan pula, akan aku pastikan perkara utama ialah keluarga aku mempunyai rezeki yg halal, diberkati dan melimpah ruah.
Salam beriyani untuk semua
Monday, August 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment