Thursday, July 30, 2009

JEJAK CHANTEK 2009: waitomo and rotaroa

terasa sunyi di rotaroa. hanya wap2 air menemani aku. aku sendiri!!!

assalamualaikum,

kesunyian melanda aku. aku terasa betul2 sunyi. semuanya aku buat sendirian. tempat yg sgt menarik pun menjadi sunyi dan kosong meskipun mata ini mengatakan cantiknya die. begitu juga wanita, wanita yg tiada agama di dalam diri nya akan dilihat kosong oleh manusia yg pandai menilai kualiti seseorang. meskipun dia cantik, tapi tiada fikrah dirinya, maka dirinya hilang seri dan menjadi sunyi. begitu juga dengan lelaki.

destinasi seterusnya ialah waitomo. di sana kami dihidangkan dengan gua yg mempunyai glowing worm di dalamnya. indah sungguh ciptaan ALLAH. ALLAH mampu menjadikan sesuatu itu diluar pemikiran kita. manusia mengambil masa lebih kurang 100 thn untuk memahami mengapa fenomena ini terjadi di waitomo. akhinya, ulat lah penyebabnya. makhluk tidak langsung boleh memberi manfaat atau mudarat. ALLAH yg memberikan kita cahaya. bukan nya matahari. ALLAH mampu utk berikan kita cahaya walaupun tanpa matahari.

aku singgak di sebuah kedai big apple. sungguh besar apple nya dan akujuga berpeluang melihat pokok kiwi. comel sungguh buah kiwi. subhanallah, mcm2 jenis buah ALLAH buat. ada yg berbulu, ada yg berduri.

merendam kaki dalam kolam panas. lagi keseorangan!!!!

aku bergegas ke rotaroa. bandar yg penuh dgn lubang2 yg mengeluarkan wap2 air panas. bandar ini dikatakan tidur di atas gunung berapi. cuba byg kan taman tasik titiwangsa tu, tgh jln2 ada lubang then kuar asap2, tak horror ke? horororororororo. aku merasakan aku sebagai frodo yg sedang melintasi perjalanan ke mount doom dalam filem lotr. sungguh mencabar.

namun aku sempat juga menjamah kolam air panas dengan meletakkan kaki di dalamnya. rasa lebih enak sekiranya ada org tolong urut, tapi malangnya tade.

wap air yg begitu byk menyukarkan pemandangan. namun, aku bahagia di samping wap air. teapi abu kentut yg kuat akibat sulfur.

semasa aku menulis coretan ini, aku dikhabarkan bahawa reseat exam include dengan tosce skali. gle cuak. ini bermakna aku terpaksa bace semua skali. tidakkkkkkk!!!!!!! aku bersemangat utk stadi tapi aku rasa baik aku pause dulu dari tulis blog ini. akan disambung lepas exam kot. ataupun klo aku bosan2 tulih la sikit2.

buah kiwi yg berbulu. enak dimakan dengan kulit yg mengadungi vit c yg byk.

di depan cave di rotaroa. no pictures allow in the cave. may be takut tekejut ulat tu.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

min.. pi NZ tak ajak.. heh.. lawa gambar2 ko..

abdulmuhaimin_ali said...

aku da kempen da kat ym..tade org pun yg respon...pasrah gak aku jhaz....jln sorang2 tak bes langsung