assalamualaikum,
hembusan angin yg tidak tahu dari mana, menampar-nampar mukaku. ku rasa kan seperti angin2 ini memukul-mukulku kerana kebodohan diri sendiri. aku mundar-mandir sendirian. cuba mencari ruang untuk berfikir. berfikir tentang ujian yg ALLAH berikan. aku yakin aku tiada keseorangan.
aku berlari ke pantai mencari lautan yg luas untukku lemparkan pemikiran2 jahat dan usang. aku berlari ke rimba untuk ku sedut udara nyaman dan segar. aku berlari ke lata untukku cuci sekeping hati. aku perlu sentiasa berlari. ke sana kemari untuk mendapatkan aku mahu.
aku tidak tahu mengapa dia sering muncul dalam mindaku walaupun telah ku beri tahu diriku sendiri, cukup, itu hanyalah perkara yg sia2. biarlah aku dgn hidup dan dia dgn hidup dia. antara kami tiada apa istimewa. sekiranya ditakdirkan sesuatu, sesuatu itulah yg akan terjadi. aku telah berusaha melemparkan jala ke arahnya, dapat tau tidak ikan itu tidak pasti. yg pasti, jala telah dilemparkan, biarlah takdir yg menentukan apa yg aku dapat. sesungguhnya, DIA lah yg memberikan segala-galanya. namun, aku berdoa agar diberikan kekuatan utk reda dgn ketentuanya.
untuk melakukan lebih dari melempar jala, aku tidak mampu. aku takut aku akan terjatuh ke lautan maksiat yg hitam pekat lagi menyesatkan. tiada kata2 manis yg mampu aku lafazkan, tiada bau2 harum yg mampukan semburkan, tiada pandangan2 cantik yg mampu aku sajikan, tiada makanan2 enak yg boleh aku suapkan, tiada minuman2 lazat yg mampu aku sudukan, tiada apa2 pun yg mampu aku hadiahkan melainkan sekeping doa yg tidak tahu sejauh manakah keikhlasan.
aku sedar mengapa aku tidak boleh melupakan kau. kerana aku sentiasa mencari kau. aku perlu hentikan semua itu, kerana pencarian itu tiada matlamat. hanyalah perburuan nafsu yg tiada sempadan. HENTIKAN PENCARIAN INI!
kadang2, aku perlu terbang untuk lari daripada masalah. kerana itulah jalan penyelasaian. bukan niat aku utk memutuskan apa yg telah terbina, tetapi sekadar meredakan ribut yg melanda. aku perlu berlindung dari perasaan ini. terima kasih segalanya. sekiranya ada sesuatu antara kita, aku yakin ia pasti berlaku. aku akan kembali sbg org lama yg mempunyai perasaan baru.
salam neuromuscular
No comments:
Post a Comment