Tuesday, August 12, 2008
winner vs loser
untuk mengambil gambar seperti ini,cuba fikirkan berapa kepingkah gambar yg perlu diambil untuk menghasilkan gambar secantik ini? apakah yg dikorbankan oleh photographer untuk memperoleh hasil seperti ini?
assalamualaikum,
aku selalu bertanya kepada diri aku, mengapa aku tidak dapat keputusan seperti yg aku mahu. kadang, aku tercop diri aku sebagai seorang yg loser. aku sering cemburu melihat kejayaan orang lain. aku cuba berusaha untuk mengecapi kejayaan sekurang-kurangnya sebaik apa yg aku lihat. namun, apa yg aku rasakan skrg adalah kegagalan yg menanti dipenghujung pintu terakhir.
aku tanya sama matahari, adakah kau pernah melalui kegagalan? ku tanya juga sama bulan adakah kau pernah melalui kekecewaan? ku tanya pada bintang, adakah pernah kau juga ? jawapannya tiada kerana aku gagal berkomunikasi dengan mereka. yg pastinya, mereka tidak pernah gagal untuk sujud kepada ALLAH.
baru sebentar tadi aku menonton olympic. sememangnya bukanlah perkara yg terbaik untuk aku lakukan sekarang namun aku suka melihat kesungguhan manusia mengejar dunia. baru kusedar, sepanjang kehidupan aku, aku selalu menegaskan perkara2 yg kecil. sekali sekali aku berfikir, yg mana lagi ramai, winner atau loser? untuk seseorang ditabalkan medapat pingat emas, berapa ramai manusia yg telah tersembam muka di tanah dan sujud menyembah bumi akibat kekecewaan.
untuk menjadi winner, bukan sedikit yg diperlukan. pengorbanan, ilmu, masa dan lain2 merupakan intipati kepada kejayaan. sekali sekala kita terlihat ada manusia yg berusaha sikit tapi mendapat kejayaan yg banyak. tapi itu merupakan ujian bagi mereka dan sebenarnya tidak samapi 1% golongan yg sedemikian.
yg sebenarnya, lebih ramai manusia yg bergelut dengan dunia, berusaha keras namun masih gagal dalam mencari apa yg diingini. dalam aku mencari kejayaan di dunia dan akhirat, tiada apa yg dapat menenangkan aku tentang kekecewaan menjadi loser melainkan janji2 ALLAH. yakinlah ALLAH akan sentiasa membantu kita. sebaik sahaja kita berdoa, kita mengharapkan bantuan serta merta. tapi itulah kelemahan manusia, tiada kesabaran. teruskan berdoa, pasti pertolongan akan sampai. bila? nantikan sahaja dan ucapkan ALHAMDULILLAH yg penting kesabaran dan menantikan pertolongan ALLAH.
sedarlah, berapa kali NABI MUHAMMAD SAW telah gagal dalam dakwah baginda, namun baginda terus dan terus berdoa dan berusaha untuk memastikan kejayaan kepada tersebarnya ISLAM. INGATLAH NIKMAT ALLAH TIDAK TERHITUNG.
salam pilau beriyani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment