Sunday, July 12, 2009

jejak chantek 2009: auckland

assalamualaikum,

pemergian kali ini berbeza dengan perjalanan yg lain2. kali ini, aku berada di sebelah dunia yg lain. cube mencari kelainan. tambahan pula, aku keseorangan. mengapa? simply kerana tiada siapa yg interested untuk menyahut cabaran perjalanan.

auckland, city of sails. 1 in 4 ppl kat auckland ni ade kapal sendiri

perjalanan kali ini aku mulakan dengan perasaan risau dengan wabak H1N1. aku tiba2 terasa pening, penat dan sedikit kurang gembira. namun, aku cuba yakinkan itu hanyalah emosi sahaja. AKU BEBAS DARI SELSEMA BABI. aku hanya khuatir kalau aku dijangkiti H1N1, byk pula medical bill yg perlu dibayar sekiranya ditahan di ward new zealand.

new zealand merupakan sebuah negara yg kecil . slightly lebih besay dari semenanjung malaysia. mempunyai population 4 million only. about 60% are white, the rest are mauri and etc. seperti ungkapan yg popular, new zealand mempunyai lebih byk kambing dan lembu daripada manusia. nz boleh dibahagikan kepada dua island iaitu north and south island. most mauri tinggal di north ireland. 1.2 mill of population tinggal di auckland yg merupakan bandar yg terbesar di nz. namun, auckland bukanlah merupakan capital, tapi wellington ialah capitalnya yg terletak di ekor north island.

muslim community di nz tidak ramai, tetapi persatuan muslim nya kuat dan berpengaruh. mostly muslim di nz ialah berketurunan fiji india. cerita asalnya tidak berapa pasti. tapi golongan muslim ini telah wujud masa zaman awal penubuhan nz di mana pedagang dan pekerja dari fiji datang ke nz.

akhi nizam dan saya di tower clock, uni of auckland. uni aucklad ni dulu bekas penjara convert jadi uni. rasanya penjara pudu pun bleh kot buat mcm tu. ps: akhi nizam tengah memburu dan diburu. sesungguhnya, beliau bukan shj nampak seperti seorang ayah, akhlak dan pemikiranya juga wise.

cukuplah sedikit sebyk tentang nz, kini berbalik kepada kisah hidup aku pula di nz. sebaik sahaja sampai di nz, winter di nz terasa seperti summer di dublin. aku diambil oleh nizam, seorang ikhwah di auckland yg mantap. aku merindui kari ayamnya yg mempunyai rasa yg unik. terima kasih nizam. jasamu hanya ALLAH shj yg balas. layanan istimewa oleh ikhwah2 auckland menjadikan aku selesa di bumi auckland. seronok melihat kawan2 yg mempunyai satu fikrah dengan kita walaupun jarak kami belajar lebih 20000 km. aku semakin yakin akan kebangkitan islam. gelombang dakwah telah pun sampai. maka rugilah kepada sesiapa yg tidak menyahut gelombang bertenaga ini.

auckland merupakan bandar yg berbukit. lifenye seperti di kl. tiada beza. masyarakat masih lagi memperhambakan nafsu (termasuk diri ana sekali). lalu, aku bergegas meninggal auckland untuk menuju ke utara. matlamatku:paihia and cape reinga. memandangkan aku keseorangan, aku memilih utk menaiki bas. utk bas yg murah, bolehlah melayari web www.nakedbus.co.nz. atau anda boleh naik national bus express yg lebih mahal iaitu intercity coach. perjalan ke paihia mengambil masa 4 jam. aku dihidangkan dengan pemandangan yg unik dan subhanallah cantik. terasa ingin berhoney moon di nz satu hari nnt (cukup2 la berangan tu!!!!). sampai di paihia, aku tanpa segan silu membuka mulut dan bertalu-talu bertanyakan soalan kepada information centre. lalu, aku decide utk pergi amik bay of island cruise pada ptg itu dan trip ke cape reinga melalui 90 miles beach keesokkan harinya. total semua ialah nzd 140. aku berpuas hati dengan semua trip2 tersebut mantoooppp gitu.

semasa aku dalam cruise tu, agak struggle jugak nak tangkap gambar. ye lah, lone ranger. tripod menjadi teman setia aku di sana. so, gamba yg nampak struggle tu, tu antara syndrome2 tripod yer!!!!! aku ju dikurniakan ALLAH untuk bertemu dengan makhluknye yg comel lagi sedap utk dimakan iaitu dolphin. mereka melompat2 di sana sini. subhanallah, terasa kerdil diri ini. klo bdk rcsi dapat first class dah kecoh dah kot. ALLAH buat dolphin tade org nak kecoh pon. inilah bukti kebodohan manusia.



bandar auckland

salam auckland

3 comments:

your member lama kat welli said...

salam akh..
aduhai.. bile bace entry ni.. rase seronok la sbb enjoy mase trip kat nz.. tp, rase tak best sbb tak dapat tolong banyak.. tak sempat jumpe pon.. ana mutassif jiddan
ape2 pon..harap pengalamn yg di timba meningkat kan lg iman :)

SoIS said...

Salam min, interesting! Orang kat sana macamana ye, friendly tak? Biasanya kalau tanya banyak2 kat northeast UK ni mau dibalas muka yang masam.. :(

abdulmuhaimin_ali said...

friendly sgt kot.. bes gak la org2 new zealand tu. tapi mauri nampak garang ckit. tapi ok je kot.

nak tanye jgn la tanye soklan yg sengal, aku pun nak ketuk kepala sape yg tanye tu