Friday, September 19, 2008

ALHAMDULILLAH

assalamualaikum,

setelah hampir dua tahun aku mengembara mencari ilmu, akhirnya aku pulang ke pangkuan keluarga. hangat malaysia dan keramahan masyarakatnya aku terasa. aku terasa jiwa aku masih dimiliki oleh tanah tumpah darahku ini. tapi, lain pula rasanya. kebiasaannya aku melihat manusia berkulit putih, berambut blonde, bermata hijau, namun segalanya berubah. daripada semua itu, kini kulihat masyarakat yg berbeza sama sekali. melayu, cina dan india, ada yg kulit kuning langsat, rambut hitam, mata hitam, kulit hitam manis, kulit coklat mcm aku, namun ada juga yg berambut blonde. bajet mat saleh lah kot.

benda yg pertama memeranjatkan aku ialah aku melihat kucing bergaduh. badan kecik tapi bunyi, ya allah, boleh lawan anjing di dublin. di sini, byk kucing, di dublin byk anjing. namun, aku terpaksa akui bahawa taik kucing lebih power baunya berbanding taik anjing.

suasana di masjid pun agak memberansangkan, ramai juga jemaah yg datang. namun di sini, jemaah kurang menjaga kelelokkan saf2 ketika sembahyang berbanding pak arab yg selalunya tidak membiarkan ruang antara jemaah.

makanan di malaysia masyallah, sukar aku katakan. namun semuanya bergantung kepada niat. sekiranya niat aku pulang ke tanah air ialah untuk makan, pasti aku makan sehingga terbitnya keretakkan di perutku. namun aku pulang adalah kerana ALLAH, untuk menziarahi ibubapaku dan saudara2. namun, sambil menyelam minum air. makanan tdak perlu dilepaskan. balun tetap balun.

apa2 pun, syukur yg tidak terhingga atas segala kurnian ALLAH terhadap aku dan keluarga aku. terasa bagaikan rezeki halal yg melimpah ruah, hidup kami amat senang, tiada byk masalah, kesihatan dan byk lagi nikmat yg tidak terhingga. aku mengahrapkan ujian kesenangan ini dapat kami harungi degan petunjuk dari ALLAH.

salam masakan emak..

2 comments:

Anonymous said...

selamat pulang dengan selamat ya...

salam ziarah..hehe^^

Kreatif Edukids - Mommy Happy said...

slm ukhuwah...jangan ikut yahudi dan nasrani..jika kamu tidak mahu termasuk dalam kalangan mereka